Bukanlah tidak berjaya menghasilkan Nasi Ayam yang enak tetapi mencuba resipi baru yang rasanya lebih enak dan sedikit berbeza pastinya buat semua ibu-ibu teruja untuk mencuba. Lebih-lebih lagi anak-anak suka makan Nasi Ayam yang mudah dan berkhasiat.
Perkongsian Puan Rafiza Idayu di facebooknya pernah mendapat sambutan yang cukup luar biasa. Dia yang menggunakan resipi perapan ayam yang diadaptasi daripada resepi masterchef yang pernah berkhidmat di Istana Buckingham. Berikut merupakan petua dan rahsia yang diberikan olehnya.
RESIPI NASI
BAHAN-BAHAN:
Ads
Beras
2 ulas bawang putih
1 inci halia
Kiub pati ayam
Bay leaf (atau daun pandan) – untuk wangi
Lemak ayam
Air rebusan ayam
Serbuk kunyit
CARA MEMASAK:
Asingkan isi ayam dan lemak ayam. Lemak ayam inilah sebenarnya ‘the ultimate secret’ dalam pembuatan nasi ayam. (Lebih mujarab, gunakan lemak di bahagian bontot ayam.
Panaskan lemak ini dalam periuk nasi hingga keluar minyaknya. Asingkan lemak ayam untuk proses seterusnya.
Buang lemak yang tertinggal dan masukkan bawang putih dan halia yang telah ditumbuk halus.
Masukkan bay leaf dan kiub pati ayam.
Masukkan beras, biarkan masak sebentar dan kemudian masukkan air rebusan ayam.
Biarkan nasi hingga masak.
RESEPI PERAPAN AYAM
Ads
BAHAN-BAHAN:
2 ulas bawang putih (ditumbuk)
3 sudu makan madu
2 sudu makan sos tiram
1 sudu makan kicap pekat
1 sudu makan minyak bijan
Sedikit lada sulah
RESIPI SAMBAL
Ads
BAHAN-BAHAN:
6 biji cili merah
2 ulas bawang putih
1 sudu makan jus limau nipis
Sedikit halia (anggaan 1 ruas jari kelingking)
4 sudu makan gula
1 sudu kecil garam
Air rebusan ayam 3/4 cawan (200ml)
1 sudu kecil tepung jagung yang dilarutkan dengan 2 sudu air
Rahsia Mendapatkan Ayam ‘Juicy’
Masak air hingga mendidih.
Apabila mendidih, barulah dimasukkan ayam.
Tutup periuk (wajib) dan masak hingga 5 ke 6 minit.
Guna api yang besar.
* Air rebusan ini akan digunakan untuk membuat sup ayam dan masak nasi. Tujuan kita menggunakan air mendidih sebab kita nak perangkap jus ayam kekal di dalam daging ayam tersebut. Pastikan air yang banyak hingga tenggelam ayam.
Selamat mencuba!
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Bukan puasa namanya kalau tanpa menjamah kuih kegemaran ramai ini di bulan puasa. Sudukan sahaja ke mulut sudah terasa enaknya berbuka. Lain macam rasa sedap dan lemaknya kuih yang satu ni.
Itulah kehebatan kuih Tepung Pelita atau sesetengah negeri memanggilnya Kuih Limas.
Kuih hijau putih ini nampak macam susah untuk disediakan tetapi sebenarnya taklah sesusah mana nak sediakannya. Hanya satukan beberapa bahan dan didihkan hingga pekat.
Resipi yang disediakan oleh Sally Ahmad ini viral beberapa hari lalu kerana cara yang digunakannya amatlah mudah. Siap ada contoh bergambar. Jom cuba.
