Petua ini dikongsikan oleh puan Niza Hamid menerusi laman facebooknya.
RAHSIA PERUTT KEMPIS KEKAL LANGSING
Korang jangan pandang sebelah mata si jintan manis ni tau. Banyak sangat manfaatnya untuk kesihatan badan kita. Kakniz nak kongsi 3 manfaat utama jintan manis untuk perut kempis dan kekal langsing.
Cuci usus
Jintan manis ni herba yang berserat tinggi. Lebih kurang macam pelawas untuk melancarkan proses perkumuhan mencuci usus dari toksib, kotoran dan mendapan degil. Tapi tak la macam julap yang sebabkan cirit birit.
Proses pembuangan lebih santai dan perut pun tak memulas. Sistem metabolism jadi lebih teratur dan semestinya bantu melangsingkan badan. Selera makan pun dapat dikawal dengan mudah.
Ads
Atasi masalah kembung perutt akibat terlebih angin, gas dan asid
Jintan manis ni bantu rawat masalah ketidakhadaman, radang perutt dan usus dengan cara keluarkan gas, angin dan asid yang berlebihan dalam perutt.
Hasilnya, perutt jadi leper dan kemas.
Ads
Bersifat diuretik
Apa yang bagusnya? Bagusnya ialah ia dapat mengeluarkan bendungan air (water retention) dalam badan. Secara tak langsung merawat sembab muka, perutt kembung, buncitt dan senak perutt.
CARA BUAT AIR JINTAN MANIS
1 cawan air panas (pastikan betul-betul panas)
1 sudu makan jintan manis (lalukan air paip sebentar)
Ads
Rendam jintan manis selama 30 minit dalam cawan yang bertutup. Setelah agak suam, minum ketika perut kosong sebelum sarapan dan sebelum tidur.
Lepas seminggu, badan akan rasa lebih ringan dan cergas, sebab angin keluar dan pembuangan lancar. Cubalah! #Share resepi mudah ni ngan kengkawan. Amalkan berjemaah seronok jugak.
p/s korang minum air ni pastu combine mandi ngan Sabun Zumba. Terbaik la efek dia.
Niza Hamid
~ resepi dari dapur
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Sejak penularan wabak COVID 19, ramai ibu bapa melahirkan rasa bimbang untuk membawa anak-anak keluar di tempat terbuka termasuk merancang percutian apabila cuti sekolah bermula minggu depan.
Pastinya ibu bapa akan mengambil sikap berhati-hari dengan memberi peringatan kepada anak-anak mengenai pencegahan yang dinyatakan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia termasuk jangan bersentuhan dengan orang luar, kerap mandi, banyak minum air, memakai penutup muka, kerap membasuh tangan dan memakai sanitizer.
Selain pendekatan itu, kita juga perlu mengambil kira mengenai tahap imun badan kita sendiri termasuk anak-anak. Pemakanan yang sihat mampu meningkatkan daya imuniti badan kita dan anak. Ia termasuk mengambil buah epal sebagai sumber makanan untuk menguatkan imuniti badan.
INI RAHSIA BUAH EPAL
Buah epal antara buah yang digemari oleh orang dewasa dan kanak-kanak. Rasa masam manisnya memang enak. Pengambilan epal, setiap hari, baik untuk kulit dan tubuh. Kandungan tinggi serat, kaya antioksida dan vitamin C. Laporan kajian kesihatan dari Amerika Syarikat, mendedahkan sebiji epal hijau mengandungi 14 gram (g) karbohidrat manakala epal merah pula 15 g karbohidrat.
INI SEBABNYA
Pengambilan epal, contohnya antara pilihan snek sihat membekalkan pelbagai khasiat sekiranya diamalkan setiap hari. Epal kaya nutrisi dan baik untuk kulit dan tubuh. Kandungan tinggi serat, kaya antioksida dan vitamin C.
Menawarkan pelbagai manfaat kesihatan kerana kaya antioksidan, berperanan meningkatkan sistem imun melawan penyakit dan sebiji buah bersaiz sederhana mempunyai empat gram serat yang dikenali sebagai pektin.
Manfaat lain termasuk mengelakkan masalah gigi reput, menurunkan paras bakteria dalam mulut dan menjadikan gigi lebih sihat dan putih.
Pengambilan sebiji epal setiap hari mempunyai risiko lebih rendah mendapat diabetes kerana kandungan serat tinggi menstabilkan gula dalam darah, selain rasa kenyang lebih lama mengelakkan daripada makan berlebihan.
Kandungan serat tinggi membantu mengurangkan rasa lapar, seterusnya mengawal berat badan dalam jangka panjang, selain alternatif murah dan mudah menyingkirkan toksin daripada hati, untuk sistem badan lebih sihat. Epal merah membekalkan antioksidan yang antaranya mengurangkan risiko pembentukan katarak.
CARA HIDUP SIHAT RANGSANG IMUNITI BADAN
Selain makan buah-buahan penting untuk kita hidup secara sihat sekali gus merangsang meningkatkan daya tahan penyakit.
1.Minum air
Minum sebanyak 8 gelas air kosong setiap hari (lebih banyak jika cuaca panas, atau jika dia terlibat dengan aktiviti fizikal) Air adalah sangat penting kerana badan (dan sistem imun badan) memerlukannya untuk berfungsi dengan baik.
2.Mengambil makanan yang kaya dengan probiotik
Probiotik atau bakteria baik adalah amat penting untuk membantu mengekalkan kesihatan sistem penghadaman dan imuniti badan. Probiotik boeh didapati dalam makanan seperti yogurt, minuman susu kultur, keju, tempeh atau hum choy cina.
3.Aktif setiap hari
Masa sekurang-kurangnya 60 minit hendaklah diperuntukkan untuk melakukan aktiviti fizikal sederhana (berjalan pantas, berenang, sukan luar seperti badminton, lompat tali, berbasikal) yang bukan sahaja dapat memastikan badan anak anda sihat tetapi juga merangsang sistem imun badannya.
4.Tidur yang cukup
Kekurangan tidur bukan hanya menyebabkan kemerosotan prestasi kognitif dan masalah tingkah laku, tetapi ia juga boleh melemahkan sistem imun badan. Kanak-kanak di dalam lingkungan umur 6-13 tahun yang bersekolah memerlukan sebanyak 9-11 jam waktu tidur.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Kaji selidik menunjukkan, pasangan suami-isteri yang tidur secara berpelukan setiap hari mendapat banyak manfaatnya. Ia menambahkan keharmonian dalam rumah tangga serta menjalin hubungan perasaan dan perkongsian emosi antara suami isteri. Bahkan, sangat baik untuk kesihatan!
Malah, tidur berpelukan juga menampakkan situasi yang cukup romantik. Tetapi ada yang mengatakan ia menimbulkan rasa rimas, panas dan macam-macam alasan lain lagi. Tetapi percayalah, selepas baca info ini, pasti anda akan tidur berpelukan mulai hari ini.
Nak tahu apa manfaatnya tidur berpelukan, nah baca ini:
1.Mencegah Stres
Ketika tidur dengan seseorang yang anda cintai, ini boleh membantu meringankan fikiran dan mengurangkan tahap stres. Apatah lagi jika akhirnya anda tidur berpelukan dan bercinta, manfaatnya boleh menjadi lebih dari itu. Ini kerana pelukan dapat menghilangkan kesakitan dan membantu meningkatkan peredaran darah pada tisu-tisu lembut dalam tubuh badan.
2.Menaikkan Kadar Hormon ‘Oxytocin’
Hormon oxytocin dikatakan juga sebagai hormon cinta. Apabila banyak hormon cinta dirangsang, maka bertambahlah kasih sayang dan ia dapat menghilangkan perasaan kesunyian atau kemarahan.
3 .Tidur Lebih Nyenyak
Jika anda sukar tidur, mintalah pasangan memeluk anda semasa tidur. Kajian membuktikan, tidur berpelukan secara automatik membantu anda menyingkirkan masalah seperti sukar tidur (insomnia), merasa lebih relaks dan tidak memikirkan hal-hal lain dan membuatkan lebih cepat terlelap.
4. Baik Untuk Jantung
Tidur di samping pasangan juga baik untuk kesihatan jantung anda. Oleh itu, anda rasa aman dan kehangatan menyebabkan jantung pada kelajuan normal, sehingga tidak menyebabkan ketegangan pada jantung anda.
5. Bangun Penuh Bertenaga
Kebahagiaan tiada habis ketika bangun tidur, anda tetap melihat pasangan di samping anda. Malah, para pengkaji mendakwa, anda bakal merasakan tenaga positif yang melimpah dan bersemangat untuk bekerja.
6. Panjang Umur
Sebuah kajian menunjukkan, seseorang yang berehat di samping pasangan yang dicintainya dapat membuatkan otak, jantung, dan organ lain bekerja secara santai. Akhirnya, tanpa disedari perkara ini meningkatkan umur anda.
7. Tanda Luahan Kasih Sayang
Pelukan adalah tanda luahan kasih sayang antara suami dan isteri. Ia memperbaiki hubungan yang retak dan menyuburkan kasih sayang antara suami isteri serta meningkatkan kepercayaan pada pasangan.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
“Mak Tak Nak Sunat! Orang Kata Sakit!” Ini Kaedah-Kaedah Berkhatan Yang Patut Ibu Bapa Ambil Tahu.
