
Rambut adalah mahkota setiap wanita. Kerana itu ramai yang cukup menitikberatkan soal penjagaan yang satu ini. Selain ke salun, anda boleh melakukkannya sendiri di rumah tanpa mengeluarkan belanja yang mahal.
Jom admin kongsikan cara menjaga rambut dengan menggunakan bahan di dapur sahaja.
[Petua Hilangkan Kelemumur guna daun limau purut]
Sape yang mengalami masalah kelemumur dan dah penat bertukar syampu namun hasilnya tetap sama, apa kata korang cuba daun limau purut pulak. Caranya:
Ambil 10 helai daun limau purut
Kisar bersama sedikit air. Jangan terlalu cair.
Kalau rajin, boleh je tumbuk dan kemudian campurkan dengan sedikit air sehingga menjadi pes. Korang boleh blender juga ye tapi agak agak air nye , jangan terlalu cair.
Selepas bersyampu, ambil pes tadi dan letakkan di kepala.Ratakan ke seluruh kulit kepala dan rambut.
Urut kepala supaya pes tadi meresap. Biarkan seketika dalam 1-2 minit ye. Bilas sehingga bersih.
Kredit: Leha Yusuf
Pikat Selera Keluarga Dengan Resipi Ayam Panggang Ala Kenny Rogers & Sos Lada Hitam Istimewa. Wow, enaknya!

Bila menyebut ayam panggang yang enak kita biasanya terbayangkan ayam panggang Kenny Rogers yang popular yang diperap sempurna cukup membuka selera. Enaknya bila dimakan dengan sos lada hitam yang pekat dan pedas.
Tapi kali ini sebagai hidangan istimewa untuk keluarga apa kata anda sediakan sendiri untuk mereka. Hari minggu begini memang masa yang sesuai untuk mencuba.
Bahan untuk perapan :
1 ekor ayam – bersihkan dan tidak perlu dipotong kecil
3 biji bawang besar
4 biji bawang putih
1 inci halia
2 atau 3 sudu besar sos lada hitam
1 sudu besar lada hitam tumbuk
2 sudu besar madu
1 ketul kiub ayam Knorr
2 sudu besar gula gula perang
2 sudu besar herba campuran
1 1/2 sudu teh garam halus
Sedikit air
Sedikit mentega
Cara membuat:
Campur kesemua bahan perapan dengan sedikit air dan kisar.
Lumurkan keseluruhan bahan tadi diluar dan dalam ayam yang telah dibersihkan.
Perap selama 1 1/2 jam.
Sapu sedikit mentega keseluruhan ayam dan bakar/panggang.
Bakar selama 1 1/2 jam atau sehingga ayam masak.
Semasa membakar, selepas 1/2 jam pertama, sapukan ayam dengan minyak dan campuran rempah yang menitis supaya ayam tidak terlalu kering.
Bahan untuk sos lada hitam :
1 1/2 cawan stok ayam @ daging
1/2 cawan susu segar
4 – 5 sudu serbuk lada hitam
2 cm batang saleri – dicincang
1/2 biji bawang besar – dicincang
2 sudu besar kicap manis – bergantung kehitaman yang dikehendaki
1 sudu sos tiram
1 sudu mentega
1/2 tin cendawan butang – dihiris
2 sudu besar tepung gandum – bancuh dengan air
garam dan gula – jika perlu
Cara membuat:
Panaskan stok ayam, susu segar, bawang dan juga batang saleri sehingga mendidih.
Kemudian tapis dan buang bawang serta saleri, Kemudian didihkan semula.
Masukkan lada hitam, kicap manis, mentega, sos tiram dan juga cendawan butang.
Akhir sekali masukkan bancuhan tepung gandum untuk mendapatkan kepekatan yang dikehendaki.
Selamat Mencuba!
Bila Isteri Dah Minta Pisahkan Antara Dapur & Ruang Makan, Suami Ni Terus DIY Kan Je Pintu Sliding Ni. Kos Cuma RM300!

