Biasa kita katakan dalam mendapatkan rezeki untuk keluarga kita perlu ‘mencari’, untuk itu memang kita rasakan perlu kerja keras untuk mendapatkannya. Seperti  ia seakan kita perlu mencari sesuatu benda yang hilang. Memang sukar!

Namun apabila ‘mencari’ digantikan dengan kaedah ‘menjemput’, nyata rezeki adalah lebih mudah untuk diperolehi. Ini kerana kita faham  satu-satunya pemberi rezeki hanyalah Allah.

Untuk itu, selain kita berusaha jangan pernah tinggal untuk lakukan amalan-amalan yang dapat untuk kita ‘menjemput’ rezeki.

Nak tahu apakah amalan tersebut ikuti perkongsian usrah daripada Ustazah Rohamiah Muda.

Antara perkongsian saya pada usrah bersama pelajar saya malam semalam ada tentang menarik dan menjemput rezeki.

Rezeki kita adalah urusan Allah. Kita rapatkan hubungan dengan Dia, pasti Dia memberi sesuatu yang tidak kita jangka.

Antara amalan yang boleh menarik rezeki adalah seperti berikut:

1.Solat di awal waktu. Masuk waktu saja terus solat walaupun sedang sibuk.

2. Melakukan solat malam seperti solat sunat Tahajjud, solat sunat Taubat, Witir dan sebagainya.

3. Istiqamah melakukan solat sunat Dhuha.

IKLAN

4. Sentiasa berzikir. Ingat Allah.

Rahsia Menjemput Rezeki, Lakukan Amalan Ni  & Dengan IzinNya Melimpah Ruah!
Gambar hiasan

5. Banyakkan doa.

6. Selalu doakan orang lain dalam keadaan mereka tidak tahu kita mendoakan mereka.

7. Istiqamah bersedekah.

Rahsia Menjemput Rezeki, Lakukan Amalan Ni  & Dengan IzinNya Melimpah Ruah!

8. Banyakkan baca al-Quran.

IKLAN

9. Sentiasa zikir dengan Asma’ul Husna.

10. Selalu bersyukur dengan rezeki daripada Allah.

11. Berusaha dengan tekun dan bersungguh-sungguh dalam mencari rezeki.

12. Selalu beristighfar. Kadang rezeki sempit kerana dosa kita sendiri.

13. Rezeki datang kerana kita’ rapatkan hubungan silaturrahim.

14. Rezeki datang kerana berkahwin.

IKLAN

15. Rezeki hadir kerana anak-anak.

16. Rezeki hadir kerana keberkatan waktu pagi.

Subhanallah.

Jika kita lihat, rezeki hadir bukan kerana usaha kita tetapi kerana amalan kita. Rapatkan hubungan dengan Allah, Insya-Allah rezeki pasti melimpah-ruah.

Rahsia Menjemput Rezeki, Lakukan Amalan Ni  & Dengan IzinNya Melimpah Ruah!
Gambar hiasan

Banyakkan amalan rohani. Hidup kita terasa aman kerana jiwa tenang.

Sumber : Rohamiah Muda
Sentiasa mencari redha-Nya.

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club

Jangan lepaskan juga untuk turut serta di dalam Himpunan Virtual Cita-cita 2020 dengan mendaftar di  http://www.wasap.my/60169647520

Rahsia Menjemput Rezeki, Lakukan Amalan Ni  & Dengan IzinNya Melimpah Ruah!

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI