Kandungan kolesterol yang tinggi dalam badan memang membahayakan kesihatan. Sebab itu kita kena kawal kolesterol dalam badan sejak awal kecil lagi bagi mengelakkan masalah obesiti, sakit jantung, kencing manis dan lain-lain lagi.
Bagi yang mempunyai masalah kolestrol dalam badan, bolehlah cuba petua yang mudah ini. Contohnya khasiat daripada barli dan lemon. Dikatakan barli mempunyai banyak khasiat. Salah satunya ia mengandungi serat yang berkesan merendahkan kolesterol dalam darah. Serat yang tidak mudah larut adalah penting bagi memastikan usus berfungsi dengan sihat sekaligus berfungsi meredakan sembelit dan baik untuk mengawal nafsu makan.
Begitu juga dengan lemon. Terlalu banyak khasiatnya. Secara ringkasnya lemon sangat bagus untuk menurunkan kadar kolesterol dengan cepat.
Salah satu cara menurunkan kadar kolesterol secara semulajadi adalah dengan memanfaatkan JUS LEMON. Vitamin C yang terdapat pada jus lemon terbukti secara efektif menurunkan kadar kolesterol.
Caranya : buat jus lemon dan minum selama 30 hari berturut – turut.
Mudah bukan, hanya dengan minuman segar seperti jus lemon, sekaligus kita juga dapat mengurangkan paras penyakit kolesterol dalam tubuh kita.
Petua ini dikongsikan oleh pn Diyanah Safiya. Selamat mencuba!
PETUA ATASI KOLESTROL DALAM BADAN DENGAN BARLI & LEMON
Tudiaa. Macam tak percaya pulak kan. Gabungan Barli dan lemon ni. Namun hakikatnya begitu lah.
Belum cuba belum tahu, uolls wajib buat tau. Bukan untuk atasi kolestrol je, malah banyak lagi manfaat yang kita boleh dapat.
BAHAN BAHAN
– 3 atau 4 sudu besar biji Barli
– 2 atau 3 sudu kecil Madu
– 3 gelas air
– 1 hirisan Lemon
CARA CARA
– Sebelum rebus, basuh dan rendam dulu dalam 2 3 jam camtu, supaya time nak rebus nanti cepat la empuknya 😁
– Then rebus biji barli dengan sukatan 3 gelas air tadi
– Rebus Barli sehingga bebet empuk
– Bila dah empuk, sejukkan barli
– Dah sejuk, tuang dalam gelas dan masukkan madu
– Perahkan sedikit lemon atau masukkan 1 hirisan Lemon tadi. Kacau rata dan sedia untuk diminum 😊
Mudah kan 😘
Antara manfaat yang lain nya :
1) Menyejukkan badan
2) Atasi masalah batu, demam dan selesme
3) Kawal gula dalam darah
4) Mencegah jangkitan saluran kencing / kencing kotor
5) Mencegah batu karang
Kebiasaanya, lepas minum memang kerap ke toilet tau. Al maklonglah proses detoksifikasi. Bagus la kan untuk badan kita 😉
Apa apa pon selamat mencuba. Semoga bermanfaat ye.
#TipsSihat
#SisfelYana
Sumber: Jom kurus dan Cantik Menawan & Diyanah Safiya