Rahsia Kulit Cantik Dan Muka Segar Dibulan Puasa, Toner Bunga Cengkih Penyelamatnya!

Share

Kekurangan jumlah air dalam badan ketika bulan puasa membuatkan kulit muka juga turun terkesan. Lebih-lebih lagi pada kulit kering.

Ditambah dengan keadaan cuaca yang panas terik, air yang kurang pastinya buat ibu rasa tidak selesa.

 

Walaupun berpuasa, namun jangan biarkan kulit terus kelihatan kering dan kusam sebaliknya ambil jumlah air yang banyak selepas berbuka hinggalah ke waktu imsak.

Selain itu ada baiknya anda lakukan spray mudah ini. Guna bahan di rumah sahaja. Petua yang dikongsikan Sifu Kitaro

ini pasti dapat menyelamatkan anda daripada kesibukan menguruskan rumah tangga, tetapi masih tampil jelita dengan kulit yang cantik dan flawless.

Mana taknya, petua yang dikongsikannya ini cukup mudah. Hanya rebus bunga lawang dan spraykan ke muka setiap hari. Mudah kan? Ibu-ibu wajib cuba ni!


Sebenarnya toner ni kita boleh buat sendiri je di rumah. Guna bahan semulajadi yang 200% bebas dari bahan kimia merbahaya. Cuma guna bunga lawang je.. ye, rempah ratus yang wajib ada kat dapur tu.

Sifat antioksidan yang terdapat dalam Bunga Lawang ni yang membuatkan dia banyak khasiat tau. Boleh melembapkan kulit muka, mencegah penuaan, mengecilkan liang pori yang besar dan macam-macam lagi.

Nak tau lebih lanjut korang boleh google sendiri khasiatnya. Sekarang ni kami nak cerita macam mana nak buat toner menggunakan bunga lawang ni.

Bahan-bahannya:
1 genggam bunga lawang
2 cawan air putih
1 botol spray (kecik pun cukup)

Caranya:
1. Rebus bunga lawang dalam periuk. Guna dua cawan air.

2. Rebus sampai tinggal satu cawan je tau. Dah siap tu boleh tutup api dan biarkan sejuk sekejap.

3. Dah sejuk, tuangkan dalam botol spray dan simpan di dalam peti ais.

4. Korang boleh gunakan dua kali sehari waktu pagi dan malam.

Bukan susah pun kan! Senang je, cuma jangan malas-malas okay. Make sure hari-hari spray supaya kulit muka dapat meresap khasiat dari bunga lawang tu dengan sekata.

Kredit: Sifu Kitaro