Masih mood raya dan kini ramai yang sibuk dengan open house. Malah keluarga dan kawan-kawan pasti akan kagum jika ketahui anda padai memasak. Bagi yang penggemar memasak makanan jenis gulai tentu hidangan gulai daging antara masakan yang digemari ramai.
Ikuti perkongsian resepi oleh Zaimah Zakaria
di laman Masak Apa Hari Ini. Memang tambah selera tetamu jika bertandang ke rumah. Jom cuba.Hr ni masak asam pedas daging tetel.. ada yg suka tak?
Bahan2
1kg daging tetap
15@20 tangkai cili kering*
Bwg merah kecik 4 biji *
Bwg putih 5 ulas*
Halia 1 inci*
Lengkuas 1 inci *
Kunyit hidup 1 inci *
Belacan 1 inci *
1 sudu kecil lada hitam *
1 sudu kecil jintan manis*
1 sudu kecil jintan putih*
1 mangkuk air asam jawa
Gula melaka(sy guna sikit jer, x suka manis sgt)
Garam secukupnya
Daun limau purut (buang tulang tengah)
3 btg serai ketuk
Caranya
-rendam dlm air panas cili kering, jintan & lada hitam
-kisar bahan2 bertanda * sehingga halus
-panaskan minyak tumis bahan2 yg di kisar td smp garing
-masukkan daging tetel.. masak smp keluar air daging td
-masukkan air asam jawa, serai yg diketuk n daun limau purut
-rasakan dgn garam n gula melaka.. masak smp daging empuk
-blh jgk kalau nak rebus daging tetel dulu, air rebusan jgn dibuang blh masukkan dlm kuah nt
Selamat Mencuba!