1. Potong 4 kerat.
2. Ni dia bahan-bahannya. Bahagian bawah.
3. Kacau sampai pekat.
4. Letak gula halus satu sudu teh dalam bekas.
5. Tuangkan adunan warna hijau.
6. Ni pula bahan bahagian atas.
7. Masak dan kacau sampai pekat.
8. Tuang ke atas hijau.
9. Dah siap!
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Minggu ini merupakan hari yang sibuk untuk ibu bapa, kanak-kanak dan juga guru-guru. Biasanya sebelum memulakan hari pertama persekolahan ibu bapa akan memastikan kelengkapan anak ke sekolah telah dibeli sepeti kelengkapan pakaian dan keperluan pembelajaran. Kanak-kanak yang akan merasa teruja untuk pertama kalinya menjejaki kaki ke sekolah.
Sebaliknya ibu bapa merasa resah terlalu bimbang dan merasakan anaknya masih kecil lagi sehingga ibu bapa sanggup mengambil cuti untuk menemani anak di kantin sekolah waktu orentasi. Ibu-ibu yang tidak bekerja tidak menjadi masalah untuk meluangkan waktu ke sekolah. Keadaan ini berlaku setiap awal tahun tahun.
Ikuti ulasan Pakar Pendidikan Awal Kanak-Kanak, Prof Madya Dr Bustam Kamri yang juga merangkap Dekan Sekolah Sains Sosial,Kolej Antarabangsa Yayasan Melaka (KAYM) kepada Majalah Keluarga mengenai 12 cara ibu ayah perlu latih anak supaya anak lebih bersedia dan berdikari di sekolah buat pertama kali.
PANDUAN IBU BAPA
Ibu bapa perlu membuat persediaan lebih awal dalam menangani kesediaan untuk anak-anak ke sekolah buat kali pertama iaitu darjah satu. Perasaan cemas dan resah perlu ditangani oleh ibu bapa dengan meletak kepercayaan bahawa anak sudah mampu menghadapi suasana baru dalam kehidupannya. Berberapa cadangan untuk dijadikan panduan kepada ibu bapa membuat persediaan anak-anak ke tadika dan darjah satu.
Persediaan anak
Gantung kalender di bilik anak atau di tempat yang mudah dilihat oleh anak. Tujuannya anak anda boleh menandakan setiap hari sehingga sekolah bermula. Ini akan memberi peluang anak untuk menggambarkan berapa lama sekolah akan bermula. Secara tidak langsung kanak-kanak belajar mengenali hari, tarikh dan masa perubahan tarikh.
Jadual tidur awal
Kanak-kanak dilatih untuk tidur awal sekurang-kurangnya dua minggu sebelum bermulanya hari persekolahan. Maklumkan kepada kanak-kanak tidur awal penting supaya tidak mengantuk sewaktu belajar dan menjaga kesihatan. Mereka yang cukup tidur akan sentiasa cergas untuk menumpukan pelajaran dan tidak merasa letih.
Bangun pagi
Kanak-kanak yang tidur lewat biasanya sukar untuk bangun pagi. Oleh itu jadual tidur awal yang dilatih akan memudahkan kanak-kanak untuk bangun pagi. Biasakan kanak-kanak bangun pagi awal dan menyediakan diri: berus gigi, mandi dan memakai pakaian selepas mandi. Kanak-kanak darjah satu perlu dibantu pada peringkat awal dalam hal menyediakan diri.
Memakai pakaian
Ibu bapa hendaklah menggalakkan kanak-kanak belajar memakai pakaian sendiri. Latih cara memakai pakaian dengan betul seperti mengenakan butang baju, memakai stoking dan kasut. Begitu juga dengan memakai minyak rambut dan bersikat. Apabila kanak-kanak telah dapat mengurus diri dengan sendiri masalah kelewatan menyiapkan diri tidak lagi timbul. Ibu bapa tidak perlu membantu anak memakai pakaiannya.
Berbincang tentang jangkaan anak-anak
Bertanya anak-anak apa yang mereka jangkakan apabila kembali ke sekolah. Manakala jika anak baru masuk ke tadika atau darjah satu bertanyakan apakah yang mereka jangkakan ketika hari pertama di darjah satu. Cuba bacakan buku cerita tentang kanak-kanak memulakan hari persekolahannya yang sesuai dengan umur dan peringkat persekolahannya.