Berangan mempunyai ruang dapur dan ruang makan terpisah bukanlah tidak dapat direalisasikan walaupun rumah yang dihuni mempunyai ruang yang terhad. Apatah lagi, biasanya isteri memang tidak suka jika ruang dapur tidak terasing, ini disebabkan bila memasak habis satu rumah berbau. Berbeza jika dapur dan ruang lain dipisahkan oleh pintu, akan dapat memastikan udara dalam rumah sentiasa bebas daripada bau masakan.
Pun begitu disebabkan ada kos renovation yang besar perlu ditanggung, ramai juga yang memendam keinginan untuk mengadakan ruang pemisah tersebut.
Tapi lain kisahnya bagi seorang suami ini, bila isterinya meminta untuk diadakan pemisah antara kedua ruang tersebut, terus sahaja dilakukan DIY dengan bajet yang cukup rasional.
Jadi bolehlah dijadikan inspirasi buat anda yang juga ingin melakukan transformasi ruang dengan bajet yang rendah dan mampu direalisasikan. Ayuh kita lihat perkongsian daripada Fourzy Ozzy ini.
Permintaan wife .. DIY pintu sliding yang memisahkan ruang dapur dgn ruang tamu
Simple design je..Kos tak sampai 300
Order shopee :
– sliding track
– pintu plywood
– wall paper
DIY pintu sliding yang memisahkan ruang tamu dan ruang dapur di sini saya kongsikan video untuk nampak lebih jelas.
Cuma tak nampak step pemasangan dari awal sebab dah siap pasang.. harap boleh beri sedikit gambaran pada mereka yg ingin mencuba.. tak susah pun saya pasang dgn bantuan wife tolong pegang pintu (dgn kos yg minimum tak sampai RM300)
– rumah flet ruang dapur agak limited.
Tinggalkan sikit utk pemegang pintu (masa tutup) dan ada stopper (blh laras).
Ekstra info : Ringan sbb pintu plywood (nipis je dlm 2mm tebal rasanya) .. saya beli saiz standard .. depend pada size opening kalau tak ngam terpaksalah kena tempah (harga std dlm rm80 kalau tempah rasanya dlm 150)
Sumber : Fourzy Ozzy
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club
Berat Hati Tapi Terpaksa Rela, Najwa Latif Pilih Berhenti Kerja Pensyarah Untuk Fokus PhD!

Ada waktu kita boleh buat dua benda dalam satu waktu, namun ada masanya kita tak mampu lebih-lebih lagi bila melibatkan masa depan. Itulah yang dihadapi oleh penyanyi, Najwa latif di mana dia mengumumkan kepada peminat bahawa dirinya terpaksa berhenti bekerja sebagai pensyarah bagi memberi ruang kepada pelajarannya di peringkat doktor falsafah (PhD).
Menerusi laporan Harian Metro, Najwa atau nama sebenarnya Imratul Najwa Abdul Latif berkata, dia menghadapi masalah untuk melakukan kedua-duanya dalam masa yang sama lalu memutuskan untuk mengorbankan pekerjaannya.
“Ya, saya berhenti kerja sebab nak fokus PhD sebab PhD saya tak bergerak, kerja pun terus-menerus. Memang rasa berat hati sangat sebab saya tak pernah tak kerja.
“Inilah kali pertama saya betul-betul rehat daripada bekerja. Penulisan PhD saya masih berjalan cuma pergerakannya sangat perlahan. Sudah hampir setahun dan saya kena korbankan kerja buat sementara waktu,” katanya.
Walau bagaimanapun, penyanyi lagu Cinta Muka Buku itu menjelaskan keputusannya untuk berhenti kerja berhenti kerja adalah buat sementara waktu sahaja dan akan kembali jika diberi rezeki.
“InsyaAllah tahun depan saya akan kembali bekerja semula. Nanti saya usaha cari kerja semula. Saya cuma perlu beberapa bulan untuk fokus PhD sekejap,” ujarnya.
Apabila ditanya mengenai penerimaan suami, wanita berusia 28 itu memberitahu bahawa Akwa Arifin sentiasa bertanyakan khabar selepas dirinya tidak bekerja serta memberikan sokongan penuh.
Untuk rekod, Najwa sedang melanjutkan pelajaran di peringkat PhD dalam jurusan Pengajaran Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua (TESL) di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan bertugas sebagai pensyarah di Universiti Selangor (UNISEL).
Sumber: Harian Metro (Georgie Joseph), Instagram Najwa Latif