Biasanya bila kita makan mee kari di restoran atau gerai, rasa sedap kuah karinya memang lain macam. Terasa cukup berempah, kuahnya pekat dan enak sekali rasanya. Namun bila dicuba untuk sediakan sendiri, hidangan mee kari terasa ada sahaja kurangnya.
Untuk itu, apa kata anda sediakan resipi yang dikongsikan oleh Afy Al Habibi atau mesra membahasakan dirinya sebagai cikgu di group Masak Apa Hari Ni. Resipi Mee Kari yang diberikan cukup detail dan turut berkongsi ramuan-ramuan rahsia.
Menurutnya lagi resipi mee kari yang dikongsikan tersebut di beri nama Mi Kari Netup Pong Pongg. Baca nama resepi pun tak menahan dan katanya lagi paling utama tentang kesedapan rasa kuahnya, dijamin tak muak.
Jadi jom kita cuba!
Mi Kari Netup Pong Pongg
Bahan sampingan yang mencetus rasa luar biasa :
– telur rebus
– fishball putih (dicelur seketika)
– fuchuk goreng kering (beli siap lalu digoreng sampai garing)
– tauhu (digoreng)
– kacang panjang (dicelur seketika dan direndam dalam ais)
– taugeh (dicelur seketika dan direndam dalam ais)
– limau kasturi
– cili merah
– daun sup
– bawang goreng
Jom kita mulakan masak Kuah Mi Kari Netupp.
(untuk saiz hidangan 4-5 orang makan)
Choppp sebelum tu cikgu lupa masukkan dalam gambar lagi satu bahan penting;UDANG KERING.
Sediakan bahan kisar lain;
– 3 biji bawang merah saiz bola ping pong
– 1 ulas bawang putih
– 1/2 sudu besar ketumbar+jintan manis
– sehiris nipis halia
– dua hiris bulat nipis serai
– 7 ekor udang kering
Kisar semua bahan sehingga lumat.
*sebatang serai & setangkai daun kari digunakan untuk menumis nanti*
Ads
Langkah 1 : Panaskan sedikit minyak. Ketuk sebatang serai & masukkan 1/2 tangkai daun kari. Tumis sehingga wangi. (Cikgu tak tumis 4 sekawan pun semalam. Nak masukkan juga terpulang ya)
Langkah 2 : Kemudian masukkan bahan kisar tadi. Biar ditumis sehingga garing. Seterusnya tambahkan 1/2 sudu besar cili boh
Langkah 3 : Masukkan rempah campuran ke dalam periuk
Untuk penyediaan campuran rempah;
– 3 sudu besar rempah kari
– 1/2 sudu kecil serbuk kunyit
– secubit dua serbuk lada hitam & lada sulah
Langkah 4 : Diikuti 1/2 sudu besar serbuk lada. Kacau sehingga sebati.
*cikgu memang tak larutkan rempah kering tadi dengan air. Ini memang cara cikgu* Guna api paling perlahan sahaja. Sebab cikgu nak keluarkan aroma wangi rempah semasa ditumis. Kacau sehingga terbit minyak.
Ads
Langkah 5 : Barulah cikgu masukkan 1 cawan kecil air + secubit asam jawa
Langkah 6 : Masukkan perasa peringkat pertama;
– 1 keping bulat nisse@gula melaka
– 1/3 sudu besar garam
– secubit dua serbuk perisa
Part paling penting juga, cikgu akan tutup periuk waktu ni. Biar tumisan mereneh sehingga pecah minyak. Kira-kira 7-8 minit.
Ads
Lapisan berminyak macam ni lah cikgu sebut pecah minyak. Barulah masukkan 3 ketul ayam yang dicincang kecil & segenggam kerang. (Nak letak kerang selepas daging ayam masak pun terpulang)
Tutup semula periuk. Ok ini selepas 10-15 minit. Tumisan mendidih cantik dan isi ayam sudah masak.
Langkah 7 : Masukkan pula 3 cawan santan. Cikgu guna santan kotak M&S. Diikuti secawan air. (Tengok kepada kepekatan & sukatan kuah yang diingini.
Langkah 8 : Perasakan kuah peringkat kedua;
Garam, gula dan serbuk perisa ikut citarasa sendiri. Masukkan 1/2 kiub ayam Maggi untuk menyedapkan lagi rasa kuah. Biar kuah mendidih.
Langkah 9 : Sediakan bahan tambahan untuk dimasukkan dalam kuah untuk akhir proses masakan;
– tauhu pok (dibelah 4)
– fishcake
– fishball goreng
Sebelum ditutup api, masukkan bahan tadi. Kacau sekata. Siap kuah mi kari yang sangat lazat!
