Rahsia Buat Sandwich Telur Lagi Sedap, Penjual Ni Letak Bawang Karamel. Tu Yang Buat Pelanggan Repeat Order Hari-hari!

Share
Sandwich menjadi antara menu sarapan yang paling ringkas untuk disediakan dan mengenyangkan. Bahkan sandwich ini juga kita boleh pelbagaikan citarasanya, sama ada sandwich sardin, sandwich tuna, sandwich telur dan sebagainya.

 

Berkongsi rahsia untuk menambahkan lagi kesedapan sandwich telur berbanding jika sekadar hanya letak bahan-bahan seperti lada sulah dan mayonis semata-mata, ada baiknya ada cuba resipi yang dikongsikan oleh peniaga sandwich, Suraya Yaacob ini. Menurutnya ada bahan rahsia nak bagi lagi sedap!

Ujarnya dengan meletakkan ramuan bawang karamel di dalam roti sandwich telur jualannya, sekali gus menjadikan sangat sedap hingga ‘digilai’ oleh pelanggannya untuk makan setiap hari tanpa jemu.

Tambahnya lagi dengan tambahan bawang karamel tersebut menjadikan adunan sandwich telurnya bukan sahaja sedap malah berbau wangi. Lantaran itu, Suraya turut berkongsi resepinya dan jika ada yang ingin membuat jualan pun boleh juga menggunakan resipi tersebut.

Jelasnya lagi, kena cuba buat sekali baru tahu rasa dia macam mana. Resepi yang dikongsi ini cukup untuk 1 buku roti panjang dan 1 buku roti pendek. Ngam-ngam dengan 7 biji telur.

Dicadangkan juga jika suka boleh tambah salad dan tomato. Namun dia tidak meletakkan bahan tersebut kerana pelanggannya suka buang sayur tersebut. Jadi baginya lebih baik tidak meletakkan bahan tersebut di dalam sandwich jualannya.

CARA BUAT SANWICH TELUR YANG SEDAP
BAHAN-BAHAN:
1 buku roti panjang & 1 buku roti pendek
7 biji telur rebus-dihancurkan
4 sudu besar mayonis
2 sudu bawang karamel
1 pokok daun bawang
Bahan-bahan untuk bawang karamel :
1 biji bawang
1 sudu teh serbuk oregano
1 sudu teh serbuk lada hitam
1 sudu teh garam
2 sudu makan minyak masak
Cara Buat :
1. Gaul semua bahan bawang karamel dan masak atas dapur sampai layu. Angkat dan sejukkan.
2. Gaul rata telur yang dihancurkan bersama mayonis, daun bawang dan juga bawang karamel tadi.
3 Ambil roti dan sapu dengan adunan telur yang sudah digaul rata dengan bawang karamel.
4. Siap.
Sumber : Suraya Yaacob