Perut buncit antara masalah yang sering dihadapi baik lelaki mahupun wanita. Nak nak lagi bagi wanita yang sudah berkahwin dan melahirkan.
Apabila ada tip atau petua yang dikongsikan ramai yang tidak teragak-agk untuk mencuba.
Salah satu petua tersebut adalah menggunakan epal hijau memang ia sudah diketahui sangat bagus untuk mereka yang ingin berdiet.
Untuk anda yang nak cuba, jom kita lihat petuanya.
AIR REBUSAN EPAL HIJAU DAN SERAI RAHSIA KEMPISKAN PERUT.
Bahan-bahannya :
. 3 biji epal hijau
. 5 batang serai diketuk
. 1.5 liter air
Cara-caranya :
. Epal tu dipotong 6 (macam biasa kita makan tu).
. Serai 5 batang diketuk.
. Masukkan 1.5 liter air dalam periuk.
. Masak sehingga epal lembik. Siap.
. Minum ketika suam-suam.
Antara Khasiatnya:
? Keluarkan angin dalam badan.
? Kempiskan perut.
? Menurunkan berat badan.
Kredit Page : Pesan Atok Nenek