Siapa kata tidak boleh menanam jagung di laman rumah yang terhad. Lihat sahaja apa yang dilakukan oleh Encik Azuan Abdullah ini. Walaupun hanya beberapa batang pokok sahaja boleh di tanam, namun ianya sudah cukup memadai untuk dimakan bersama keluarga.
Oleh itu, anda ada yang teringin nak mencuba bercucuk tanam dan merasai sendiri keenakan dan kemanisan jagung yang ditanam sendiri apa kata, ketahui lanjut bagaimana proses penanaman jagung dan tempoh matang untuk dituai sebagai mana yang dikongsikan di akaun fb, jom semak.
Pokok jagung manis hibrid F1 ini saya tanam di tepi pagar rumah. Saya buat petak daripada batu bata dan di dalamnya saya letak tanah campuran. Nisbah tanah campuran yang saya buat adalah 2 bahagian tanah, 2 bahagian tahi kambing dan 1 bahagian pasir.
Saya tanam tak banyak pun, 10 point je. Setiap point saya tanam terus dengan dua biji benih dengan jarak 1.5 kaki antara satu sama lain. Daripada 20 biji yang saya tanam, ianya tumbuh semua. Sekarang ada 17 pokok sahaja yang tinggal sebab 3 pokok lagi telah patah dan tumbang semasa umur 20 hari.
Dari segi pembajaan pula, saya guna dua jenis baja sahaja iaitu NPK larut air 18:18:18 + MgO + Micro dan 12:12:36 + Micro.
Semasa umur 7 – 30 hari, saya siram dengan baja NPK larut air 18:18:18 + MgO + Micro dua minggu sekali dengan kepekatan 2.0 mS.
Bila dah umur 34 hari hingga boleh harvest, saya guna pula baja NPK larut air 12:12:36 + Micro untuk siraman 2 kali sminggu dengan kepekatan 2.5 mS.
Setiap pagi Jumaat atau Sabtu, saya akan sembur pula dengan EM @ Plant Booster dan biopesticid @ kawalan organik tanpa racun kimia. Kedua-duanya buatan sendiri.
Alhamdulillah semalam ianya genap 48 hari ditanam, dah nampak bunga betina dan jantan mula keluar. Dalam masa tujuh hari akan datang, kita doakan supaya tiada ada hujan yang banyak terutamanya pada waktu pagi.
Jika ditanam secara komersil dan menggunakan pengairan secara sprinkle, cuba elakkan menyiram pada waktu pagi dalam tempoh 47 – 55 hari.
Kenapa tak nak hujan dan siram waktu pagi?
Sebabnya, waktu ini adalah masa untuk proses pendebungaan semulajadi berlaku. Jika hujan atau kita siram dengan sprinkle pada sebelah pagi, proses pendebungaan tersebut tidak akan berlaku dengan sempurna. Akibatnya, buah jagung kita isinya tidak penuh atau “rongak” orang Kelantan panggil.
Rasanya dalam masa 2 hingga 3 minggu lagi dah boleh harvest ni. Berdasarkan pengalaman sebelum ini, insyaAllah 15 daripada 17 pokok tersebut boleh menghasilkn buah yang beratnya melebihi 500 gram setongkol.
Sekiranya sahabat nak tanam dalam pasu, boleh juga guna SOP di atas. Saya syorkan guna pasu yang besar, kapasiti 10 liter dan ke atas.
Semoga sedikit perkongsian ini dapat memberikan manfaat kepada sahabat sahabat semua.
Mengajar anak untuk melakukan segala kerja-kerja rumah bukanlah satu perkara mudah untuk dilakukan.
Perlukan sedikit masa untuk anak-anak membantu kita dengan ikhlas hati. Mungkin ada caranya yang lebih tepat untuk mengajar mereka. Baca pandangan Dr Norzila Zakaria ni.
Berikan kepercayaan kepada anak melakukan tugas
=====================================
Ada banyak perkara kita mahu anak-anak kita lakukan tapi kadang-kadang kita tidak memberikan kuasa penuh kepada mereka dan akhirnya anak-anak pun tidak seronok untuk melakukannya kerana banyak arahan ‘jangan’ dari kita.
‘Jangan buat macam tu, buat macam ni… mari ibu tunjuk” kecewa anak kerana usahanya ‘salah’! Namun kalau kena caranya pasti mereka boleh terima. Ubah sedikit sahaja ayat tadi, mungkin bunyinya begini:
“Wah dah separuh karpet bersih, pandailah anak-anak ibu ni cuci”
Senyum dan tanyakan apa perasaan mereka “Seronok tak boleh basuh karpet? Boleh main air juga kan?”
