Kecantikan wanita Thailand memang tidak dinafikan lagi. Selain memiliki kulit yang cerah dan putih, wanita Thailand juga memiliki kulit yang mulus dan gebu.
Bukan hanya cantik pada wajah, kebanyakkan wanita Thailand dilihat memiliki bentuk badan yang sempurna dan kekal langsing.
Selain pemilihan makanan, gaya pemakanan mereka yang sihat juga membantu menyerlahkan lagi kecantikan dalaman mereka. Malah kalau anda nak tahu, wanita Thailand juga cukup gemarkan petua alami dan mengamalkan rutin almani ini setiap hari. Patutlah mereka cantik.
Berikut merupakan amalan dan rahsia cantik mereka yang diamalkan sejak dulu. Tak salah kalau kita nak cuba.
1. Amalan Berurut
Amalan berurut menjadi satu kewajipan bagi wanita di Thailand. Tidak hairanlah kebanyakkan daripada mereka pandai berurut. Selain melancarkan perjalanan darah, berurut juga dapat merehatkan tubuh dan menenangkan minda.
Malah minyak urut juga kebiasaannya digunakan daripada bahan alami seperti minyak kelapa yang dicampurkan bersama halba, halia, bawang putih dan kunyit hidup.
Ads
2. Beras Pulut
Pulut sememangnya sudah menjadi menu tradisi bagi semua masyarakat Thailand. Pengambilan pulut dalam menu harian dikatakan memberi ‘bonus’ pada kulit wajah yang cantik, bersih dan gebu.
Tak hairanlah kebanyakkan mereka sering menggunakan masker beras pulut kerana tahu akan khasiat hebatnya.
3. Lulur
Tak hanya berurut, satu kemestian bagi setiap wanita di sana adalah melakukan proses lulur. Mereka melakukannya untuk memiliki kulit yang licin dan lembut. Selain kunyit, wanita Thai juga menggunakan beras, bunga-bungaan, halia, asam jawa serta buah-buahan sebagai bahan lulur. Antara kelebihan lulur badan bukan hanya menghaluskan kulit tetapi juga mencerah dan menggebukan kulit.
Ads
4. Amal Rempah Ratus
Sukakan herba dan rempah ratus. Inilah pilihan menu yang seringkali dipilih oleh wanita di sana. Halia, serai, lengkuas dan beraneka herba dan rempah ratus seringkali dijadikan pilihan utama dalam hidangan mereka yang ringkas. Panas dan hangat, inilah yang membuatkan dalaman tubuh lebih hebat.
5. Rawatan Haba
Rawatan haba pula menjadi satu kemestian bagi kebanyakan wanita Thai. Amalan seperti bertungku menggunakan herba, stim wajah, sauna dan penggunaan batu sungai yang dipanaskan menjadi sebahagian daripada ritual cantik untuk memiliki tubuh yang langsing.
Ads
Amalan ini juga dipercayai dapat membantu melancarkan sistem peredaran darah, memecahkan lemak, menaikkan seri wajah serta menyingkirkan toksin melalui peluh. Patutlah mereka kurus dan cantik sentiasa!
6. Santan Untuk Rambut
Satu lagi rahsia cantik wanita Thailand adalah memiliki rambut yang sihat, hitam dan lebat. Sempurna. Penggunaan sumber asli seperti santan seringkali digunakan mereka dalam rawatan rambut dan penjagaannya. Tidak hairanlah rambut mereka terjaga dengan cantik.
7. Masker Alami
Tidak hanya melulur badan, wanita Thai juga cukup gemar menjadikan aktiviti masker muka daripada bahan alami sebagai perkara wajib untukcantik.
Masker daripada betik antara yang sering diamalkan mereka sejak dulu. Selain itu masker daripada beras pulut dan beberapa bahan alami lainturut menjadi kegemaran mereka. Kena cuba!
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Lama tidak mendengar berita mengenai pelakon ini yang pernah popular dengan drama Sembilu Kasih. Dalam diam-diam, rupa-rupanya pelakon, Zed Zaidi baru menimang cahaya mata kedua. Lebih menggembirakan apabila dia dan isteri dikurniakan anak kembar.
Zed Zaidi melahirkan rasa syukur selepas isterinya, Natalia Mustafa selamat menimang anak kembar. Berita gembira itu dikongsinya menerusi akaun Instagram miliknya.
Alhamdulillah semua selamat.. dulu 2 kaki sekarang dapat 4 kaki rezeki allah nak bagi… syukur! tulisnya di kapsyen.
Zed atau nama sebenarnya Rozaidi Abd Jamil berkata, itu adalah rezeki dan kurniaan Allah SWT walaupun dia dan isteri termasuk keluarga tidak mempunyai sejarah kembar.
Kongsi Zed lagi, dia dan isteri sebelum ini pernah bergurau untuk mendapatkan bayi kembar namun tidak menyangka gurauannya itu telah menjadi kenyataan.
“Dalam keluarga kami memang tidak ada kembar. Kembar kami adalah yang pertama dan saya anggap rezeki yang tidak terhingga. Alhamdulillah, Allah berikan dua terus selepas tujuh tahun menanti kelahiran anak kedua. Ramai cakap kami menggunakan teknik IVF, tapi tidak. Ini kehamilan secara semula jadi,” katanya.
Menurut Presiden Persatuan Seniman Malaysia, ini merupakan kelahiran kedua bagi pasangan tersebut selepas dikurniakan anak lelaki Ryan Zikry tujuh tahun lalu.