Ibu bapa boleh bertanya tentang perasaan yang mungkin ada pada anak anda semasa hendak memulakan hari persekolahan: cabaran baru untuk dialami, berjumpa kawan baru, kesedihan perpisahan dan lain-lain. Pastikan untuk bertanya kepada anak jika mereka ada sebarang soalan atau memberi perhatian tentang memulakan hari persekolahan dan tertumpu kepada sebarang kemungkinan ketakutan yang mungkin ada pada dirinya.
Biar anak tahu anda mengambil berat
Tulis nota kecil dan letak ke dalam beg bekalan untuk memberitahu bahawa anda sentiasa ingat padanya semasa mereka berada di sekolah. Sentiasa memberi dorongan dan galakkan untuk mereka belajar berdikari dan berkeyakinan menghadapi situasi baru ketika di tadika atau pun di darjah satu. Ibu bapa tidak digalakkan menunjukkan rasa resah dan kebimbangan melepaskan anak bersendirian.
Pengangkutan ke sekolah
Jika anak-anak menaiki bas ke sekolah, pastikan ibu bapa menghubungi pemandu bas. Kalau boleh bawa anak berjumpa dengan pemandu bas yang akan mengambil anak di rumah. Dicadangkan pihak pemandu memberi kerjasama dengan memberi perkhidmatan mengambil dan memberi peluang kanak-kanak menaiki bas. Pengalaman ini adalah penting untuk mengurangkan rasa bimbang kepada kanak-kanak.
Latihan mengurus diri
Ibu bapa selalunya merasa sangat bimbang tentang anaknya kerana tidak dapat mengurus diri ketika di tandas. Dicadangkan ibu bapa hendaklah melatih anak-anak cara mengurus diri terutama masa ke tandas.
Tunjukkan cara yang betul untuk membersih diri selepas buang air besar atau buang air kecil.
Selain daripada itu kanak-kanak juga perlu diajar perkataan seperti,” Cikgu saya hendak buang air,” atau “Cikgu saya hendak ke tandas.”
Membiasakan diri dengan jadual makan
Di rumah kanak-kanak bebas untuk makan dan minum. Mereka akan mengambil apa sahaja di meja makan atau makanan di peti sejuk. Berbeza dengan di sekolah kanak-kanak perlu mengikut jadual makan yang telah ditetapkan. Terangkan kepada anak-anak supaya belajar mematuhi jadual. Latihan di rumah dua minggu sebelum ke sekolah dengan menetapkan waktu makan supaya mereka bersedia dengan keadaan di sekolah.
Latih anak-anak supaya membasuh tangan sebelum dan selepas makan.
Ketika makan dilatih duduk dengan betul. Sekiranya menggunakan sudu dan garpu hendaklah diajar cara memegang dengan betul. Begitu juga sekiranya menggunakan tangan hendaklah dilatih cara menyuap dengan betul.
Mengemas dan menyimpan
Kanak-kanak hendaklah dilatih untuk mengemas dan menyimpan barangan miliknya ke dalam beg seperti buku, pensil, botol air dan bekas makanan. Ingatkan semasa hendak balik semua barangan sendiri tidak boleh ditinggalkan di kelas. Menjaga barangan adalah tanggungjawab sendiri.
Belajar bersosial
Salah satu perkara yang penting dalam kehidupan kanak-kanak adalah sosialisasi. Kanak-kanak perlu pendedahan awal tentang cara untuk bersosial. Di rumah kanak-kanak bersama ibu bapa dan adik beradik. Penyesuaian diri bersama guru dan rakan sebaya di kelas memerlukan kemahiran. Ibu bapa boleh membawa kanak-kanak ke taman permainan supaya kanak-kanak belajar bergaul dengan kanak-kanak lain.
Belajar mendengar arahan
Kadangkala terlepas pandang hal mendidik anak belajar mendengar dengan tekun. Perkara belajar mendengar dengan tekun perlu diasuh lebih awal supaya kanak-kanak boleh menumpukan masa lebih lama. Tumpuan mendengar kanak-kanak boleh dilatih. Mendengar adalah penting dalam pembelajaran. Latih anak anda mendengar sambil mata memberi tumpuan kepada orang yang bercakap dengannya. Semasa mendengar tidak digalakkan membuat perkara lain seperti memegang pensil, membaca buku, memandang ke tempat lain atau bercakap dengan kawan.