Dengarkan jawapan mereka. Raikan perasaan mereka. Pasti keyakinan diri mereka bertambah tinggi kerana kita meraikan usaha mereka.
“Ok, sekarang ibu nak tunjuk macamana nak cuci bahagian ni yang agak kotor, boleh? Nanti lepas ni abang dan adik buat sendiri ya”.
Beritahu mereka proses yang kita rancangkan seterusnya dan pemantauan yang akan kita lakukan. Jadi bila kita ‘tegur’ dan baiki mereka mudah menerimanya.
Jika kita terus ‘menyerang’ dan menegur dengan cara yang tidak hikmah, pasti mereka kecewa dan tidak mahu menyambung kerja-kerja mereka.
Sesekali mainlah bersama mereka, kalau basuh karpet biar basah bersama-sama mereka, pasti mereka seronok bila kita bersama-sama melakukannya dan bukan memerhati sahaja.
Jika kita bertindak seperti ketua dan hanya memberi arahan, saya pasti mereka tidak akan seronok melakukan aktiviti tersebut. Nasib tidak baik mereka merajuk dan kita pun jadi marah sebab mereka tidak mengikut arahan kita.
Jadi fikirkan apa aktiviti yang kita boleh berikan sepenuh kuasa kepada mereka tanpa arahan dan pemantauan rapi dari ‘ketua’ kepada mereka, maknanya biarkan saja mereka buat ikut suka hati mereka. Dan jika aktiviti tersebut memerlukan pemantauan dan hanya sebahagian sahaja kuasa yang boleh diberikan, maklumkan mereka supaya mereka tidak kecewa.
Jika aktiviti yang diberi kuasa penuh menjadi sesuatu yang perlu dipantau, boleh lakukan teknik seperti di bahagian awal untuk melibatkan diri kita dalam aktiviti mereka dengan lebih bijak.
Aktiviti cuci karpet Ini adalah aktiviti yang saya berikan kuasa penuh kepada anak-anak saya semasa cuti PRU bulan lepas. Saya biarkan saja apa mereka mahu lakukan dan hanya melibatkan diri di hujung aktiviti untuk mereka berhenti mencuci.
Memang puas hati mereka boleh melakukan aktiviti ini mengikut cara mereka sendiri.
Sudah pasti bila ditambah dengan sedikit pujian mereka rasa sangat dihargai dan tahap keyakinan mereka juga meningkat bila dapat menyelesaikan tugasan dengan baik.
Dapat intipati dari kisah ini?
Kredit: Dr Norzila Zakaria
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Masakan berasaskan sotong sudah tentu menjadi kegemaran ramai. Selain sotong goreng, sotong masak sambal atau sotong masak sos tiram, anda juga boleh mencuba resipi Sotong Siram Petang.
Menariknya resipi ini, cara penyediannya seperti ala thai termasuk mengunakan bahan serai, limau purut dan limau nipis membuatkan resipi ini memberikan aroma yang menyelerakan. Menerusi perkongsian Noor Sabrina Amran, resipi berkenaan adalah daripada mak mertuanya. Penyediaan yang mudah dan menyelerakan.
IKUTI PERKONGSIAN
Sotong Siram Petang (resepi mak mertua kak sab). Buat untuk berbuka ni, sedap! laju je nasi bertambah! keluarga memang suka! anak2 fav!
Bahan-bahan : Sotong Cili padi Serai Halia Bawang putih Bawang merah Daun limau purut Limau nipis / lemon Sos cili thai Minyak masak
CARA PENYEDIAAN:
Cara-cara masak ada pada setiap gambar yer. Campak-campak je!
Basuh sotong dan toskan. Potong ikut citarasa masing-masing.Bawang putih, bawang merah, halia, serai, daun limau purut dan limau nipis dipotong awal.Gaul sotong dengan garam dan kunyitGoreng sekejap separuh masak. Angkat dan toskan.Dalam kuali lain. Panaskan minyak. Tumis bawang putih, bawang merah dan serai sehingga naik bau.Masukkan sos cili thai. Kacau sebatiMasukkan cili padi, perahan limau nipis dan daun limau purut.Masukkan sotong dan kacau sebati. Jangan masak lama-lama nanti sotong liat.Rasanya masam manis dan pedas.
Selamat menikmati. Memang sedap!
Kredit: Noor Sabrina Amran
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Seorang pemuda ditahan kerana disyaki mencabul seorang murid perempuan yang sedang bersolat Subuh dalam Masjid Jamek Sungai Masin dekat Batang Kali, awal pagi tadi.