Perkongsian resipi roti bakar yang simple ini dikongsikan oleh Ziera Xiera di facebooknya buat admin rasa terliur.
Paling tertarik sebab cara membuatnya cukuplah mudah. potong, sapu kaya dan bakar. Dah siap!. Jom cuba, simple tapi sedap .
Anak-anak pasti suka ni , buat untuk sarapsn pagi pasti membuka selera.
Beli roti dari ahad hari tu, xde sorang pun yg mkn, pg ni buat kan roti bakar.. Aii licin pulak dia org mkn.. Senang hati tgok roti dh habis..
Roti Bakar
* potong kerak di bhgn tepi roti, klu x nk potong pun boleh ikut suka.
* sapu kaya (x kisah jenama apa) , jgn kedekut nk sapu lebih ya, ni yg buat sedap meleleh nanti seiring dgn cair butter tu..
* pastikan buttercup (klu nk lg sedap guna lh pure butter yg mhl tu) dlm keadaan keras, potong sekeping2, kemudian potong kpda 3 bhgn, susun atas roti yg dh di sapu kaya td.
*bakar dlm oven suhu 200c 10-15 min.. Ikut pada garing yg kita nak..
ARTIKEL MENARIK: “Rumah Pertama Beli Umur 21 Tahun.” Fasha Sandha Sebak & Syukur Impian Bina Surau Dalam Rumah Tercapai
ARTIKEL POPULAR: “Meh Sini Mak Simpan.” Alhamdulillah Rezeki, Neelofa Dedah Bilal Collect RM14K Duit Raya
BACA INI JUGA : “Humble Makan Dengan Anak Sambil Duduk Atas Lantai Je.” Elly Mazlein Dipuji Pandai Bawa Diri Ketika Beraya Kampung Suami
Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA dan join keluargagader club
Akhirnya, Neelofa Buka Mulut Hamil Anak Kedua! Mohon Doakan Orang Ramai
Setelah berteka teki status kehamilan usahawan dan selebriti terkenal, Neelofa akhirnya mengesahkan bahawa dia sedang hamil anak kedua.
Menurut Neelofa, usia kandungan sudah memasuki trimester kedua. Katanya, perjalanan hamil untuk anak kedua ini lebih mudah berbanding anak pertama dahulu, Muhammad Bilal.
“Iya, doakan yang terbaik untuk saya. Rasanya semua dah nampak kan? Usia kandungan half way to go. Setakat ini semuanya baik-baik sahaja. Bukan mudah sebab ada anak kecil lagi. Tapi syukur semua doakan saya.” Katanya.
Neelofa berkata demikian ketika majlis pelancaran Warisan yang diadakan di butik Naelofar, KL East Mall, pagi Selasa.
Dalam pada itu, pemilik nama dia Noor Neelofa Mohd Noor menyatakan dia tidak mengalami sebarang alahan selain bersyukur perjalanannya dipermudahkan.
“Dari anak pertama lagi memang tak memilih gender. Alhamdulillah, tidak ada alami alahan teruk. Ini pun dah anak kedua. Jadi sudah biasa dan tahu untuk mengatur semuanya.
“Persiapan semua dah ada dah. Siap semua untuk sambut bayi kami” tambahnya.
Terdahulu, desas-desus Neelofa hamil anak kedua mula diperkatakan selepas video yang menampakkan perubahan pada fizikal terutama bahagian perut menjadi tular dalam laman sosial.
Untuk rekod Neelofa mendirikan rumah tangga dengan Muhammad Haris Ismail pada 27 Mac 2021 dan dikurniakan Bilal pada 29 Januari tahun lalu.
Tanam Keratan Pudina Yang Dibeli Di Supermarket Boleh Je Hidup, Yang Penting Kenal Keratan Batang Muda & Yang Tua!
Macam-macam cara dan teknik sebenarnya boleh digunakan untuk menanam pokok pudina ini. Selain ada yang membeli anak benih di nursery, ada anda juga boleh ambil sahaja keratan batang daripada pudina segar yang dibeli di supermarket.
Alang-alang membeli pudina untuk digunakan dalam masakan dan keratan yang ada daripada dibuang begitu sahaja bolehlah dibiakkan untuk kegunaan akan datang.