Cuti sekolah dah nak dekat, mestilah anda semua dah ada perancangan untuk meluangkan masa bersama keluarga. Mesti ada yang dah rancang nak pergi bercuti, balik kampung, etc. Ada juga yang dah mula terfikir untuk bawa anak lelaki untuk berkhatan.
Walaupun doktor pakar yang akan melakukan operasi berkhatan tetapi sebagai ibu bapa, kita juga perlu ada pengetahuan asas mengenai kaedah-kaedah yang bakal dijalankan, ini penting bagi memudahkan anda untuk menjaga anak-anak selepas proses ini selesai.
Jom kita lihat sendiri kaedah-kaedah berkhatan yang dikongsikan oleh Dr Khairul Faizie, semoga ia bermanfaat buat anda!
Buat follower Keluarga, sila guna kod promo KELGSP5 untuk pembelian British Polo Yuna Handbag Set dengan harga lebih murah hanya di GO SHOP
Berdasarkan Kementerian Kesihatan Malaysia,berkhatan adalah terma yang digunakan di mana pembedahan kecil sebahagian daripada kulit yang berlebihan pada hujung zakar (preputial skin) dibuang. Ia juga dikenali dalam bahasa Inggeris sebagai ‘circumcision’.
Secara lumrahnya kebanyakan prosedur khatan di Malaysia dilakukan kerana tuntutan agama Islam ataupun dinamakan ‘ ritual circumcision’ di mana prosedur khatan itu dilakukan pada zakar yang normal. Terdapat dua teknik yang digunakan untuk prosedur berkhatan, teknik “freehand” dan teknik “clamp”.
TEKNIK FREEHAND
Teknik “freehand” menggunakan gunting, forceps, etc. Teknik ini, akan memotong kulit berlebihan kemudian akan dijahit. Seiring dengan kemajuan teknologi, alatan seperti gunting telah digantikan dengan alat yang dipanggil sebagai “Diathermy”. Bukan sahaja untuk berkhatan, tetapi banyak lagi pembedahan lain yang menggunakan alat ini.
Apa itu “Diathermy”? Walaupun “Diathermy” juga dikenali sebagai “sunat laser”, sebenarnya bukanlah laser.. Pembedahan yang menggunakan “Diathermy” dipanggil Electrosurgery, kerana alat “Diathermy” menggunakan cas elektrik berfrekuensi tinggi, untuk menghasilkan haba. Haba yang terhasil akan digunakan untuk memotong kulit atau tisu dan untuk menghentikan perdarahan (coagulation) dengan cara ia meterai saluran darah.
Disebabkan itu, berkhatan menggunakan “Diathermy” meluas bagi yang memilih teknik “freehand” kerana mudah untuk mengawal perdarahan dan hasil potongan kulit pun lebih kemas. Proses penyembuhannya juga adalah lebih cepat. Proses penyembuhan kulit yang tinggal selepas dijahit dipanggil sebagai “Primary Intention Wound Healing”, dimana bekas potongan dirapatkan dengan jahitan benang.
TEKNIK CLAMP
Teknik “clamp” pula, dipanggil juga sebagai berkhatan menggunakan devices (circumcision via devices).
Berkhatan menggunakan devices clamp itu, akan sembuh lukanya dengan proses yang dipanggil sebagai “Secondary Intention Wound Healing”, di mana tiada jahitan digunakan. Teknik “clamp” akan mengepit lapisan kulit yang ingin dibuang supaya tiada aliran darah di kulit tersebut. Hasilnya, kulit akan mati dan tanggal.
Sesiapa yang berkhatan menggunakan teknik “clamp” perlu menunggu antara tujuh hingga 10 hari untuk “clamp” itu tertanggal (tertanggal sekali kulit yang telah mati). Perlu diketengahkan juga bahawa terdapat kes di mana “clamp” ini tidak akan tertanggal sendiri, maka harus ditanggalkan secara “manual” oleh doktor yang dipercayai agak sakit. Oleh kerana proses penyembuhannya ialah “Secondary Intention”, maka proses penyembuhan agak lambat berbanding “Primary Intention”. Selepas “clamp” itu tertanggal,1 – 2 minggu diperlukan untuk kawasan berkhatan tersebut pulih seluruhnya.
Ha…sekarang anda telah mengenali tentang kaedah-kaedah berkhatan. Jadi, anda tidak perlu khuatir untuk membuat pilihan untuk anak lelaki anda. Alang-alang tengah berbincang tentang topik berkhatan, BINTANG KECIL akan mengadakan acara berkhatan yang dipanggil sebagai “Jom Sunathon”! Terhad kepada 30 kanak-kanak sahaja ya dan yang lagi menarik adalah acara berkhatan ini akan menggunakan “Diathermy”! Tunggu apa lagi? Cepat-cepat tekan “link” di bawah!