Rahsia En Suami Boleh Hilangkan Keletihan Isteri Sepanjang Hari. Ketahuinya Melalui Perkongsian Ustaz Ebit Lew Ni!

Share

Hidup ini akan lebih bahagia dan sempurna andai kita tahu menghargai dan berlemah lembut dengan pasangan. Belajar untuk ikhlas dan dalam masa yang sama sentiasa berusaha untuk menjadi yang terbaik.

Perkongsian daripada ustaz Ebit Lew ini umpamanya, sedikit sebanyak dapat menyedarkan kita hendaknya. Jom semak perkongsian penuh daripadanya.


Seorang lelaki jumpa saya dan kata sifat semulajadinya kasar dan suka marah sehingga isterinya lari bersama anak-anaknya. Dia sayang mereka. Tolong saya ustaz…

Jawab saya Allah sayang abang. Saya nampak abang lembut sebenarnya. Kerana abang bercakap dengan saya ni dengan wajah yang sayu dan air mata yang bergenang..

Jujur & Lemah lembut

Sebenarnya inilah yang isteri dan anak abang nantikan. Tak lebih cuma kejujuran dan lemah lembut. Kalau abang luahkan seperti abang luah pada saya insyaAllah mereka akan maafkan abang..

Siapa gembirakan saudaranya, Allah akan gembirakan hatinya. Abang orang baik.

Indahnya jika dengan sepatah perkataan abang boleh membuat keletihan isteri sepanjang hari boleh hilang dan anak-anak yang menjadi anak yang terbentuk dengan sifat seperti Nabi saw dan sahabah. Cukup bila sampai rumah kata, YaAllah syukur rindunya nak balik tengok isteri abang yang berkorban jaga anak-anak dan uruskan rumah. Bila isteri minta tolong, jawab baik sayang. Abang tolong sayang. Sebaiknya belum habis cakap kita dah terus berlari membantunya.

Puji anak-anak, syukur Allah beri ayah, anak yang cantik dan baik.Terima kasih Allah..Bila mereka buat baik beri penghargaan. Jika perkara salah peluk mereka atau jika anak besar ajak mereka minum dan beri nasihat seperti cakap dengan kekasih. Pasti mereka akan menjadi orang yang hebat…

Tiada siapa suka disakiti

Ada orang dengan satu patah perkataan boleh buat orang darah tinggi, sakit jantung, dan musnah hidup orang lain.sedihkan…kita tak suka disakiti. Tiada siapa suka. Tapi tulah faktor iman dan tidak kenal Nabi saw….dalam hadis menyakiti hati muslim yang lain dosanya seperti meruntuhkan kaabah. Inikan pula anak isteri kita sendiri. Mak ayah sendiri. Suami dan sambil lalu jer ucap sepatah perkataan orang sakit hati.

Saya pernah jumpa ramai orang jadi trauma dan gila hanya kerana pasangannya bergurau dengan menyakitkan hatinya.. Saya juga pernah jumpa seorang jadi gila kerana gurauan kawan-kawan. Nabi saw pernah menegur jangan membuat gurauan yang menyakitkan hati seorang Islam lain. Walaupun memanggil seseorang dengan panggilan yang tidak baik kecuali dia suka. Walaupun dia hitam. Kita panggil si hitam. Bila nak dapat anak? soalan itu ada menyebabkan seseorang tidak tenteram dan bergaduh dengan pasangan…sayangilah semua orang.

Seorang pernah tanya Nabi jalan untuk masuk syurga. Jawab Nabi saw jaga lidah dan jaga kemaluan.

Saya lihat ramai orang yang bila dekat dengan Allah bicaranya menjadi lembut..

Dalam Islam antara perkara utama yang perlu diajar pada anak-anak semenjak lahir ialah lemah lembut. Pelajarannya utama melalui contoh. Dengan kelembutan manusia akan tertarik pada agama. Itulah manusia termulia selamanya Nabi saw.

Tanda seorang semakin dekat dengan Allah semakin dia tawaduk dalam solat dan doa. Dan semakin dia lemah lembut pada manusia..

Lemah lambut akan lahir bila kita rasa sayang pada umat manusia seperti Nabi saw.

Umar ra lemah lembut dan tegas.Menangis lihat seorang yahudi mati tanpa Islam. Menangis lihat orang syria masih tidak mengenal Allah. Sanggup buat apa sahaja untuk memujuk seorang yang murtad yang melampau permintaannya. Menangis setiap malam sehingga solat dan saat mendengar perkataan Nabi saw.. Bersedia mendengar isterinya membebel/ meluahkan perasaan tanpa membalas. Minta maaf jika salah. Sanggup tengah malam tolong orang susah. Dan orang itu menyebut perkataan yang merendahkan khalifah sedang dia adalah khalifah. Dia tetap sabar dan melayani wanita itu dengan baik dan bercakap baik dengannya.

Anak-anak umur 0-7 tahun perkara utama yang diajar ialah mencintai Allah dan Nabi saw. Diajar akhlak yang mulia. Lemah lembut, suka senyum, beri salam, pakaian yang sopan, kebersihan.

Allah sayang abang.

Sifat ini perlu dipelajari. Berkawan dengan orang baik. Doa pada Allah. Berfikir sebelum bercakap.

Terima kasih ustaz….insyaAllah saya pun selalu dengar ceramah ustaz..benar-benar masuk dalam hati saya…doakan saya yer ustaz. Betapa saya sayang mereka ustaz. Tiada siapa lagi dalam dunia ini melainkan isteri dan anak-anak saya..

Lidah ialah cermin hati. Ada orang lidah baik tapi hati jahat. Tapi sebenarnya tiada orang hati baik tapi lidah jahat. Kerana ia bertentangan dengan kata-kata Nabi saw. Ya Allah ampunkanlah kami semua. Jadikanlah akhlak dan lidah zahir kami seperti Rasulullah saw

sumber : Ebit Lew