
Rahsia muda jelita bukan hanya datangnya daripada pemakaian produk yang mahal dan berjenama tetapi bagaimana kita menjaga tubuh menjadi lebih sihat dan bertenaga. Bila sihat dan bertenaga barulah kecantikan boleh dizahirkan di luarannya.
Cantik luar dan dalam, barulah kecantikan makin jelas kelihatan. Mengamalkan pemakanan yang dapat membantu tubuh terasa lebih kuat dan sihat antara
makanan yang mampu membuatkan tubuh awet muda. Antara salah satunya adalah mengamalkan air rebusan herba-herba.
Amalan minum air rebusan daun pandan dan halia yang dikongsikan oleh Ros Niza di facebook ini merupakan amalan yang dilakukan olehnya sebagai rahsia awet mudanya sejak dulu.
Tak hanya awet muda, malah dapat kempiskan perut dan buang angin dalam badan. Bonus bagi seluruh tubuh. Jom ikut langkahnya.
PETUA AWET MUDA
Bahan-bahan:
Halia
Daun Pandan
Gula Batu
Air secukupnya
Caranya:
1. Basuh daun pandan bersih dan hiris kecil.
2. Rebus bersama halia dan gula batu dengan air mencukupi.
3. Apabila mendidih, tapiskan airnya dan sejukkan seketika.
4. Bolehlah diminum.
Air rebusan ini dapat mengempis perut, hilangkan lenguh-lenguh badan, buang angin dalam badan dan mengecutkan peranakan untuk wanita. Amalkan minum dua kali setiap hari. Saya selalu buat ni, sedapp…kembali dara u…hihi.
Selamat mencuba.
Sumber: Ros Niza
Sanggup Bertarung Nyawa Selamatkan Mangsa Dalam Tasik

Tidak semua orang berani bertarung nyawa untuk selamatkan orang yang tak dikenali.
Begitulah dengan kisah lelaki ini nekad bantu mangsa terbabas ke dalam tasik.
Dia yang sanggup bersabung nyawa menyelamatkan tiga individu yang hampir lemas selepas Perodua Myvi dinaiki mereka terbabas dan tenggelam ke sebuah tasik dekat Kampung Jorak Elahi, Bukit Pasir di sini, tengahari tadi.
Artikel Berkaitan: “Don’t tell them. Show them.” Faizal Tahir Kongsi Didik Anak Solat. Kecil-Kecil Dah Pandai, Sejuk Perut Ibu Mengandung Kan!
Artikel Berkaitan: “Ajar Anak Disiplin Kena Konsisten.” Cara Johan & Ozlynn Didik Anak, Wajib Baca Al-Quran Lepas Solat Subuh!
Dapatkan My Qalam Elite Digital Perjuzuk Set dengan diskaun RM5 apabila anda menggunakan kod KELGST5 di sini
Suzaini Mohd Sadali, 43, berkata dia tidak berfikir panjang selepas melihat seorang lelaki terkapai-kapai dan menjerit meminta tolong di bekas lombong bauksit itu.
“Ketika itu saya sedang memandu kereta melalui kawasan berkenaan dan ternampak kereta itu terbabas ke dalam tasik.
“Saya terus memberhentikan kenderaan dan melihat dua mangsa perempuan di sebelah tempat pemandu dan penumpang belakang sedang berpaut pada kereta serta menangis.
“Pemandu kereta pula sudah terkapai-kapai dan apabila dia melihat saya, dia menjerit meminta tolong, membuatkan saya terus terjun tanpa fikir apa-apa.
“Saya berjaya memaut lelaki itu dan membawanya berenang ke tepi tasik dan dua lelaki lain turut membantu mencapai kayu bagi menarik dua wanita berkenaan ke tepi. “Alhamdulillah, keduanya berjaya kami selamatkan dan memang ini pengalaman tak boleh dilupakan, tasik ini memang dalam,” katanya ketika dihubungi hari ini.