Caranya cukup mudah, ini seperti mana yang dikongsikan oleh Darlene Jane. Menurutnya, pokok pudina yang ditanam subur sebelum ini adalah daripada keratan batang pudina yang dibeli di supermarket.
Jadi buat anda yang ingin mencuba menanam pudina, boleh ikuti cara dan langkah yang dikongsikan di sini.
“Saya nak kongsi dengan rakan-rakan cara mudah biakkan pudina melalui keratan batang.
Pudina yang saya tanam bermula dari keratan pudina yang beli di supermarket. Kalau nak start tanam sendiri, boleh beli keratan pudina segar atau beli anak pokok di nursery. Kemudian boleh biakkan ikut cara di bawah.
“Keratan pudina boleh terus cucuk ke tanah, atau rendam dulu sehingga berakar. Saya nak kongsi cara rendaman keratan sebelum alih ke pasu,” ujarnya.
Ini contoh batang pudina muda. Warna hijau. Jangan ambil keratan muda untuk pembiakkan. Untuk makan dan buat air boleh.
Ini contoh batang pudina yang matang. Warna coklat-coklat purple. Peratusan hidup tinggi.
Langkah 1 : Potong serong pangkal batang pudina yag matang. Ikut contoh potongan pada batang #1 ya.
Langkah 2 : Sebelum rendam keratan, perhatikan dua cara ini.
# 1 buang semua daun & tinggalkan 2 – 3 helai daun pada pucuk. Buat cara ni kalau keratan batang pudina tiada anak daun baru
# 2 potong pucuk, dan buang semua daun besar pada batang, tinggalkan anak daun yang kecil-kecil itu saja.
Langkah 3 : Rendam dalam bekas yang sesuai, letak di tempat yang redup untuk seminggu
Lepas seminggu boleh alih ke tmpat yg ada matahari dah. Boleh sambung rendam lg seminggu kalau akar masih sikit. Selalu check jentik-jentik ya.
Akar belum cukup banyak. Sambung rendam sehingga akar banyak.
Langkah 4 : Bila akar sudah banyak, boleh dialih ke pasu.
Macam biasa, lepas alih pasu, biar di tempat redup seminggu. Baru alih ke tempat kekal. Pudina boleh hidup di kawasan full sun. Air biar cukup.Kemudian alih ke pasu dan letak di tempat redup. Siram sikit-sikit je. Asalkan tanah lembap. Jangan terlalu lecak nanti keratan senang mati lepas cucuk ke tanah.
Ekstra Info : Bila keratan pudina da mula segar dadam pasu, da keluar tunas daun, baru letak baja. Sikit-sikit je.. Hati-hati baja jangan smpai kena batang.
Saya guna baja kopi / tinja cacing. Baja AB pun senang, tak perlu risau kalau kena dekat pangkal pokok.
Bila pokok sudah rimbun macam ni siram banyak-banyak boleh asalkan ada aliran keluar untuk air berlebihan.
Saya guna air sisa basuh bahan mentah di dpur / air basuh beras. Lepas tadah air basuhan, jangan terus siram. Peram semalaman dulu. Dan siram selang seli dengan air paip.
Sumber : Darlene Jane
Nak tahu, KELUARGA ada hadiah wang tunai RM500 nak beri kepada anak-anak anda! Caranya mudah sahaja, anda perlu kongsikan perasaan rasa bangga menjadi anak Malaysia.
Untuk maklumat lanjut layari je laman web https://toko.ideaktiv.com/product/virtual-himpunan-saya-anak-malaysia/ , baca syarat kelayakan dan jangan lupa untuk berdaftar di sana ya!
Sebarang soalan boleh di http://www.wasap.my/60169647520
Jom sertai E-Keluargagader BELAJAR ONLINE BERKEBUN CILI DI HALAMAN RUMAH dengan daftar segera di https://toko.ideaktiv.com/product/berkebun-cili-di-laman-rumah/ atau whatsapp di http://www.wasap.my/60169647520
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club
Jangan Berputus Asa Untuk Kejayaan Anak. Buat 5 Amalan Dan Doa Ini Ketika Dirinya Dalam Dewan Peperiksaan.
