Rahsia Cantik Dengan Buah & Sayur Ini, Rugi Kalau Tak Makan!

Share

Rahsia cantik sebenar, selain datangnya daripada penjagaan wajah, penampilan diri dan kesihatan tubuh badan, pemakanan yang sihat dan cukup nutrisi merupakan elemen utama untuk tampil cantik luar dan dalam.

Makanan segar seperti buah-buahan dan sayur-sayuran adalah kunci kepada rahsia tubuh yang cantik dan sihat. Buah misalnya memang banyak khasiatnya untuk tubuh badan kita.

Beberapa buah dan sayur yang dikenal pasti punya banyak kelebihannya buat tubuh lebih sihat dan cantik luar dalam. Rugi kalau tak makan buah dan sayur ni!

1. Oren Pembekal Folate
Pertubuhan Jantung Amerika pada satu persidangan mengenai tekanan darah tinggi membuktikan golongan muda dan remaja amat memerlukan asid folik untuk kecantikan dan kesihatan tubuh.

Remaja yang mengambil jumlah asid folik dengan mencukupi dapat menurunkan risiko menghidap tekanan darah tinggi.

Buah oren merupakan sumber terbesar folate yang bukan hanya berupaya menurunkan risiko tekanan darah tinggi malah juga membekalkan nutrien yang baik untuk kesihatan kulit.

Malah, diet tanpa asid folate setiap hari akan berisiko tinggi menghidap kanser. Jadi cegahlah kanser dan miliki kecantikan dalaman yang baik dengan sebiji buah oren segar setiap hari.

 

2. Khasiat Sayuran Hijau
Sayuran hijau mengandungi jumlah nitrogen yang berupaya mencegah sel-sel dalam badan kita daripada berkembang menjadi kanser yang merbahaya.

Malah sayur-sayuran hijau seperti sawi, kangkung dan bayam juga mengandungi beta-carotene dan serat tersendiri yang baik untuk tubuh. Malah serat ini juga baik untuk sistem penghazaman makanan dalam tubuh.

3. Peria tinggi khasiat
Buah peria atau nama saintifiknya ‘Momordica charantia’ merupakan sayuran yang cukup tinggi khasiatnya. Biarpun rasanya pahit namun khasiatnya berganda pada tubuh.

Buah peria mengandungi zat dan vitamin yang tinggi. Antara zat yang terkandung ialah protein, karbohidrat, lemak, serabut, kalsium, zat besi, fosforus, kalium, natrium, karotenea beta, vitamin B1 dan B2. Kandungan zat dan vitamin ini boleh diperolehi setiap kali mengambil 100 gram peria.

4. Buah naga tingkatkan daya tahan


Tidak rugi jika anda mula menggemarinya kerana mengikut pakar pemakanan dan perubatan, buah naga dengan isinya yang merah mempunyai banyak khasiat.

Buah naga kaya dengan potasium, ferum, protein, serat, sodium dan kalsium yang baik untuk kesihatan berbanding buah-buahan lain yang diimport.

Malah buah ini juga dikatakan cukup kaya dengan pelbagai zat vitamin dan mineral yang boleh membantu meningkatkan daya tahan dan mengurangkan metabolisma dalam badan manusia.

Kajian menunjukkan buah naga merah ini amat baik untuk sistem penghadaman dan peredaran darah. Ia juga memberi tindak balas memberangsangkan untuk mengurangkan tekanan emosi dan meneutralkan toksik dalam darah.

5. Bayam bantu masalah anemia
Bayam merupakan makanan pilihan untuk membantu kekurangan darah anda. Bayam yang kaya vitamin A, C dan E ini juga mengandungi zat besi yang tingi seperti kalsium, potasium, magnesium, mangan dan zink.

Bayam mampu membekalkan zat besi yang diperlukan bagi membantu membekalkan darah yang kurang. Kerana itulah ia paling disarankan untuk penghidap anemia.

Selain dimasak rebus, bayam juga boleh dipelbagaikan dengan minum air kisarannya atau dimasak seperti biasa tanpa menghilangkan zat-zatnya.

6. Anggur pembekal kolagen tinggi
Tak perlukan suntikan, cukup hanya dengan makan anggur. Anggur merupakan pembekal kolagen tinggi

untuk kulit sihat.

Bukan hanya buah malah minyaknya yang kaya dengan OPC (Oligomeric Proantho Cyanidin) mengandungi bahan antioksida dan unsur semulajadi yang begitu penting untuk kesihatan tubuh.

Di dalamnya juga terdapat bahan semula jadi dan tidak bertoksid. OPC juga kaya dengan protin terutamanya kalogen yang menjadi bahan utama dalam pembentukan sel dan tisu.

Malah kesan OPC ini juga berfungsi 50 kali lebih kuat daripada Vitamin E dan 20 kali lebih berkesan berbanding Vitamin C untuk mencantikkan dan menggalakkan pembaikan dan pembentukan tisu.

Dengan fungsi yang begini hebat, mengapa harus anda memilih untuk sakit dengan menyuntik setiap bulan? Tepuk dada tanyalah apa yang terbaik untuk diri anda.