Jarang-jarang kita dengar untuk awet muda dengan minum sup tulang. Biasanya, petua lama sarankan kita untuk banyak makan ulam.
Tetapi berbeza dengan perkongsian Dr. Rizal Abu Bakar ini. Diharapkan perkongsian ini dapat menambahkan info untuk kita bersama.
Nak awet muda tak? Mari saya kongsikan RAHSIA AWET MUDA.
Antara rahsia awet muda ialah pastikan kolagen cukup. Kolagen ialah sejenis protein. Terbentuk dari tiga amino acid. Salah satu yang penting ialah glycine.
Tubuh manusia dewasa keluarkan 3g glycine setiap hari. Tapi tubuh perlukan 15g. Tidak cukup.
Apabila glycine cukup kulit jadi cantik, sendi tidak sakit, radang hilang, pencernaan terjaga, mood, tidur dan kemampuan fikir semakin baik.
Ads
Untuk tambah glycine dan kolagen perlu ambil dari sumber luar. Kolagen biasanya didapati pada haiwan.
Tulang, kartilaj, kulit haiwan berikan glycine tambahan yang diperlukan.
Cara mudah ialah melalui bone broth. Tulang direbus lama. 48 jam lamanya.
Ads
Cara nak buat mudah. Pakai Slow Cooker.
Cari tulang lembu. Tambah karot, seleri, bawang dan sedikit rempah sebagai perisa. Direbus pada api kecil.
Apabila air berkurang ditambah. Air hanya sekadar melepasi bahan-bahan tadi. Selepas 48jam api ditutup dan biarkan sejuk. Tapis air rebusan itu..
Ads
Hanya air sup dari rebusan yang diminum. Air sup ini kaya dengan glycine. Kalau disimpan di freezer mampu bertahan 6 bulan.
Bahan lain dah hilang rasa dan perisa. Boleh buat baja.
Wanita apabila sudah bergelar ibu, sudah pastinya gaya hidupnya akan berubah. Kehidupannya banyak fokus kepada anak-anak.
Salah satunya yang menjadi rutin ibu-ibu adalah membeli pakaian buat anak-anak. Ia bagaikan terapi diri.
Begitulah yang dikongsi oleh pelakon jelita Anzalna Nasir, di Instagram miliknya. Dengan kapsyen penuh makna, dia mengatakan membeli pakaian buat anak-anak adalah terapi diri buat dirinya.
“Self therapy. I dont mind spending on my kids as long as they look good.”- anzalnanasir
Dalam pada itu menerusi Instastory milik Anzalna, menerusi slot ‘Apa Yang Korang Nak Tahu.’ pelbagai pertanyaan daripada peminatnya.Ia termasuk mengenai perbelanjaaan pakaian anaknya.
Peminat mempersoalkan adakah Anzalna tidak berasa ia suatu pembaziran jika harga pakaian beribu ringgit.
Namun, dijawab dengan berhemah dengan naluri keibuan, Anzalna memberi tahu bahawa setiap anak itu pembawa rezeki. Dia tidak berkira dalam hal itu.
“Ada rezeki lebih kongsi dengan anak. Jangan berkira sangat. Anak pembawa rezeki.”
Nasihatnya, jika membeli jangan memilih barang tiruan. Seeloknya membeli mengikut kemampuan.
“No fake stuff. Kesian anak kalau orang tahu buat malu saja. Lebih baik shopping ikut kemampuan diri walaupun tak berjenama.”
Untuk rekod, Anzalna dan Hanif mendirikan rumah tangga pada 2016 dan pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Mohamad Eidrees yang berusia dua tahun dan Mohamad Emirhan Mohamad Hanif yang baru dilahirkan pada 20 Mei lalu.
Melihat video berkenaan dengan beberapa helai pakaian berjenama mewah, ramai peminatnya teruja. Ada yang menunggu baju preloved, ada yang meneka harga pakaian berkenaan dan bersetuju bahawa ia terapi untuk seorang ibu.
Meskipun hanya menu ayam goreng, ia sering menjadi pilihan dan kegemaran buat seisi keluarga terutamanya buat anak-anak kecil. Sementelah menu ayam goreng ini cukup mudah disediakan dan aromanya mampu membuka selera jika dihidangkan ketika masih panas.
Tapi bagi menghasilkan ayam goreng yang enak, ranggup di luar tapi lembut di dalam ada caranya. Langkah menghasilkannya dikongsi oleh Najwa Romli dari laman Facebook beliau. Jom cuba.
BAHAN-BAHAN:
1/2 ekor ayam.
1 labu bawang putih
4 batang serai
3 inci halia
3 inci lengkuas
2 tangkai daun kari
Garam dan serbuk kunyit secukup rasa
CARA MEMBUAT:
1. Hiris semua bahan tersebut kecuali daun kari.
2. Kemudian tumbuk semua bahan tadi menggunakan lesung batu. Boleh juga menggunakan pengisar dengan mencampurkan sesudu minyak masak dan dua sudu besar air.
3.Gaulkan ayam bersama daun kari, garam, serbuk kunyit dan bahan tumbuk tadi. Perap dalam 30 minit.
4. Sambil menunggu perapan ayam susunkan daun pisang dalam periuk kukus. Kemudian, didihkan air dalam periuk kukus.
5.Susun ayam di dalam loyang kukus dan kukuskan selama 20 minit.
6. Setelah dikukus, biarkan sejuk, lalu digoreng dalam masa 5 minit..
Jika ingin disimpan di dalam simpan chiller masukkan ke dalam bekas kedap udara. Ia mampu bertahan sehingga 3 atau 4 hari.
Selamat mencuba!
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Setahun sekali berkumpul, pasti terasa gembiranya. Namun ada insan di sekeliling kita yang terpaksa melupakan sejenak kegembiraan untuk berkumpul bersama ibu ayah dan seluruh keluarga demi menggalas tanggungjawab pada kerjaya.
Selain anggota polis, tentera, bomba, pegawai imigresen merupakan badan beruniform yang terpaksa menggalas tanggungjawab menjaga keamanan negara. Dan bercuti di hari raya bukanlah yang selalu didambakan mereka sejak menerima tawaran kerja itu.
Bagi Nurul Jannah Juma’ah, 32 dan suaminya Mohd Noor Azihan Hassim, 35 tahun yang merupakan pegawai imigresen di Bahagian Operasi Kawalan KLIA, tidak dapat pulang berhari raya adalah satu perkara biasa bagi mereka berdua. Sejak bujang lagi kedua-duanya sudah tidak pulang bercuti bersama keluarga dan apabila dipertemukan jodoh bersama, mereka sepakat mengambil giliran yang sama.
“Isu tak balik beraya dah jadi perkara biasa bagi kami sejak dulu lagi. Masa bujang dulu, ketika tahun pertama bertugas terasa juga sedihnya. Tapi bila dah lebih 10 tahun berkhidmat, semua itu dah jadi perkara biasa.
Bukan tak sedih tapi mungkin dah awal-awal lagi set minda kerja yang semacam ini. Bagi saya tak ada masalah kerana suami pun ada sekali. Cuma pagi raya tipnya jangan sekali-kali buka Facebook. Melihat gambar rakan-rakan dan ahli keluarga di pagi raya automatik hati rasa sayu dan sedih kerana tak dapat beraya bersama. Jadi caranya kena kerja sahaja, jangan buka media sosial. ,” luah Jannah memulakan bicara awalnya.
Meriah Di Malam Raya
Jannah sudahpun berkhidmat lebih 10 tahun manakala suaminya berkhidmat lebih 12 tahun di jabatan yang sama.
Bagi pasangan yang dikurniakan dua orang anak comel, Muhammad Nur Zyadzachary, 5 tahun dan Nurul Hannah Sausan, 4 tahun, bertugas di hari raya sememangnya menyeronokkan.
“Semua pegawai sememangnya diberikan cuti mengikut sistem giliran tiga tahun. Jadi selepas tiga tahun barulah kami boleh bercuti di hari raya. Kalau kebetulan off di hari raya, itu satu bonus buat kami.
Sebenarnya tidak jadi masalah kerana ketika bekerja pun suasana raya masih lagi terasa. Malam raya merupakan waktu yang cukup meriah buat semua staf. Kami biasanya diminta untuk hiaskan pejabat mahupun pantry dengan mood raya menjelang esok hari.
Kalau bertugas di pagi raya biasanya kami akan jalankan tugas seperti biasa dan bila waktu rehat barulah kami menjamu selera yang disediakan buat staf. Dapatlah beraya bersama rakan-rakan sekerja. Memang meriah.
Malah suatu ketika dulu pernah kami diarahkan untuk bertugas dengan pakaian raya di waktu pagi raya. Semuanya melaram dengan baju raya masing-masing. Seronok juga ketika itu. Lari dari kebiasaan,” kata anak kelahiran Shah Alam ini lagi.
Tinggalkan Anak
Bagi Jannah dan suaminya, bertugas di hari raya tidaklah menjadi soal. Namun meninggalkan anak beraya sendiri dengan keluarga adalah perkara yang lebih dikisahkan mereka.
“Menjelang raya, dua tiga hari sebelum raya, saya akan hantar anak-anak pulang beraya bersama mak di Melaka. Dapatlah mereka beraya dengan sepupu mereka.
Pada saya bagi kita yang sudah dewasa beraya itu mungkin sudah biasa, nak-nak lagi bila terpaksa bekerja. Cuma saya mahu anak-anak merasai momen beraya mereka dengan indah supaya ada satu kegembiraan yang mereka boleh kenang nanti.
Kalau diikutkan sedih juga tak dapat bersama-sama mereka tapi apakan daya demi tugas. Biasanya selepas habis bekerja, petang raya saya dah ambil anak-anak. Jadi dapatlah kami beraya bersama-sama,” katanya lagi.
Sumber: Majalah Keluarga isu Jun 2018
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di