Rambut adalah mahkota setiap wanita. Kerana itu ramai yang cukup menitikberatkan soal penjagaan yang satu ini. Selain ke salun, anda boleh melakukkannya sendiri di rumah tanpa mengeluarkan belanja yang mahal.

Jom admin kongsikan cara menjaga rambut dengan menggunakan bahan di dapur sahaja.

[Petua Hilangkan Kelemumur guna daun limau purut]

Rahsia Rambut Bebas Masalah Kelemumur. Hanya Guna Daun Limau Purut Sahaja. Wanita Ini Kongsikan Petuanya!Sape yang mengalami masalah kelemumur dan dah penat bertukar syampu namun hasilnya tetap sama, apa kata korang cuba daun limau purut pulak. Caranya:

IKLAN

Ambil 10 helai daun limau purut
Kisar bersama sedikit air. Jangan terlalu cair.

IKLAN

Kalau rajin, boleh je tumbuk dan kemudian campurkan dengan sedikit air sehingga menjadi pes. Korang boleh blender juga ye tapi agak agak air nye , jangan terlalu cair.
Rahsia Rambut Bebas Masalah Kelemumur. Hanya Guna Daun Limau Purut Sahaja. Wanita Ini Kongsikan Petuanya!Selepas bersyampu, ambil pes tadi dan letakkan di kepala.Ratakan ke seluruh kulit kepala dan rambut.

IKLAN

Urut kepala supaya pes tadi meresap. Biarkan seketika dalam 1-2 minit ye. Bilas sehingga bersih.

Kredit: Leha Yusuf

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI