Rahsia Kulit Lebih Lembap & Glowing. Hanya Guna 4 Bahan Di Dapur Jer. Patutlah Viral Lebih 53K Share!

Share

Nak cantik tak perlu produk yang mahal, cuba je bahan-bahan semula jadi yang ada di sekeliling anda. Sebagai contohnya, campuran tomato, madu dan yogurt ini dikatakan membantu mendapatkan kulit wajah yang glowing.

Tip cantik ini dikongsikan oleh  Norafiza Mahmud. Menariknya tip ini mendapat lebih 53 ribu ‘shares‘ tentang cara yang terbaik untuk membuatkan kulit wajah lebih cantik dan glowing. Jom cuba!


Amalkan hydrating mask ni untuk kelembapan kulit muka agar mulus dan glow, mengecilkan pori-pori, serta sapu sekitar kaki dan tumit kaki yang kering atau merekah.

Amalkan selalu, in shaa Allah kulit seperti rawatan spa bernilai rm500.

HYDRATING MASK SCRUB

1 sudu madu
1 biji tomato
2 sudu beras ( blend halus)
1 sudu yogurt asli

Rahsia dan cara-cara aku kongsikan di setiap gambar.

Cara membuat:

  1. Sebiji sahaja ok. Boleh cover 3x penggunaan.

2. Beras hancur. 2 sudu.

3. Yogurt asli.

4. Madu asli 1 sudu.

5. Campurkan semuanya, kacau sebati.

6. Wrap dan simpan di dalam peti ais selama 30 minit atau 1jam. Untuk memastikan beras hancur tadi kembang dan sebati dengan bahan-bahan lain. Dan seeloknya hydrating mask ini di gunakan secara sejuk.

7. Sangat elok hydrating mask di gunakan dalam suhu yang sejuk. Mengembalikan keremajaan kulit secara semula jadi. Proses ini akan menjadikan pori-pori mengecil. Kulit akan kelihatan mulus dan halus. lebih segar. Fuhhhhhh! Diamkan 15 minit atau 20 minit. Kalau nak 30 minit pun boleh. Kemudian scrub sehingga kalian berpuas hati.

8. Selepas 30minit. Buang semua black head dan white head. Kemudian cuci menggunakan hydrating mask kembali dan bilas.

9. Last, tonyoh ais pada wajah. Proses ini akan menambah kesegaran kulit dan mengecilkan pori-pori dengan lebih baik.

Diamkan selama 15 minit hingga 20 minit. Kot nak lembab sangat buh la 30minit. Haha

Takda rahsia langsung kenapa jerawat dan minyak segan nak timbul. Sebiji jerawat pun malu nak tumbuh time period.

Semua amalan ini perlu melalui prosess detox body dahulu dan BRIGHTENING MASK yang cik oya kongsikan sebelum ini. Baru kesan dapat di capai secara maksimum!

Seefirst cik oya untuk resepi JAMU KOCOK MADURA INDONESIA pula ok. Ini untuk kesihatan dan kekuatan dalaman wanita.

Norafiza Mahmud
Cantik tidak bisa di bawa mati,
Tapi bisa membahagiakan.