
Tak perlu air atau sabun, Gosok-Gosok jer dah boleh hilangksn kesan minyak di dapur. Demikian penangan kain ‘kayangan di kedai RM2.
Perkongsian puan Zaraa Hashim menerusi grup #kemasrumahwithhani, berkongsi tip bagaimana dia hanya menggunakan kain dari kedai eco, tapi membantu kerja-kerjanya di dapur.
BARANG 2 HINGGIT TP SUPERB!
Cik jara ni sangat malas bila nak lap dapur lepas masak sbb cik jara klu lap guna kain biasa mesti nk kena ada cif or sabun utk hilangkn kesan minyak.
Kain norwex dah beli tp alah sayang nya nk guna sbb kain kayangan kan 😆
Then cik jara came across this one cloth. Sebenar nya tertarik dgn kain ni sbb terang2 dia tulis “Anti Oil Cleaning Cloth”. So nk try lah kan betul ke idokk.
Bila dh try tu, WOW! Cik jara dgn umi cik jara sama2 dk wow kt dapur. Hahaha.
Seriously tak payah guna air or sabun. Gosok je kain tu kt dapur yg berminyak lepas masak. Terus hilang minyak tuuuu! Bila calit2 dgn jari pn tak terasa berminyak langsung!
Kt kedai eco ada jugak kain ni. Tp yg mana jauh or tak blh nk pg kedai eco, kt shopee pn adaaaa. Hrga pn tak jauh beza. 2 hinggit sen sen dapat la 2pcs.
Cik jara jmpa seller kain ni yg murah kt shopee, mngkin dia ps kedai eco kot. Nk link kain ni ada kt komen 😘
#cikjarasharingiscaring
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club
“Suami Saya Memang Ada Penyakit…” -Isteri Arwah Mohon Henti Sebar Punca Kematian Akibat Dos Penggalak!

Tular dalam media sosial satu kejadian melibatkan seorang lelaki dipercayai meninggal dunia selepas rebah dan tidak sedarkan diri ketika sedang bersarapan di sebuah restoran.
Menerusi gambar yang turut tersebar dalam aplikasi mesej Whatsapp itu, lelaki berkenaan didakwa baru sahaja mendapatkan suntikan dos penggalak vaksin Covid-19.
Berita tidak benar itu terus tersebar dan isterinya tampil memberi kenyataan dan meminta orang ramai supaya menghentikan menyebarkan berita palsu yang kononnya pengambilan dos penggalak menjadi punca atau penyebab kematian suaminya.
Ini sebagaimana memetik berita di Harian Metro, Rabunah Abdu Rashid iaitu merupakan isteri kepada arwah ada memberi kenyataan jelas terhadap hal tersebut.
5 Tahun Sakit Jantung
“Suami saya memang ada penyakit jantung dan darah tinggi. Kematian dia bukanlah disebabkan dos penggalak seperti dakwaan tular itu,” kata Rabunah Abdu Rashid, isteri kepada Hamsan Hashim, 54.
Hamsan yang juga pekerja kilang di Shah Alam meninggal dunia ketika menikmati sarapan di sebuah restoran di Bukit Sentosa, di sini, pagi hari ini.
Terdahulu, tular di media sosial mendakwa kematian Hamsan disebabkan serangan jantung dan baru sahaja selepas mengambil dos penggalak.
Rabunah, 49, berkata, dia hanya mengetahui mengenai dakwaan itu selepas dihubungi pegawai penyiasat kes berkenaan kira-kira jam 4 petang.
“Sebelum kejadian, suami memaklumkan dia mahu bersarapan dengan rakannya di restoran berkenaan yang terletak kira-kira 200 meter dari rumah kami sebelum pergi ke tempat kerja.
“Kira-kira 7.15 pagi, saya menerima panggilan daripada seseorang yang memaklumkan suami pengsan di restoran terbabit sebelum saya bergegas ke sana.
“Sebaik tiba, saya melihat suami sudah tidak sedarkan diri sebelum disahkan meninggal dunia,” katanya ketika dihubungi, hari ini.
Tiada Sebarang Simptom
Dia yang juga suri rumah berkata, suaminya menghidap penyakit jantung serta darah tinggi sejak lima tahun lalu dan menjalani pemeriksaan perubatan setiap bulan di Hospital Selayang.
“Suami memang baru sahaja mengambil dos penggalak pada 12 Januari lalu, namun dia tidak mengeluh atau menunjukkan mengalami sebarang simptom serius kecuali lenguh pada bahagian tangan.
