Rahsia Ros Jepun Cepat Merimbun & Tak Berhenti Berbunga. Ni Kena Buat!

Share

Cantiknya menanam pokok ros jepun di laman rumah bila pokok galak mengeluarkan bunga. Macam-macam warna bunganya ada dan untuk memastikan pokok ros jepun kekal berbunga lebat, ada tips dan rahsianya.

Nak tahu detail, ikuti perkongsia ini.

Bismillah
Rahsia RosJepun jenis Carnation sis cepat merimbun penuh pasu:

1. Tanah dimasukkan hampir permukaan pasu (Tanah sis beli kat nursery, All in One or 6in1, kalau anda pandai campur sendiri tanah pun bagus)

2. Kerat ros jepun dari pasu asal, tinggalkan 2 3 helai daun. (Jangan risau, nanti naik merimbun balik RJ pasu asal.

3. cucuk rapat-rapat dan tinggalkan 2 3 daun juga dan potong.

4. selesai cucuk tanam, tabur baja biji bunga, or mix dengan baja subur pun boleh, kemudian letakkan air perlahan2 ( tabur sikit je macam tabur garam dalam masakan)

5. kalau baja jenis air boleh terus sembur.

6. biar beberapa minit, kemudian sembur racun untuk bena & serangga, recommended brand Brogard, kalau takde, brand apa-apa pun boleh.

7. Terus letak di tempat kena cahaya matahari.

8. selepas 3 minggu pasu dah keluar banyak cabang-cabang baru, dah jadi macam rumput karpet.

9. sebulan setengah dah keluar bunga-bunga

10. tempoh untuk Ros Jepun Carnation matang, berbunga penuh tak berenti ialah +-2bulan.

11. RJ jenis Carnation antara yang tahan lasak, kena hujan pun takpa, asalkan air boleh keluar bawah pasu.

12. Harus letak tempat kena cahaya matahari, 6jam ke atas.

13. RJ suka baja, baja setiap 14 hari sekali

14. Siram pagi & petang kecuali hujan.
*Hapuskan Bena,Kulat & Ulat guna racun serangga.

Sumber : Ros Jepun Perlis