Rahsia Wajah Berseri Datin Alyah Terbongkar. TWOMEE Bukan Sekadar Make up

Ads

Baru-baru ini, telah diadakan sebuah majlis pelancaran produk kosmetik dari Syarikat TWOMEE HEALTH & BEAUTY (M) SDN. BHD. Ianya telah dirasmikan oleh pengasas produk kosmetik TWOMEE iaitu Dato Suraya Binti Hj Semaru yang berlangsung di Royale Chulan Damansara.

Kemeriahan majlis gilang gemilang ini diserikanlagi dengan kehadiran duta produk TWOMEE iaitu Datin Noor Hasliah Abu Hassan atau lebih dikenali sebagai Datin Alyah.

Dalam majlis tersebut, Datin Alyah turut menyampaikan lagu tema produk ini yang dicipta oleh komposer Exactesy dan Rudeen manakala lirik pula dicipta oleh a a a cm.

Turut menyerikan lagi majlis ini adalah beberapa artis dan pempengaruh media sosial tempatan antaranya Nadia Brian, Luqman Podolski, Adira Suhaimi, Ani Mayuni, Yasmin Aziz, Sarah Suhairi dan ramai lagi.

Dalam temubual selepas majlis tersebut, Dato Suraya Binti Haji Semaru menyatakan harapan beliau terdahap produk ini yang sangat besar.

Ads

“Bukan mudah untuk menghasilkan produk kosmetik yang berkualiti, kerana ia perlu melalui pelbagai ujian klinikal termasuk proses penyelidikan dan pembangunan yang berulang kali sehingga mendapatkan hasil yang terbaik. Harapan saya untuk memastikan jenama Twomee ini menjadi salah satu produk kosmetik pilihan pengguna”.

Tercetusnya ilham Makeup Based 3 dalam 1 ini disebabkan oleh kesibukan wanita alaf baru yang kebanyakkannya berkerjaya dan masa mereka sangat terhad. Dari masalah itulah tercetusnya idea untuk menghasilkan produk yang cepat digunakan, berkualiti dan sangat sesuai untuk menjaga semua jenis kulit.

Rahsia Wajah Berseri Datin Alyah Terbongkar. TWOMEE Bukan Sekadar Make up

Ads

Bagi duta produk ini, Datin Alyah melahirkan kesyukuran dan ucapan terima kasih kepada pengasas iaitu Dato Suraya yang sudi bekerjasama dengannya.

“Saya tahu dengan keadaan sekarang persaingan sangat kuat, ramai diluar sana yang lebih hebat dari saya. Inilah namanya rezeki dan saya perlu kerja lebih kuat untuk membantu jenama ini agar mendapat sambutan yang baik dipasaran. Saya akan memainkan peranan saya sebagai duta produk untuk memperkenalkan Twomee dipasaran”.

“Apa yang membezakan, kelebihan produk TWOMEE dengan produk lain ialah produk TWOMEE ini bukan sekadar untuk bersolek semata ia juga boleh dijadikan produk penjagaan kulit yang sesuai untuk semua peringkat umur dan jantina. Jadi kami menyasarkan TWOMEE untuk semua, bukan hanya wanita”. Tegas Puan Mastura Binti Mahmud selaku Ketua Pengarah Operasi TWOMEE.

Ads

Jenama Twomee yakin bahawa produk ini dapat memberikan hasil yang terbaik kerana bahan-bahan semula jadi yang digunakan adalah diimport dari luar negara. Antaranya ialah Petroleum yang dapat mencegah punca kehilangan kelembapan pada kulit.

Selain itu, bahan seperti Helichrysum merupakan herba yang dapat mencegah penuaan kulit, menghalang keradangan kulit dan sangat membantu kulit yang bermasalah.

Disamping itu kami menggunakan Snow Mushroom sebagai agen kelembapan yang berkesan 3 kali ganda lebih baik dari Hyaluronic Acid.

Selepas majlis pelancaran ini, kami akan lebih giat melakukan aktiviti promosi dan pemasaran serta jualan atas talian disemua platform media sosial kami seperti Tiktok, Facebook dan Instagram. Penjualan produk fizikal boleh didapati ibu pejabat TWOMEE.

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI