Rahsia Cantik Dengan Masker Putih Telur, Murah Lagi Mantap Dengan Cara Ni. Terlajak Mudah!

Share

Memiliki wajah yang  cantik, bukan hanya dengan menjaga pemakanan  tetapi sebaliknya  penjagaan wajah juga penting. Sebab tu kena bermula sejak awal lagi. Selain penggunaan produk moden, anda juga boleh amalkanpetua-petua yang baik untuk kulit.

Tidak salah mencuba petua ini kerana ia bersifat semulajadi. Jika ada sebarang masalah, hentikan sahaja daripada mencubanya. Senang sahaja!

Masker daripada putih telur antara petua tradisional yang diguna pakai sejak turun temurun. Terbukti rahsia putih telur ada baiknya untuk kulit wajah kita, sehingga diyakini sehingga ke hari ini. Pun begitu, jom cuba lima petua daripada putih telur ini. Pasti lebih membantu.

Putih Telur & Madu
Campur sebiji putih telur dan satu sudu besar madu. Kacau sehingga sebati dan sapu ke seluruh wajah dan juga leher. Biarkan selama 15 minit dan kemudian basuh dengan air sejuk. Kulit lebih lembap dan wajah nampak lebih segar.

Putih telur & Yogurt
Campur sebiji putih telur dengan satu sudu besar yogurt. Tambah sedikit gula merah. Letakkan pada wajah dan leher anda dengan secukupnya dan urut dengan perlahan selama 10 minit. Biarkan masker ini selama 10 minit sebelum dicuci. Masker ini dikatakan membantu membuang sel kulit mati dan menegangkan kulit yang makin menampakkan garisan kedut. Wow!


Putih Telur & Oatmeal
Kocakkan putih telur ini bersama dua sudu besar oatmeal. Jadikan ia sebagai pes dan sapu pada seluruh kulit muka. Biarkan ia selama 20 minit dan alamilah perbezaannya secara natural. Sentiasa lakukan hingga terasa kesannya pada anda.

Putih Telur & Lemon
Campurkan sebiji putih telur bersama dua sudu besar jus lemon. Tambah sedikit madu asli. Kocakkan kesemua bahan ini sehingga menjadi buih dan sapu ke wajah dan leher. Tunggu selama 30 minit sebelum anda membasuhnya.

Jus lemon membantu menghilang dan meredakan bintik hitam, kulit mati dan minyak berlebihan manakala putih telur menjadikan kulit lebih tegang. Manakala madu pula membantu meningkatkan lembapan yang hilang.

Putih Telur & Cuka Epal
Campur dua sudu besar cuka epal dengan sebiji putih telur dan gaulkan sehingga sebati. Sapu pada seluruh wajah dan biarkan selama 30 minit.

Kemudian bersihkan dengan air yang mengalir. Cuka epal akan membersih wajah dan melegakan kulit sementara putih telur akan menegangkan kulit.

Selamat mencuba!