Zed yang juga pelakon berkata, sepanjang kehamilan isteri, dia menjaga rapi termasuk pemakanan dan pengambilan ubat bagi mengelak sebarang komplikasi. Pada masa sama, Zed juga menasihati isterinya untuk tidak berkongsi perkara itu di laman sosial sehinggalah dia selamat bersalin.
Berkongsi cerita awal kehamilan isterinya, akuinya mereka nyaris kehilangan salah seorang daripada bayi tersebut apabila isterinya mengalami pendarahan. Kebetulan ketika itu, mereka tidak tahu bahawa kandungan tersebut merupakan pasangan kembar.
“Ketika pemeriksaan awal di klinik, doktor tak cakap pun kembar. Mungkin sebab yang lagi satu tidak dapat dikesan. Selepas usia kandungan tiga bulan, kami ke hospital pula.
“Terkejut apabila diberitahu berlaku pendarahan kecil yang memungkinkan seorang lagi bayi lagi tidak boleh bertahan. Saya bertanya maksud ‘lagi seorang’ dan doktor beritahu isteri hamil bayi kembar.
“Waktu itu memang teruja dan sangat gembira. Saya menjaganya dengan baik termasuk pemakanan dan pengambilan ubat yang disyorkan doktor. Saya juga tak bagi isteri muat naik di Instagram dan biar sampai jadi. Ini bagi mengelakkan kecewa jika berlaku sebaliknya.
“Alhamdulillah, sepanjang kehamilan isteri dan bayi dalam kandungan sihat hinggalah selamat dilahirkan,” katanya yang turut menemani isteri dari awal hingga selesai proses pembedahan.
Dalam pada itu, Zed turut dihujani ucapan tahniah daripada pengikutnya serta rakan-rakannya.
mohammad_irfanhalmi Alhamdulillah syukur. Sekalung tahniah diucapkan buat sdr abg @rozaidijamil dan isteri diatas kelahiran cahaya mata kembar perempuan semalam. Semoga anak yang dilahirkan menjadi anak yg solehah, taat kepada ibubapa serta menjadi insan yang gemilang suatu hari nanti.. Insyaalah Aaminn amin ya raballalaminn
dayahdaus2014 Alhamdulillah tahniah.rezeki Allah.ramai je sebenarnya yg takde keturunan twins dpt anak twins.tu semua rezeki Allah kan.welcome to the club twins.jom join club kembar
emeldarosemila Congratulations zed, Alhamdulillah rezeki dapat kembar!❤️❤️❤️
Mungkin ramai yang ingin mencuba buat sendiri sos ini tetapi tidak ada resipi.Sos cili pencicah thai memang menjadi kegemaran ramai. Rasanya yang masam manis dan tidak telalu pedas, pastinya juga turut digemari oleh anak-anak. Cukup enak dan sesuai sekali dimakan dengan cucur udang ataupun keropok lekor.
Jangan bimbang,admin Keluarga berkongsi resepi Puan Alawiyyah Hamilludin Nordin yang berjaya buat sos pencicah thai ni ala-ala sama macam home made!
Selain air tangan sendiri untuk ahli keluarga anda, mana tahu jika menjadi boleh dibuat bisnes kerana caranya cukup mudah dan rasanya sedap! Jom tengok bahan apa yang anda perlu sediakan
Bahan-bahan:
3 Ulas bawang putih dikopek kulit
2 cili merah (kalau nak lebih pedas tambah dua atau tiga cili padi merah)
1/2 cawan gula pasir
3/4 cawan air
1/4 cawan cuka
1/2 sudu besar garam
1 sudu besar tepung jagung dicairkan dengan 2 susu besar air.
Cara-cara:
1. Kisar semua bahan-bahan di atas kecuali tepung jagung.
2. Masak bahan yang dikisar tersebut dengan api yang sederhana.
3. Apabila mula mendidih masukkan cairan tepung jagung dan kacau sehingga ia masak dan kelihatan likat. Sos perlu sentiasa dikacau selama 1 minit.
4. Biarkan sos sejuk dan masukkan dalam botol kedap udara dan simpan di peti sejuk.
Selamat mencuba!
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Entah di mana muculnya, secara tiba-tiba Keke Challenge mula mendapat perhatian masyarakat. Baik selebriti mahupun orang biasa mencuba tarian tersebut.
Ada yang melakukannya secara gurauan, ada pula yang nampak betul bersungguh-sungguh.
Walaupun nampak sekadar untuk suka-suka, namun tidak kurang yang menyelar perbuatan tersebut kerana kurang sopan dan tidak sesuai dengan budaya kita. lebih-lebih lagi wanita.
Trend tersebut seakan-akan menjatuhkan maruah kaum wanita. Lebih-lebih lagi ada yang sanggup menari dan berjoget dengan gaya lentik dan menampakkan susuk badan adalah tidak wajar.
Perbuatan tersebut mendapat respond dari PU Azman dan memberi nasihat padu buat kaum wanita di luar sana yang suka melakukan perkara sedemikian.
Nmapak bersahaja, tapi apa yang PU BAzman itu memang benar dan menusuk ke jiwa. Kalau tak faham juga tak tahulah nak cakap apa kan!
Menurut PU Azman, jika ada kaum wanita yang ingin berbuat demikian memadai rekod hanya untuk tatapan sendiri dan tidak perlu memuat naik di laman sosial kerana ia boleh mengundang fitnah.
Diganggu ketika solat, tiga wanita terima pampasan RM331,000. Tiga mahasiswi beragama Islam di Amerika Syarikat menerima bayaran pampasan sebanyak AS$75,000 (kira-kira RM331,000) selepas menjadi mangsa gangguan semasa menunaikan solat, menurut laporan Fox News baru-baru ini.