KESIMPULAN
Perancangan memberi kesediaan kepada anak-anak merupakan langkah awal menyediakan diri. Ini penting untuk anak tetapi juga ibu bapa supaya tidak lagi berasa cemas dan bimbang ketika anak-anak ke tadika atau sekolah di hari pertama dan seterusnya. Semoga budaya menunggu anak sehingga beberapa hari di sekolah tidak lagi kelihatan. Apabila anak-anak berkeyakinan diri maka ibu bapa boleh terus merasa lega untuk menumpukan tugas harian lain tanpa merasa bimbang dan ragu.
Moga mendapat manfaat bersama dalam mendidik anak-anak lebih bersedia untuk ke sekolah dengan lebih yakin.
Belum reda kes Covid-19 yang kian mencatatkan sejumlah angkat yang semakin meningkat setiap hari, kita dikejutkan pula dengan berita insiden pertembungan tren LRT dari Stesen KLCC menghala ke Stesen Kampung Baru yang dipandu secara autimatik bertembung dengan tren daripada stesen Kampung Baru menghala ke Stesen KLCC di pandu secara manual dan dipercayai membawa 213 penumpang.
Menurut laporan yang ditulis di H.Metro, berkongsi kisah salah seorang ibu mangsa yang cedera di dalam insiden yang bernama Syafiza Abd Hadhib, 45 berkata, “Dalam keadaan menangis, anak memaklumkan dia tidak merasa kakinya yang cedera dalam insiden itu.”
Syafiza berkata, dia menerima panggilan daripada anaknya, Adzleen Syzarenna, 24, melalui nombor telefon tidak dikenali jam 8.29 malam.
“Anak saya yang bekerja di sebuah bank di Ampang sering menggunakan pengangkutan awam itu untuk berulang-alik ke rumah sewanya di Subang.
“Sejurus selepas kemalangan itu, Adzleen terus menghubungi saya dan memaklumkan dia cedera di bahagian kaki dan tidak dapat bangun.
“Saya yang terkejut dengan berita itu terus ke lokasi kejadian dan sempat berjumpa dengan dia yang masih berada dalam keadaan trauma sebelum dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk rawatan lanjut,” katanya ketika ditemui di hospital berkenaan, hari ini.
Seorang lagi ibu kepada mangsa insiden berkenaan, Mazuin Bahari, 51, berkata, dia bimbang dengan keselamatan anaknya sebaik mengetahui tren dinaiki anaknya, Tengku Ahmad Raiyan Tengku Naha, 27, terbabit dalam insiden itu.
“Ketika itu, Raiyan dalam perjalanan pulang ke rumah sewanya di Cheras. Sejurus selepas kemalangan itu, dia menghubungi saya untuk memaklumkan kejadian berkenaan jam 9.19 malam.
“Raiyan memberitahu beritahu kaki kanannya tidak boleh digerakkan selain berasa sakit pada bahu akibat hentakan kuat,” katanya ketika ditemui di HKL, hari ini.
Mazuin berkata, dia dan suaminya terus begegas ke lokasi kejadian, namun dimaklumkan, semua mangsa sudah dibawa ke hospital berkenaan untuk rawatan lanjut.
“Saya sama sekali tidak menyangka kejadian seperti itu berlaku kerana sebelum ini saya kerap mendengar dan membaca kejadian itu di luar negara.
“Setakat ini, saya masih belum mengetahui keadaan dan tahap kecederaan Raiyan memandangkan ahli keluarga tidak dibenarkan masuk ke wad kecemasan berikutan arahan daripada pihak hospital susulan penularan Covid-19,” katanya.
Dalam rumah tangga, hubungan suami isteri bukan sekadar berkongsi kehidupan, tetapi juga memahami keperluan masing-masing termasuk keperluan seksual.Walaupun ia sering dianggap isu peribadi, hakikatnya...