Isteri kepada pelakon terkenal Datuk Fizz Fairuz, Datin Almy Nadia, berkongsi pengalaman dan tip berpuasa bagi ibu yang menyusukan bayi.
Menurutnya, perkara paling utama yang perlu dititikberatkan ialah tidak meninggalkan sahur, kerana ia amat penting untuk memastikan bekalan susu badan tidak berkurang sepanjang tempoh berpuasa.
“Saya memang wajib sahur, tak boleh tinggal langsung. Sebab kalau tak sahur, nanti susu cepat drop. Saya fully breastfeed, anak pun baru nak masuk 6 bulan, jadi memang kena jaga betul-betul pemakanan,” ujar Almy.
Selain itu, beliau juga menekankan kepentingan pengambilan makanan yang seimbang, khususnya nasi sebagai sumber tenaga utama.
Ads
“Saya memang pastikan makan nasi setiap hari, masa sahur dan berbuka. Nasi ni penting sebab ia bagi tenaga dan bantu penghasilan susu. Minum air pun kena cukup, jangan skip.”
Untuk mengekalkan hidrasi sepanjang hari, Almy turut mengesyorkan ibu menyusu agar minum air secukupnya dan mengambil kurma sebagai sumber tenaga semula jadi. Jika ada suplemen yang sesuai, ia juga boleh membantu, tetapi yang paling penting adalah pemakanan yang cukup dan seimbang.
Ads
Selain aspek fizikal, Almy turut menasihatkan ibu menyusu supaya sentiasa berfikiran positif. Menurutnya, emosi yang baik boleh mempengaruhi penghasilan susu. “Kena selalu positif, jangan stres sangat. Kalau kita happy, susu pun akan mengalir dengan baik. Itu yang saya amalkan.”
Ads
Dalam perkongsian tersebut, Almy turut menyebut bahawa ibu hamil juga perlu lebih berhati-hati sekiranya ingin berpuasa. “Sama juga macam ibu mengandung, kalau nak puasa, wajib sahur. Jangan skip. Mesti makan nasi dan minum air secukupnya.”
Dengan pengalaman dan tip yang dikongsikan ini, diharapkan ibu-ibu menyusu yang berpuasa dapat terus menjalani ibadah dengan lancar dan memastikan keperluan bayi tetap terjaga.
Suspek kes buang bayi di tandas sebuah stesen minyak di Sungai Haji Dorani, di sini, pada 23 Mac lalu akan didakwa di mahkamah, di sini hari ini.
Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintendan Md Yusof Ahmad ketika dihubungi mengesahkan perkara itu.
“Pertuduhan terhadap ibu dan anak masing-masing berusia 41 dan 18 tahun itu akan dijalankan di Mahkamah Sungai Besar, jam 9 pagi,” katanya, malam ini.
Terdahulu, media melaporkan pengunjung sebuah stesen minyak gempar apabila menemukan mayat seorang bayi dalam tandas.
Dalam kejadian jam 11.15 pagi itu, bayi lelaki ditemui terlangkup dalam lubang tandas.
Susulan itu, polis menahan dua beranak terbabit di dua lokasi berbeza sekitar Kapar, Klang bagi membantu siasatan. Kes disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan.
Sumber: Berita Harian
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Siapa sangka, demi kelihatan cantik, bergaya, dan mengikuti trend, ada segelintir wanita, termasuk Muslimah, sanggup menindik lidah tanpa memikirkan implikasi perbuatan tersebut.
Lebih mengejutkan, ada yang melakukannya atas alasan memenuhi permintaan suami, kononnya sebagai tanda ketaatan dalam rumah tangga.
Susulan tularnya gambar seorang wanita menindik lidah atas sebab tersebut, pendakwah terkenal Ustazah Asma’ Harun tampil memberi teguran dan mengingatkan masyarakat mengenai perkara ini.
Menerusi hantaran di laman sosial Facebook miliknya, penceramah itu menegaskan, perbuatan menindik lidah tidak dibenarkan dalam Islam kerana ia menyerupai golongan kafir dan fasik.
Seterusnya ikuti perkongsian Ustazah Asma’ Harun
KERANA IKUT TREND, INGIN DILIHAT CANTIK, BERGAYA, RAMAI WANITA ISLAM SANGGUP TINDIK LIDAH ATAS ALASAN ISTERI NAK TAAT PADA PERMINTAAN SUAMI?
Makin ramai buat perkara yang dilarang agama, ada yang kerana terpengaruh orang sekeliling, ada yang ingin dilihat cantik, bergaya, ikut trends dan ada juga yang membenarkan dengan alasan ‘permintaan pasangan’, Allahu Akbar.
Baru-baru ni pun tular tentang satu gambar wanita yang menindik lidah dengan alasan patuh kepada permintaan suami.
Persoalannya, adakah ia dibenarkan dalam Islam?
Sebelum menjawab persoalan ini, jemput baca HUKUM WANITA MENINDIK LIDAH👇🏻
– Hukum asal berhias adalah HARUS selagimana ia tidak berlebihan dan tidak menampakkan perhiasannya kepada bukan mahram.