“Apabila saya dimaklumkan oleh pihak polis mengenai dakwaan itu, saya amat terkejut kerana saya tidak pernah menyatakan dalam laporan kematian suami ada kaitan dengan dos penggalak,” katanya.
Dia meminta orang ramai supaya menghentikan menyebarkan berita palsu berkenaan kerana pengambilan dos penggalak bukan penyebab kematian suaminya.
“Saya minta mana-mana pihak yang menyebarkan berita palsu ini supaya berhenti berbuat demikian. Saya dan keluarga termasuk tiga anak berusia antara 13 hingga 20 tahun reda dengan pemergian suami,” katanya.
Menurutnya, jenazah Hamsan selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Bukit Beruntung kira-kira 3 petang.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Hulu Selangor Superintendan Arsad Kamaruddin berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian itu jam 7 pagi.
“Pemeriksaan oleh Penolong Pegawai Perubatan dari Klinik Kesihatan Serendah mengesahkan lelaki berkenaan meninggal dunia.
“Isteri lelaki terbabit juga mengesahkan dia menghidap penyakit jantung serta darah tinggi sejak lima tahun lalu dan masih menerima rawatan di Hospital Selayang,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Arsad berkata, mayat mangsa dibawa ke Jabatan Perubatan Forensik Hospital Kuala Kubu Bharu untuk ujian saringan Covid-19 dan bedah siasat.
“Hasil ujian saringan dilakukan mendapati lelaki itu negatif Covid-19 dan pihak doktor mengesahkan punca kematian disebabkan sakit jantung kronik (coronary artery disease).
“Siasatan awal pihak polis juga mendapati tiada unsur-unsur jenayah dan kes itu diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR),” katanya.
Beliau menasihatkan orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kematian lelaki berkenaan yang tular di media sosial.
Sumber : myMetro
Jom saksikan video menarik Cabaran Pegang Ular, Berani Ke? dari adik-adik BK kita ni.
Tonton juga video ini, rasa-rasanya apa yang menarik jika kita shopping di beberapa kedai yang dianggap ‘kedai saka’ ni ye?
ARTIKEL MENARIK : Berminggu-minggu Batuk Tak Hilang, Rupanya Petua Dari Aunty Cina Ni Yang Serasi Bantu Anak Pulih!
LAGI ARTIKEL MENARIK :15 Minit Jaraknya, Anak Kembar Sepasang Ni Dilahirkan Lain Bulan & Lain Tahun!
Keriangan Famili, jom kita melancong secara maya bersama E-Keluargagader dengan menonton video percutian di The Bentong Farm. Best kalau dapat bawa anak-anak ke sana.
Lagi video menarik!
Baca Ini Juga :Tiba-tiba Tiada Elektrik, Ambilkan Saja Cotton Bud & Buat DIY Untuk Jadikan Lilin. Boleh Tahan Berhari-hari!
Nak macam-macam info? Sila subscribe channel Telegram KELUARGA dan join keluargagader club
Buang Biji Rambutan Lagi Mudah Buat Begini. Kekal Nampak Elok Je Bentuknya & Selamat Anak-anak Makan!

Buat peminat buah rambutan, tentunya bila tiba musim rambutan tidak akan dilepaskan begitu sahaja. Berkilo-kilo rambutan dibeli untuk dapat menikmati keenakan rasanya. Lazimnya bagi memberi lebih keterujaan menikmati rambutan, biasanya kita akan buang kulit dan masukkan ke dalam peti sejuk. Menikmati dengan cara begini, nyata lebih puas rasanya.
Pun begitu, tahukah anda ada satu lagi cara jika anda buat akan menjadikan buah rambutan yang dimakan lebih istimewa, mudah dan selamat.
Cuba bayangkan, buka sahaja peti sejuk tersedia buah rambutan yang manis dan segar untuk dimakan tanpa perlu lagi kita buang kulit bahkan bijinya juga telah dibuang, pun begitu bentuknya kekal elok seperti biasa.
Menarik bukan?
Untuk dapatkan hasil seperti itu, ada cara yang mudah untuk anda lakukan. Ini sebagaimana perkongsian daripada Amanda Tan atau juga dikenali sebagai Amoi Jamu di media sosial. Menurutnya, hanya dengan menggunakan sudu plastik dia mengeluarkan kesemua biji rambutan dan ianya mudah dilakukan.
