Masak sambal ni kena ada ilmu. Jika masak tanpa tahu skill masak sambal yang sedap, rasa pun ke laut.
Tapi jika dah tahu rahsianya pasti berselera anak-anak. Malah jika nak buat bisnes nasi lemak pun boleh!
Nak tahu rahsianya nak buat sambal jadi lebih sedap ikuti petua ni. Siapa ada nota kaki lagi.
Jom ikuti perkongsian oleh puan ini menerusi facebook miliknya Rose Perodua
___________________________________
WARNA PUN DAH TAHU SAMBAL SEDAP!
Masak sambal tumis nmpk simple tapi kenapa rasa lain2 dan warna sambal ada yg merah ada yg hitam? Ada yg sedap ada yg x sedap..pada peniaga² nasi lemak ambik la petua ni supaya sambal tumis ampa lebih sedap dan org makan pn jd ketagih.pengalaman berniaga nasi lemak akak share kat pada semua..tp skrg akak x berniaga dah.pencen dh 😁.
Cili kering lebih krg dlm 3@4 genggam. (Potong 2 lps tu basuh bersih²..dan rebus 10minit)
Bwg besar 2 biji. Ambik yg plg besar saiznya pun xpa. ( bawang besar merah yang besar ye..bukan bawang kecik..jgn derhaka)
Bwg putih 2 ulas
Minyak masak 6 sudu besar (kena letak ye sb nanti biji² cili tu cpt hancur dan halus)
Ikan bilis segenggam(siang dlu bersih² ya)
Cara penyediaan:
Mula² hampa rebus cili kering tu dlu 10 minit..lps tu blendkan dgn, bhn² diats..siap blend letakkn cili kering sbiji dan 5@6 keping asam keping ats permukaan cili kisar tu utk bagi cili kisar tu tahan lama kalau simpan sebulan lebih pun elok lg tak masam..
Selamat mencuba
NOTA KAKI :-
Cara nak guna cili kisar rujuk pada gambar ye.
Sambal xyah boh halia dgn belacan ye.
Sb halia akan bt sambal tu rasa pahit2 ckp sekadar boh air asam jawa utk menghilangkan rasa hanyir ikan bilis, ikan,,udang,ketam,sotong atau ayam.. belacan pn x perlu ltk sb belacan akan hilangkan bau wangi cili kisar.. TAK perlu belacan utk menghasilkan sambaltumis lebih sedap. Boh air asam jawa,gula 3 sudu besar dgn garam secukup rasa itu sdh memadai utk menghasilkan masakan sambal yg sedap.tapi harus diingatkan cili kisar tu kena pastikan btl² garing sblm boh air asam jawa tu. Petua masak sambal ni nak sedap cili kena btl² garing ye. gula plk boh last tau.dah boh gula tu terus tutup api dan angkat terus ye jgn biarkan sambal tu dlm kuali. Itu petua sambal tu nmpk merah dan x hitam & lebih wooowww
PETUA PENIAGA NASI LEMAK
Utk peniaga2 nasi lemak lps ampa goreng ikan bilis tu dan bila ikan bilis tu dh masak angkat terus ikan bilis tu dan terus masukkan cili kisar ni. Masak sampai sambal btl² garing.mmg lama masak sambal utk org yg berniaga nasi lemak ni..sb skali masak cili berkilo2.. kerap kacau..merecik jgn citer hbs dapur. Sukatan cili dan bahan2 ampa gandakan je sukatan bhn² tu
Sumber: Rose Perodua
Belian murah kelengkapan dapur di sini
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club