Rahsia Mini Oreo Cheese Cake Sedap & Super Berkrim. 20 Minit Siap, Wanita Ni Kongsikan Caranya. Padu!

Share

Cheese cake antara kek yang menjadi kegemaran ramai. Kalau ingat lagi, antara yang paling popular dulu-dulu mestilah cheese cake Secret Recipe, kan? Kini, dah macam-macam resipi yang dikongsikan dan diolah mengikut citarasa seisi keluarga.

Bagi anda yang baru nak mencuba tu, mungkin resipi dari Aznie Khasri

 boleh membantu. Mudah, sedap dan cepat pula tu. Jom cuba!

Mesti ramai yang suka makan cheese cake kan. Untuk yang ni resepi mudah je.. sesiapa pun bole buat.. istimewanya kek ni sebab aznie bubuh mayonis.. jadi rasanya memang super berkrim.. makan pulak dengan krimer gula melaka.. gerenti meletop.. kihkihkih..

PERINGATAN””””””tidak sesuai bagi yang lagi diet.. 😋😋😋

Mini Oreo Cheese Cake  (With Krimer Gula Melaka)

Bahan 

250g cream cheese

2 pek oreo

50g gula halus

1 biji telur (A)

1/2 sudu teh esen vanila

60g mayonis

Krimer Gula Melaka (optinal)

Cara

~Panaskan oven 150’c-160’c.

~pukul cream cheese hingga sebati dan lembut..

~masukkan gula.. mixer lagi hingga rata..

~masukkan telur dan esen vanila.. pukul lagi hingga rata..

~last sekali masukkan mayonis.. pukul hingga sebati..

~susun papercup kedalam loyang muffin..

~kemudian masukkan oreo kedalam papercup..

~masukkan adunan cheese tadi kedalam papercup berisi oreo.. isi hingga hampir penuh ye..

~kemudian bakar selama 20-25 minit..

~siap..

~sejukkan dahulu sebelum dihidangkan..

~sedap dimakan bersama Krimer Gula Melaka. NIKMAT TERASA