Suzaini berkata, sebelum kejadian itu, dia bersama anak lelakinya, Muhammad Haziq Asyraf, 12, dalam perjalanan pulang ke rumah di Parit Yaani selepas melakukan pemeriksaan mata di Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI). Dalam pada itu, tular di media sosial kejadian berkenaan hingga meraih perhatian masyarakat yang memuji tindakan Suziani dan mereka yang membantu menyelamatkan tiga mangsa berkenaan.
Sumber: Sentul Time
Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA atau join keluargagader club
Besarkan Anak Syurga, Banyak Ujiannya & Ni Perkongsiannya!

Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul, namun betapa susahnya diri kita menanggung ujian terkadang orang sekeliling hanya pandai berkata-kata sahaja hingga tanpa sedar mengguris perasaan.
Kisah dan pengalaman yang sama juga telah dilalui oleh ibu ini dalam membesarkan anak istimewanya dan kisahnya itu dikongsikan di sini.
Selama 12 tahun, saya begitu yakin cerebral palsi boleh pulih.
17 tahun, kehidupan kami banyak menggembara ke luar negara …cuba mencari penawarnya.
“Kenapa dia? Tak cuba pergi berurut ke, terapi ke?” Ayat wanita yang lalu di hadapan kami ketika di PKNS Bangi itu masih perit diingati.
Saya hanya diam memandang kosong wanita itu tanpa senyuman. Penat baharu pulang dari UK, tidak mahu dibazirkan tenaga menjelaskan padanya.
Dalam hati berdetik juga;
“If only you knew what we have done and went through.”
Tanpa mengenali,
Tapi tahu latar belakang,
Tanpa berfikir sebelum bicaranya,
Seolah dia meletakkan ‘tuduhan’ kami ibubapa yang tidak berusaha!
Sedangkan saat itu, kami baharu sahaja pulang dari UK; meninggalkan kehidupan selesa dan pekerjaan di tanahair.
Itu tuduhan sangat tajam menikam.
Mana ada ibubapa yang tidak berusaha untuk anaknya. Apatahlagi anak seperti Balqis kami.
4 tahun Balqis ke pelbagai terapi di sana.
3 tahun Balqis bersekolah di sana.
Malah menjalani operasi jantung selama 17 jam di hospital terkemuka sana!
“Waaa, best la. Rezeki Balqis kat sana.”
Mulut berbicara dari 1 sudut sahaja, tanpa berfikir panjang agaknya.
Eh, Bukan semudah itu urusannya ya.
Di sebalik tabir dalam proses 4 tahun terapi itu, Saya terpaksa tangguhkan pengajian Masters yang hanya berbaki 2 semester sahaja lagi. Malah berhenti kerja.
Kami hidup dengan elaun pelajar yang rendah di sana.
Belum lagi keadaan fisikal dan jiwa. Raungan kesakitan Balqis menjalani setiap sesi terapinya. Lelah dan demam yang seringkali dihadapinya,
Emosi dan kepenatan tubuh manusia,
Konflik yang timbul dalam keluarga,
Masalah kewangan yang dihadapi, hingga kami suami isteri bergilir waktu bekerja cuci di kampus universiti.
Semua ini datang bersama dalam 1 pakej untuk ‘kesembuhan’ Balqis.
Selepas itu, kami ke US pula. Dengan harapan “pulang nanti Balqis boleh berjalan!”
Lalu, Rumah dan kereta dijual. Kerja ditinggalkan tanpa ada tarikh tetap untuk kembali semula. 6 anak kecil berantakan resah di dalam 17 jam perjalanan udara.
Jelingan tajam mata para penumpang yang menambahkan resah di jiwa.
Kepenatan yang tidak terkata. Belum lagi kisah proses kehidupan baharu dan terapinya di sana pula.
Kami pulang ke tanahair, tetap mengendung Balqis yang sudah di usia awal remaja.
Selama 12 tahun usia Balqis, Saya begitu mudah rasa kecewa dengan diri sendiri, suami malah anak-anak.
Saya mudah stres dengan persekitaran.
Rumahtangga kami mudah goyah bila salah seorang termakan kata-kata pedih yang dilemparkan kepada kami sekeluarga.
Akhirnya,Dengan izin Allah, hanya 8 tahun yang lepas saya temui jawapan pada perjalanan berliku kami keluarga.
