Orang perempuan kalau dikatakan nampak muda dari usia sebenar mesti suka bukan? Maklumlah awet muda, dan jika ditanya apa rahsianya ada sebahagiannya mempunyai amalan petua.
Memang benar, petua awet muda memang banyak dan salah satunya adalah dengan minum jamu asam kunyit. Ini sebagaimana yang dikongsikan oleh Sue M Shauhki atau lebih mesra disapa Kak Suuci tentang ibunya yang nampak muda walau pun umur telah menginjak di usia 50 tahun ke atas.
Jom ikuti perkongsian daripadanya.
“ Kita yang dah nak masuk umur 30 – 40an ni . Kena rajin amalkan jamu…jangan sesekali pandang remeh hal kesihatan. Belom umor 40 , lembik sana sini , masuk angin , kolestrol melonjak. Buat jamu yg mak ajar tu.. suami isteri boleh minum . Biarr segeeeerrr !! “ – bebel bunda saya.
Ni buktinya
Ibu saya berbaju belang. Saya berbaju kebaya. Macam adik saya pulak kan?
Itulah realitynya, kalau cubit lengan ibu saya masih pejal macam anak dara. Di usia 53 tahun masih belom menopause tau
“Hari ni saya nak kongsikan resipi JAMU yang mak saya pernah buatkan untuk saya 20tahun yang dahulu. Tapi dulu saya liat nak minum jamu ni, sekarang baru lah rase sakit sana sakit sini, baru umur 30 ++. Umur Mak saya dekat 50 tahun lebih , steady lagi tau ! Kulit tegang jeh. Rilek je angkat tong gas ke hulu ke hilir,”- Sue M Shaukhi
INI JAMU YANG DIAMALKAN OLEH IBUNYA
Jamu Asam Kunyit Mak saya.
Resepi ini untuk 3 liter JAMU .
Bahan-bahan:
Segenggam Kunyit matang.**
Segenggam Halia Bentong. ** Kalau tiada halia bentong, boleh pakai halia tua. Makin tua, makin pedas makin tinggi zat nya.
Segenggam Temukunci**. Ambil ubi dan jari jemari sekali ( saya tak masukkan kali ni )
Segenggam cekur / kencur **. Sama aje kedua duanya. Sini panggil cekur. Jawa panggil kencur.
Daun pandan sehelai – simpulkan .
Daun Sirih 3 ke 5 helai ikut saiz. – optional. ( untuk wanita bagus )
Air 3 mangkuk.
Perisa ikut selera memasing:
2 genggam Asam Jawa , ambil airnya.
2 keping Gula Melaka ( nak manis letak lebih sikit )
Sebiji lemon – belah – belah
Sebatang serai – ketok je
Lada Hitam utk yang lepas bersalin boleh tambahkan ketika fasa memblender tu.
saya letak je semua ni, sedaap nanti.
Bahan bertanda (**) mestilah di kisar halus.
Cara penyediaannya :
“ Kita yang dah nak masuk umur 30 – 40an ni . Kena rajin amalkan jamu…jangan sesekali pandang remeh hal kesihatan. Belom umor 40 , lembik sana sini , masuk angin , kolestrol melonjak. Buat jamu yg mak ajar tu.. suami isteri boleh minum . Biarr segeeeerrr !! – pesan bunda saya. Hari ni saya nak kongsikan resipi JAMU mak saya buatkan untuk saya 20tahun yang dahulu. Tapi dulu saya liat nak minum jamu ni, sekarang baru lah rase sakit sana sakit sini, baru umur 30 ++.Umur Mak saya dekat 50 tahun, steady lagi tau ! Kulit tegang jeh.Syukur Alhamdulillah masih diberikan rezeki untuk mencari bahan bahan nak buat jamu booster ni.Saya share terus jelah resepinya ya.Resepi orang lain saya tak pasti, tapi ini yg mak saya amalkan sejak beliau masih remaja.Jamu Asam Kunyit Mak saya.Resepi ini untuk 3 liter JAMU .Resipinya:.Segenggam Kunyit matang.**Segenggam Halia Bentong. ** Kalau tiada halia bentong, boleh pakai halia tua. Makin tua, makin pedas makin tinggi zat nya.Segenggam Temukunci**. Ambil ubi dan jari jemari sekali ( saya tak masukkan kali ni )Segenggam cekur / kencur **. Sama aje kedua duanya. Sini panggil cekur. Indonesia panggil kencur.Daun pandan sehelai – simpulkan .Daun Sirih 3 ke 5 helai ikut saiz. – optional. ( untuk wanita bagus )Air 3 mangkuk.Perisa ikut selera memasing:2 genggam Asam Jawa , ambil airnya.2 keping Gula Melaka ( nak manis letak lebih sikit )Sebiji