Bagaikan meraikan acara gilang gemilang. Sebuah majlis berkhatan di Bandung, Indonesia menjadi perhatian ramai kerana disambut secara besar-besaran sehingga kelihatan seperti mengadakan acara konsert bagi meraikan anak yang bakal melangkah ke alam dewasa.
Malah apa yang lebih mengejutkan, majlis ini turut menelan belanja sebanyak 3 bilion rupiah (RM856,029), lapor portal berita Wolipop.
Berdasarkan hantaran tular di laman TikTok, majlis berkhatan itu dihiasi pentas besar dan disertai oleh kumpulan muzik Koplo dari Tuban, Jawa Timur.
“Menjadi sebahagian daripada majlis mewah anjuran orang kaya. Acara selama empat hari dan empat malam,” demikian menurut keterangan pada video tersebut.
Wolipop menghubungi individu yang memuat naik hantaran tersebut bagi mendapatkan penjelasan lanjut mengenai acara itu.
Ads
Menurut Gito yang merupakan pemilik Pixel Visualindo, acara itu diadakan oleh hartawan dari Bandung yang memiliki perniagaan angkringan (warung tolak) terkenal di Kota Kembang.
Buat follower Keluarga, sila guna kod promo KELGSP5 untuk pembelian British Polo Yuna Handbag Set dengan harga lebih murah hanya di GO SHOP
“Daripada maklumat yang saya tahu, kos majlis itu ialah 3 bilion rupiah (RM856,029),” kata Gito.
Ads
Tambahnya, majlis berkhatan itu berlangsung selama empat hari.
“Tujuan keluarga berkenaan menganjurkan acara berkhatan yang meriah sebegitu adalah kerana mempunyai ramai tetamu selain mahu memberikan hiburan kepada penduduk setempat,” jelasnya.
Tambah Gito, ia turut kelihatan seperti acara konsert kerana mempunyai pentas besar, sistem bunyi dan multimedia.
“Saya berasa seperti berada di sebuah festival muzik dipenuhi bakat-bakat tempatan yang membuat persembahan,” ujar Gito.
Video tersebut menjadi tular dan menerima pelbagai komen daripada netizen.
Ads
“Ini yang dinamakan bersedekah untuk menghiburkan diri sendiri dan orang lain,” kata seorang pengguna media sosial. – Agensi
Salah satu kebaikan bercuti bersama keluarga ialah merapatkan hubungan kekeluargaan. Setelah sibuk bekerja sepanjang tahun, merehatkan minda dengan melancong pastinya sesuatu yang anda nanti-nantikan.
1. Kajian daripada American Psychological Association merumuskan bahawa bercuti ni menurunkan stres kerana bercuti ni membuatkan kita jauh daripada persekitaran yang mengingatkan otak kita kepada stres dan rasa cemas
2. Wanita yang bercuti sekali dalam 6 tahun mempunyai 8 kali ganda keberangkalian untuk terkena penyakit jantung berbanding wanita yang bercuti sekurang kurangnya 2 kali setahun
3. Satu kajian mengatakan seseorang yang bercuti lebih daripada 10 hari mempunyai kebarangkalian 2 kali ganda untuk mendapat bonus dan kenaikan gaji kerana prestasi kerja mereka lebih baik
4. Bercuti mampu menguatkan kembali ’emotional bonding’ sesama pasangan dan anak anak yang makin hari makin pudar dan lemah akibat kesibukan bekerja
5. Bercuti di tempat yang mempunyai elemen alam dan semulajadi mampu mengurangkan kesan ‘nature-deficit disorder’ pada anak anak, sebuah keadaan di mana anak kita jadi kurang gembira dan mengalami bermacam masalah dalaman akibat daripada kurang hubungan dengan alam semulajadi
6. Kajian daripada Netherlands ke atas 974 orang mengatakan merancang untuk bercuti sahaja pun dah boleh membuatkan seseorang itu bahagia walaupun belum pergi bercuti.
Jadi merancang la bercuti daripada sekarang kerana ianya mempunyai ‘mood-boosting effect’ pada diri kita. Fuh! Rancang pun dah bahagiaa!
Sebarkan info dan ilmu ni pada pasangan masing masing sekarang juga.
p/s : Nak pasangan bawa bercuti secepatnya tak? Cuba tag pasangan masing masing di bahagian komen sekarang juga dan lihat kesannya sendiri nanti 😊
#pulauredang
#grouplelakisoleh
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Nak buat projek pikat hati suami? Apa kata cuba resepi viral Oden ni. Mudah aje cara nak buat. Bahan-bahan cara penyediaannya pun senang. Jom semak perkongsian Hazirah Maulana.
Jom semak!
Memandangkan kisah oden sudah viral, ade yang mintak kite share resepi odennya. Kini tak perlu beratur panjang kat family mart. Masak je sendiri kat rumah.
Cara cara senang je:
Lada kering dlm 10 batang
Bawang besar sebiji
Pastu blendkan sampai lumat.
Panas kan minyak pastu tumis bahan blend, masukkan serai, masukkan 1 senduk pes tomyam dan masukkan 1 kiub pati tomyam. masukkan 5 cawan air dan biarkan mendidih. Pastu masuk lah segala steamboat yang korang ade.
.
Sedap kan? Alahai ape lagi pegi buat lah. Barang barang tu ade je kat pasar raya.
Ikuti gambar ini untuk penyediannya:
Ni haa mee udon yang kat oden tu. satu pek ni boleh makan 2 ke 3 orang tau. Nampak je kecik tapi padat. Boleh dapat kat pasar raya. Kite beli kat maslee. Basuh dulu tau. Tak yah celur ngn air panas.Cara masak: Untuk makan 5 orang lada kering dlm 10 batang Bawang besar sebiji Pastu blend Panas kan minyak pastu tumis bahan blend, masukkan serai. Dah naik minyak, masukkan 1 senduk pes tomyam tu dan masukkan kiub pati tomyam dan air dalam 5 cawan. Air tu ikut la sukatan korang sendiri. Nak cair tambah lagi lah air Nyam nyam sedap sudah?
Selamat mencuba!
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Pelakon dan hos, Elly Mazlein memuatnaik sebuah video yang memaparkan gelagat anak lelaki, Haider Mateen yang sangat manja dan rapat dengannya.Video yang di ambil ketika selebriti ini dan keluarga pergi bercuti baru-baru. Haider yang sedang dipangku oleh Elly Mazlein memeluk dan mencium pipi ibunya tanpa henti. Biarpun hanya nampak sisi wajah anak lelaki namun rata-rata geram melihat gelagatnya itu.
Selain gelagat Haider, turut kelihatan di dalam video tersebut adalah anak perempuan Elly iaitu Putri Sara Sefhia yang sedang mandi di kolam bersama papanya, Mohamad Azlan Che Nuh.
Sememangnya Sefhia cukup manja dengan papanya kerana sebelum ini banyak dikongsikan keakraban dua anak beranak ini.
menerusi kapsyennya, Elly turut menguarakan pertanyaan kepada pengikutnya adakah anak lelaki sememangnya sangat manja dengan ibu.
Bila kita dipukul, apa tindakan yang perlu kita buat. Tular seorang wanita telah dipukul oleh seorang lelaki gara-gara terlanggar anaknya yang melintas secara tiba-tiba. Keganasan fizikal seperti dipukul merupakan satu perbuatan jenayah yang serius dan tidak boleh dipandang ringan.