Selama usaha kami membawa Balqis ke luar negara mendapatkan ‘kesembuhan’ yang dicari, Saya sekalipun tidak pernah bangun malam memohon dariNYA.
Saya tidak sekalipun pernah menangis ketika sujud mengadu padaNYA.
Saya membuka Al Quran hanya untuk mencari jawapan terus “bagaimana menyembuhkan anak istimewa!”
Ya Rabb
Betapa jahilnya hambaMU ini.
Kita semua perlu sedar….
Harapan seorang ibu mahu anaknya kembali sempurna, semua ibu yang waras akan rasa.
Usaha tanpa reti berputus asa para ibubapa untuk anaknya, itu adalah naluri semulajadi setiap kita.
Namun, yang paling utama;
“Di mana iman kita ketika diujiNYA?”
“Adakah semakin dekat atau jauh dariNYA?”
“Bagaimana kita berusaha ‘menterapikan’ jiwa kita sendiri dalam usaha membantu anak yang dikasihi?”
Kisah-kisah ini, panjang dikongsikan di dalam buku “Balqis-Di Mata Kami, Di SisiNya”
Yang dipendam selama ini, disusun berhati-hati dengan kata-kata penuh makna.
Yang dilalui, diceritakan dengan terperinci dalam setiap kisahnya.
Agar ramai cuba mengerti sebelum menyemburkan kata-kata yang menikam hati ibubapa seperti kami.
Perjalanan rohani kita saat diuji hanya ada 1 ubat mujarabnya…
Berlarilah padaNYA!
Biarlah jiwa tenang dan iman teguh saat diujiNYA.
Meletakkan harapan dan keyakinan pada janjiNYA.
Keputusan akhir bukanlah yang utama dilihatNYA,
Tetapi usaha kita.
Ukurannya bukan di mata manusia, tetapi di sisiNya
Pasti tiada yang sia-sia.
~Ada Syurga Di Bawah Bumbung Rumah Kita~
sumber : Ummu Naufal
“Jumpa Cara Mudah, Janji Khusyuk & Aurat Terjaga.” Eyra Hazali Kongsi Cara Solat Sambil Dukung Anak!

Memiliki anak kecil dan menguruskannya sendiri tiada pembantu adakalnya menbuatkan si ibu tak menang tangan. Lebih-lebih lagi jika suami tiada di rumah. Kadang-kadang nak mandi atau ke bilik air pun susah.
Namun, bagi pelakon Eyra Hazali. kehadiran si kecil tidak membataskan dia untuk melakukan kerja-kerja rumah. Lebih- lebih lagi untuk menunaikan solat bila tiba waktunya.
Dalam satu perkongsian di instagramnya, Eyra memuat naik satu video pendek menunjukkan dia sedang solat sambil memegang anak sulungnya iaitu Muhammad Hayder Qhalish.
Solat itu wajib,tak kira dalam keadaan apa pun,pasti ada cara yang memudahkan. Islam itu mudah. Before this tak tahu,if Hayder cranky,dia nangis teruk memang biar je nangis. Sampai eyra terfikir,takkan takda cara ?
Menurut Eyra, sebelum ini dia buntu untuk mencari penyelesaian ketika anaknya itu menangis sewaktu dirinya sedang solat.
Namun kini Eyra sudah menjumpai penyelesaian tersebut dan mengambil keputusan untuk mengendong Hyder bersama-sama sewaktu sedang solat.
Susah juga macam ni sebab kita susah hati dia nangis kuat. Hayder sekarang memang cranky teruk,nak dukung saja. Alhamdulillah,eyra jumpa cara and sangat2 mudah. Dukung,if dia still nangis,tenangkan saja,tak batal pun,janji kusyuk and aurat terjaga.

Eyra telah mendirikan rumah tangga bersama penjaga gol pasukan bola sepak Johor Darul Ta’zim iaitu Muhammad Haziq Nadzli pada tahun 2019 yang lalu dan dikurniakan seorang cahaya mata diberi nama Muhammad Hayder Qhalish.
Sumber: eyra.hazali