Maksudnya: Dan jangan pula kamu melampau; sesungguhnya Allah tidak suka akan orang-orang yang melampaui batas
(Surah Al-A’raaf: 31)
Begitu juga dengan Sabda Nabi S.A.W melarang kita untuk berlebihan serta melakukan perkara yang tidak memberi manfaat ini seperti Hadis daripada Abdullah bin Amru bin Al-Ash sabda Baginda S.A.W
Maksudnya: Makan dan minumlah, bersedekah dan berpakaianlah tanpa ada unsur berlebihan atau sia-sia
(Rujuk: Sunan Ibnu Majah: 3605)
-Menindik LIDAH TIDAK DIBENARKAN kerana ia menyerupai golongan kafir dan fasiq. Ia juga bukanlah adat di Malaysia malah perbuatan tersebut merupakan budaya orang kafir.
Nabi SAW larang umatnya untuk menyerupai golongan kafir seperti Hadis daripada Ibn Umar R.Anhuma, Rasulullah SAW bersabda:
مَنْ تَشَبَّهَ بِقَوْمٍ فَهُوَ مِنْهُمْ
Maksudnya: “Barangsiapa yang menyerupai sesuatu kaum, maka dia adalah daripada kalangan mereka.”
(HR Abu Daud
– Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-80 yang bersidang pada 1-3 Februari 2008 telah membincangkan hukum wanita berhias secara aneh dan berlebih-lebihan seperti bertindik anggota badan selain daripada cuping telinga adalah DILARANG oleh Islam.
– Perbuatan menindik lidah juga adalah perbuatan berhias secara BERLEBIHAN. Firman Allah SWT :
Maksudnya: “Tidak dibenarkan seorang manusia itu untuk sujud kepada manusia. Jika dibenarkan untuk manusia itu sujud kepada manusia nescaya aku akan meminta isteri untuk sujud kepada suaminya kerana besarnya hak suami ke atas isteri itu.”
(HR Ahmad, hadis sahih)
Hadis ini menggambarkan bahawa kedudukan suami itu tinggi di sisi isteri dan si isteri wajib untuk mentaati suaminya selagimana apa yang diperintahkan itu TIDAK BERCANGGAH dengan agama.
Kami cenderung kepada pendapat yang mengharamkan perbuatan menindik lidah kerana ia tidak bersesuaian dengan imej muslimah di Malaysia.
Ia selari dengan apa yang telah diputuskan oleh Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hak Ehwal Ugama Islam Malaysia Dan Fatwa Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan.
Oleh yang demikian, isteri TIDAK WAJIB patuh dengan permintaan suami yang menginginkan isterinya melakukan perkara-perkara yang dilarang dalam Agama Islam seperti menindik lidah ini.
Maksudnya: Tiada ketaatan dalam perkara maksiat. Sesungguhnya ketaatan itu adalah hanya pada perkara yang makruf (kebaikan).
(HR Al-Bukhari, hadis sahih)
KESIMPULAN
1. Hukum tindik lidah adalah HARAM kerana menyerupai golongan kafir dan fasiq.
2. Perbuatan tindik lidah bukanlah perbuatan yang dikira sebagai adat dalam masyarakat Malaysia, akan tetapi ia adalah perbuatan yang dilakukan oleh orang-orang kafir.
3. Para Isteri tidak dibenarkan mentaati perintah suami yang bercanggah dengan syarak.
RUJUKAN
1. Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan : Al-Kafi #1107 : Apakah Hukum Menindik (Piercing) Selain Earlobe Bagi Seorang Perempuan.
2. Jabatan Mufti Kerajaan Negeri Sembilan : Perempuan Memakai Piercing
Wallahua’lam
Sumber: Asma’ binti Harun & Tim Penyelidikan
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Seorang kanak-kanak perempuan, Alisa Umairah Nur Hisham atau lebih dikenali sebagai adik Alisa Umairah yang menghidap kanser mata tahap empat telah menghembuskan nafas terakhir pada tengah malam semalam.
Kisah kanak-kanak ini mendapat perhatian ramai selepas bapa Alisa iaitu Nur Hisham Abd Hamid berkongsi anaknya yang gemar duduk di peti ais bagi mengurangkan kepanasan akibat kesan kimoterapi, sehingga mengundang sebak orang ramai.
Kata bapanya, Alisa Umairah didiagnos menghidap kanser ketika usianya setahun dan telah menjalani pembedahan membuang kedua-dua matanya pada Mei dan Julai lalu.
Sebelum ini, menerusi beberapa hantaran di laman Instagram @era.je, adik Alisa yang berada dalam kritikal bertemu dengan selebriti popular, Elly Mazlein untuk mendapatkan perkembangan terkini mengenai kesihatan kanak-kanak tersebut.
Malah, sebelum ini juga Elly Mazlein telah mengunjungi adik Alisa di kediamannya yang terletak di Labis, Johor selepas selesai menjalani sebuah pembedahan terakhir pada bulan lalu.
Menerusi video yang dikongsikan, artis wanita itu turut membawa beberapa buah tangan termasuklah gula-gula kegemaran adik Alisa.
Elly Mazlein menerusi Instagramnya turut meluahkan rasa sedih dan sebak atas kehilangan itu.
“Adik Alisa sekarang dah berlari di taman syurga. Adik Alisa seorang anak yang kuat. Adik Alisa berehat ya, Mama Lina akan sentiasa ingat Adik Alisa. Al-fatihah,” tulisnya.
Dapat duit raya, gadis beli emas sejak Sekolah Menengah. Sudah menjadi kelaziman anak muda hari ini menggunakan wang simpanan mereka untuk membeli gajet terbaru atau barangan fesyen yang sedang menjadi ikutan.