Nak lebih kelas di sini dikongsikan demi langkahnya;
Langkah 1 :Ambil buah rambutan.
Langkah 2 : Buka dan asingkan kulit rambutan seperti biasa.
Langkah 3 : Ambil sudu plastik dan gunakan bahagian pemegang kemudian tusukkan pada buah rambutan. Kemudian lakukan proses mengasingkan biji dan buah rambutan dengan memusingkan sudu tersebut.
Langkah 4: Lakukan sampai habis dan siap.
Lebih Segar Tanpa Pengawet
Menurut Amanda lagi, “Musim rambutan berlambak .. tapi leceh kalau tergigit biji kan… ni hah Amoijamu ajar cara senang keluarkan biji rambutan pakai sudu plastik aje. Buah masih kekal elok. Janji selamat, senang dan cepat.
Kepada yang malas nak buat, sila abaikan perkongsian saya. Saya kongsikan supaya rambutan boleh diolah dengan buah lain untuk dijadikan resipi manisan. Tak payah beli dari tin yang penuh dengan bahan pengawet.
“Yang paling penting, budak budak kecil boleh makan dengan selamat tanpa biji. Itu aje sebab saya kongsikan . Biar lama asalkan selamat untuk budak budak. Yang tak ada anak tu tak rasa sangat kot,” ujar di ruangan kepsyen.
Semoga perkongsian ini bermanfaat.
Sumber : Amanda Tan
Nak tahu, KELUARGA ada hadiah wang tunai RM500 nak beri kepada anak-anak anda! Caranya mudah sahaja, anda perlu kongsikan perasaan rasa bangga menjadi anak Malaysia.
Untuk maklumat lanjut layari je laman web https://toko.ideaktiv.com/product/virtual-himpunan-saya-anak-malaysia/ , baca syarat kelayakan dan jangan lupa untuk berdaftar di sana ya!
Sebarang soalan boleh di http://www.wasap.my/60169647520
Jom sertai E-Keluargagader BELAJAR ONLINE BERKEBUN CILI DI HALAMAN RUMAH dengan daftar segera di https://toko.ideaktiv.com/product/berkebun-cili-di-laman-rumah/ atau Whatsapp di http://www.wasap.my/60169647520
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club
Jangan Tak Tahu, Lemon Mampu Atasi Masalah Kutu Pada Si Bulus Kesayangan, Wow Hebatnya!

Masalah kutu pada kucing kita memang merunsingkan. Jika dibiarkan kutu yang biasanya dijangkiti daripada kucing-kucing lain ini mudah menyerang dan berjangkit dengan kucing lain.
Selain menggunakan ubat kutu yang boleh dibeli di kedai haiwan, bahan yang satu ini juga dikatakan baik untuk menghilangkan kutu.
Petua yang dikongsikan oleh Nur Adah di facebooknya ini baik juga untuk kita cuba. Tak salah untuk kita cuba asalkan ia tidak memudaratkan kucing kesayangan kita. Jom cuba.
Bahan-bahan:
Lemon
Air secukupnya
Caranya:
1. Basuh lemon bersih dan hiris.
2. Didihkan dengan air secukupnya.
3. Sejukkan seketika dan masukkan ke dalam botol spray.
4. Boleh spray pada anak bulus yang ada kutu.
Boleh juga spray pada perabot, karpet sebagainya untuk bunuh telur kutu. Spraykan selalu hingga kutu makin berkurangan.
Kutu dikatakan cukup alah kepada bau lemon dan sifat asidnya juga baik dalam membunuh kutu yang sedang membiak ini.
3 Cara Lain Buang Kutu
Pakai Cuka
Sama seperti lemon, kucing juga tidak suka dengan bau masam cuka. Ini adalah antara cara terbaik menghapuskan kutu yang bersarang di bulu kucing kesayangan anda.
Campurkan setengah bahagian air dengan setengah bahagian cuka. Kemudian tuangkan larutan cuka tersebut ke dalam botol semburan dan semburlah pada kucing secara teratur.
Pencuci Pinggan Lemon
Selain memandikan atau menggunakan syampu khas untuk membasmi kutu kucing, anda boleh juga memandikannya dengan cecair pencuci
pinggan beraroma lemon. Wajib cuba!
Minyak Kayu Putih
Khasiat minyak kayu putih juga berupaya untuk melindungi haiwan kesayangan anda daripada diserang kutu kucing dan parasit lain. Campurkan beberapa titis minyak kayu putih pada air mandiannya.