Rupanya bila mengalami masalah angin, kembung perut  atau sistem pembuangan tak lancar, ia boleh dilegakan dengan amalan minum air rebusan jintan manis. Malah, anda yang nak perut kempis dan juga badan langsing juga boleh cuba kaedah ini.

Petua ini dikongsikan oleh puan Niza Hamid menerusi laman facebooknya.

 

RAHSIA PERUTT KEMPIS KEKAL LANGSING

Korang jangan pandang sebelah mata si jintan manis ni tau. Banyak sangat manfaatnya untuk kesihatan badan kita. Kakniz nak kongsi 3 manfaat utama jintan manis untuk perut kempis dan kekal langsing.

Cuci usus

Jintan manis ni herba yang berserat tinggi. Lebih kurang macam pelawas untuk melancarkan proses perkumuhan mencuci usus dari toksib, kotoran dan mendapan degil. Tapi tak la macam julap yang sebabkan cirit birit.

Proses pembuangan lebih santai dan perut pun tak memulas. Sistem metabolism jadi lebih teratur dan semestinya bantu melangsingkan badan. Selera makan pun dapat dikawal dengan mudah.

IKLAN

Atasi masalah kembung perut akibat terlebih angin, gas dan asid

Jintan manis ni bantu rawat masalah ketidakhadaman, radang perutt dan usus dengan cara keluarkan gas, angin dan asid yang berlebihan dalam perutt.

Hasilnya, perutt jadi leper dan kemas.

Bersifat diuretik

Apa yang bagusnya? Bagusnya ialah ia dapat mengeluarkan bendungan air (water retention) dalam badan. Secara tak langsung merawat sembab muka, perut kembung, buncit dan senak perut.

CARA BUAT AIR JINTAN MANIS
1 cawan air panas (pastikan betul-betul panas)
1 sudu makan jintan manis (lalukan air paip sebentar)

Rendam jintan manis selama 30 minit dalam cawan yang bertutup. Setelah agak suam, minum ketika perut kosong sebelum sarapan dan sebelum tidur.

Lepas seminggu, badan akan rasa lebih ringan dan cergas, sebab angin keluar dan pembuangan lancar. Cubalah! #Share resepi mudah ni ngan kengkawan. Amalkan berjemaah seronok jugak.

Tutup, tunggu hingga suam dan sesuai untuk diminum.

Bila dah suam, jintan manis akan mendap ke bawah

p/s korang minum air ni pastu combine mandi ngan Sabun Zumba. Terbaik la efek dia.

Niza Hamid
~ resepi dari dapur