lemon – belah – belah Lada Hitam utk yang lepas bersalin boleh tambahkan ketika fasa memblender tu.saya letak je semua ni, sedaap nanti.Bahan bertanda (**) mestilah di kisar halus.Khasiat:Memulihkan tenagaMemanaskan badanMelancarkan peredaran darahMembuang anginAtasi lenguh lenguh , sengal badanMengurangkan bau badanMencuci dalaman badan dan menyah toksinMenghilangkan keputihanMemulihkan luka dalamanMengecutkan peranakkanMelawaskan pembuanganMenyerikan wajahMencantikkan kulitKhasiat tinggiAgen awet mudaSesuai untuk wanita dan lelakiTidak Sesuai Ketika:Waktu haidSedang hamilAnak kuning / jaundisKalau kencing manis, jangan letakkan gula melaka. Boleh gantikan dengan daun stevia kering.Kalau darah tinggi, jangan masukkan garam. Gula pun kurangkan.NOTA KAKI :Jamu Asam Kunyit Herba siap diminum. Boleh minum panas suam suam. Kalau nak minum sejuk tu boleh minum air sunquick la. Jamu lagi elok , lagi bermanfaat, lagi afdal kalau minum panas suam suam..Boleh tapis bahan kisar tu sebelum masak , dan hampasnya buat LULUR jika RAJIN ya. Tapi saya ikut style mak, tak tapis, bahan kisar tadi terus masuk periuk & masak sehingga mendidih . Sehingga tersejat 1 inci. Mak kata “ BIOR KELUOR SARIPATINYA !” Tuang bahan kisar & bahan lain kedalam periuk dan masak sampai mendidih. Masukkanlah bahan perisa seperti diatas ikut citarasa masing masing. Nak manis, tambah gula melaka. Nak masin, tambah garam. Nak masam manis , tambah gula melaka dan asam jawa. Orang sedang berpantang dalam seratus hari , boleh tambah lada hitam ketika blend. Bagus untuk panaskan badan dan pecah darah beku.Tq semua !!SHARE resepi jamu supaya boleh di turunkan pada anak – anak kita nanti .#KAKSUUCI pon minum jamu tau
Posted by Sue M Shauhki on Wednesday, 21 February 2018
- Kisar bahan yang bertanda ** hingga halus.
- Kemudian tuangkan bahan yang telah dikisar ke dalam periuk.Set api sederhana besar.
- Kemudian masukkan air.
- Masukkan pandan dan bahan-bahan lain.
- masak sehingga mendidih.
- Masukkan lada hitam dan didihkan sekali lagi dan siap!
- Kemudian tapis dan simpan di dalam botol.Tidak Sesuai Ketika:
Waktu haid
Sedang hamil
Anak kuning / jaundis
Kalau kencing manis, jangan letakkan gula melaka. Boleh gantikan dengan daun stevia kering.
Kalau darah tinggi, jangan masukkan garam. Gula pun kurangkan.
Ini JAMU bukan air sirap boleh minum hari – hari, dapat 1 cawan sehari & cuma 2-3 x seminggu sudah memadai.
NOTA KAKI :
Jamu Asam Kunyit Herba siap diminum. Boleh minum panas suam suam. Kalau nak minum sejuk tu boleh minum air sunquick la. Jamu lagi elok , lagi bermanfaat, lagi afdal kalau minum panas suam suam. Minum secawan pagi sekali secawan Malam sekali. 2 – 3 x seminggu pon dah ok.
Boleh tapis bahan kisar tu sebelum masak , dan hampasnya buat LULUR jika RAJIN ya. Tapi saya ikut style mak, tak tapis, bahan kisar tadi terus masuk periuk & masak sehingga mendidih . Sehingga tersejat 1 inci. Mak kata “ BIOR KELUOR SARIPATINYA !”
Orang sedang berpantang dalam seratus hari , boleh tambah lada hitam ketika blend.
JANGAN TERUS AMBIL JAMU jika anak JAUNDIS .
Bagus untuk panaskan badan dan pecah darah beku. Minum jangan banyak takut anak tak tahan .. panas kan jamu ni. 1/2 cawan waktu pagi sudah memadai. Khasiat kunyit juga untuk mengecutkan rahim yang kembang lepas bersalin.
Orang lelaki pon boleh minum,
Inilah cara orang dulu keluarkan toksin dari badan selain buat rutin kerja harian, memang abis berpeluh , sendawa & kentut tu.. petanda bagus tau !!
Perubahan yang boleh nampak ialah, kulit nampak lebih jernih, berseri & pink – pink sikit..Part lain kena cuba sendiri dulu lah ye.