Mi Kari antara menu yang cukup digemari ramai. Tak kira waktu boleh dihidangkan kepada keluarga tercinta. Mungkin menarik juga untuk dijadikan menu berbuka pada hari ini atau dijadikan menu istimewa di Hari Raya nanti. Semuanya terserah pada anda.
Memandangkan menyediakan menu mi kari ini ada banyak cara dan resipi yang bermacam, boleh lah dicuba mana yang lebih memenuhi selera anda sekeluarga.
Contohnya seperti resipi mi kari yang dikongsikan oleh Afy Al Habibi yang tidak asing lagi bagi peminat masakan di media sosial. Menu mi karinya dinamakan Mi Kari Netup Pong Pongg. Dan apa yang mencuri tumpuan warganet bukan sahaja kuah mi karinya yang nampak cukup menyelerakan malah perkongsian tip dan rahsia untuk mendapatkan rasa kuah yang padu, benar-benar mengujakan untuk dicuba.
Jadi usah tunggu lagi, tetapkan harinya untuk anda dapat sediakan menu mi kari istimewa ini untuk keluarga tercinta.
Selamat mencuba.
Resepi Mi Kari Netup Pong Pongg
– telur rebus
– fishball putih (dicelur seketika)-beli online di sini
– fuchuk goreng kering (beli siap lalu digoreng sampai garing)
– tauhu (digoreng)
– kacang panjang (dicelur seketika dan direndam dalam ais)
– taugeh (dicelur seketika dan direndam dalam ais)
– limau kasturi
– cili merah
– daun sup
– bawang goreng
Sediakan bahan kisar lain;
– 3 biji bawang merah saiz bola ping pong
– 1 ulas bawang putih
– 1/2 sudu besar ketumbar+jintan manis
– sehiris nipis halia
– dua hiris bulat nipis serai
– 7 ekor udang kering
Kisar semua bahan sehingga lumat.
*sebatang serai dan setangkai daun kari digunakan untuk menumis nanti
Panaskan sedikit minyak.
Ketuk sebatang serai & masukkan 1/2 tangkai daun kari. Tumis sehingga wangi.
(Cikgu tak tumis 4 sekawan pun semalam. Nak masukkan juga terpulang ya)
Kemudian masukkan bahan kisar tadi. Biar ditumis sehingga garing. Seterusnya tambahkan 1/2 sudu besar cili boh.
Untuk penyediaan campuran rempah;
– 3 sudu besar Rempah Kari Cikgu Afy-beli online di sini
– 1/2 sudu kecil serbuk kunyit
– secubit dua serbuk lada hitam & lada sulah
Diikuti 1/2 sudu besar serbuk lada.
Kacau sehingga sebati.
*cikgu memang tak larutkan rempah kering tadi dengan air. Ini memang cara cikgu*
Guna api paling perlahan sahaja.
Sebab cikgu nak keluarkan aroma wangi rempah semasa ditumis. Kacau sehingga terbit minyak.
– 1 keping bulat nisse@gula melaka-beli online di sini
– 1/3 sudu besar garam
– secubit dua serbuk perisa
Part paling penting juga, cikgu akan tutup periuk waktu ni. Biar tumisan mereneh sehingga pecah minyak.
Kira-kira 7-8 minit.
BACA ARTIKEL MENARIK INI JUGA
Perasakan kuah peringkat kedua. Garam, gula dan serbuk perisa ikut citarasa sendiri.