Rahsia Resipi Laksam Lembut, Tak Melekat & Bergulung Sendiri. Syaratnya Kena Pakai Pinggan Plastik & Sapu Minyak. Wow, Cukup Mudah!

Share

Laksam antara menu yang menjadi kegemaran ramai tetapi nak buatnya itu agak sukar. Usah bimbang, ibu-ibu boleh cuba resipi yang dikongsikan oleh AnneWife Aizudin yang cukup mudah dan tidak melekat. Kena baca baca perkongsian ni.


ada ka yang  tak tdoq lg time ni??pukul 2.10 pagi dah ni..cheq jadi burung antoo dok kukuih isi laksam ,jenoh nk bg abih tepong skilo..nasib lh mudah,x lekat..


SYARAT DIA,KNA PKAI PINGGAN PLASTIK(BPA) SAPU SIKIT MINYAK???

RESEPI ISI LAKSAM
1kg tepong beras cap 3 ekoq gajah*
2 cawan tepong gandum*
2camca tepong ubi*
1sudu teh garam*
5 camca minyak*
10 cawan air biasa*
5 cawan air panas

Cara membuat:

  • Bancuh semua bahan bertanda *,dah sebati baru masuk air panas. Kacau lagi bagi sebati.
  • Boleh lah kukus atas pinggan plastik yang disapu sikit minyak. Kukus pula jangan lama sangat, nanti kedot..cukup naik melembung sikit,(tanda dah masak) angkat,gulung hujung ja,
  • Kemudian, buat macam cheq,biaq dia gulung sendri..panaih kot..cheq x tahan. BUATPA NK SIBOK GULUNG DIA,KALAU DIA BOLEH GULUNG SENDIRI.

Bahan-bahan Kuah Laksam

RESEPI KUAH LAKSAM
1kg ikan selayang/curut-rebus ngn asam keping”ambik isi ngn air rebusan”
2biji bawang besar
1 1/2 inci halia
1sb lada benang/lada hitam”tumbuk”
garam
gula

Cara membuat:

1 kotak sederhana santan kara
***blend isi ikan td,air rebusan ambik tau.tulang jngn blend,satg kuah hitam.blend halia ngn bawang,masukkan lada yg ditumbuk td,garam,gula,.bila mendidih,bru masukkan santan,masak sekejap,ttop api..”jngn lama satg pecah minyk,x sedap”..**

SAMBAL
cili merah
cili padi
garam 
belachan 
**tumbuk **

ULAM
daun serai kayu”klo xdak pkai ja daun kesom”
timun”ambik kulit ja”
kobis
kacang panjang
bunga kantan
limau
**hiris nipis2 semua ulam..tabur atas bila nk mkn..**

Dah siap!

Sumber:AnneWife Aizudin via Masak Apa Hari Ni.. (MAHN)