Esok, tanggal 4 September 2019, hari Rabu, anak-anak bakal menduduki peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR). Bukan anak-anak yang berdebar, ibu ayah juga begitu. Mana taknya, peperiksaan ini akan menjadi kayu pengukur hala tuju masa depan anak.
Mana taknya, jika anak berjaya, ibu ayah yang akan tersenyum lebar apabila melihat kejayaan anak-anak. Bagaimana pun, jika sebaliknya, jangan berputus asa terhadap anak-anak. Biarpun perperiksaan percubaan anak tidak memberangsangkan, namun ia tidak menjadi tidak noktah untuk ibu ayah berputus asa.
Apa yang pasti, doa ibu ayah tiada hijabnya. Sebagaimana perkongsian minda oleh Cikgu Matematik ini, Mohd Fadli Salleh yang memberikan panduan kepada ibu bapa apabila anak-anak menghadapi peperiksaan secara Islamik.
Tips untuk ibubapa semasa anak hadapi peperiksaan
Ibubapa yang mana tidak mahu lihat anak mereka berjaya dan cemerlang dalam setiap peperiksaan? Tiada. Semua mahu lihat anak kesayangan merela berjaya.
Usaha, masa dan wang ringgit rela dihabiskan untuk melihat anak berjaya. Sanggup ambil cuti hantar anak ke sekolah, tunggu sehingga anak-anak habis menjawab soalan.
WAKTU ANAK PEPERIKSAAN, BERDOALAH. BUKAN MAIN TELEFON
Tapi sayang, ramai yang hanya menunggu di kantin atau di pondok-pondok sambil berborak sesama rakan. Segelintir menghabiskan masa dengan melihat video di youtube, buka fb dan balas wasap.
Sepatutnya, masa itu amat berharga untuk ibubapa gunakan sebaik mungkin. Kita terkadang terlalu yakin dengan usaha sehingga ada yang terlupa, Dialah penentu segalaNya.
Hari ini saya kongsi tips Islamik untuk ibubapa semasa anak-anak sedang menjalani peperiksaan.
1. Solat hajat.
Sekira tengah kerja, minta izin majikan 10 minit untuk buat solat hajat agar dipermudahkan anak-anak menjawab soalan.
2. Mengucap syahadat dan selawat.
Ucaplah dua kalimah syahadah dan perbanyakkan selawat pada nabi s.a.w
3. Baca Quran.
Mengajilah Quran semasa anak sedang menjawab soalan. InsyaAllah mereka akan tenang. Bacalah apa-apa surah pun.
Namun ada beberapa ustaz sarankan baca fatihah, 3 Qul dan perbanyakkan baca surah Al Insyirah. Bacalah surah Al Insyirah sampai beratus kali pun. Tak perlu tetapkan jumlah tertentu. Setiap kali lepas baca surah Al Insyirah, doa dan niatkan dalam hati agar Allah permudahkan anak-anak kita menjawab soalan. Tenangkan hati mereka dan tajamkan ingatan mereka.
4. Zikir
Sekiranya kaum ibu tidak boleh sembahyang waktu anak sedang hadapi peperiksaan, banyakkan selawat pada baginda nabi s.a.w. Zikir banyak-banyak, dan jangan berhenti berdoa.
5. Doa
Doa seorang ibu setara dengan doa nabi terhadap ummatnya. Jangan pernah merasa penat untuk berdoa. Jangan lagi duduk bersembang kosong semasa anak sedang menghadapi peperiksaan.
Anak kita telah berusaha sehabis daya. Kita sebagai ibubapa kena juga ikhtiar sama. Semoga perkongsian ini bermanfaat buat ibubapa yang ada anak yang akan menduduki peperiksaan UPSR Isnin ini.
Saya doakan anak-anak anda berjaya dengan cemerlang. Doakan juga buat anak-anak didik tersayang saya ya.
” Berdoalah padaKu nescaya Aku perkenankan ” – Al Mu’min ayat 60
Semoga anak-anak dapat menghadapi peperiksaan dengan tenang. Doa dan amalan memohon pertolongan Allah akan menjadi pelengkap kejayaan anak itu.