Rahsia Amalan Kaum Cina Redakan Batuk Dan Demam, Begini Rupanya!

Share

Bila anak demam dan batuk pada tempoh yang lama, buntu rasanya. Lagi-lagi bila semua ubat dah dicuba dan anak masih lagi batuk. Siap kahak pulak tu.

Mungkin ibu boleh cuba petua dari kaum Cina pula. Hanya gunakan bawang putih.

Bawang putih memang cukup sinonim di kalangan orang Cina. Bawang putih yang kita tahu mengandungi bahan Allicin sangat bertindak baik untuk tubuh.

Tersenarai sebagai 10 makanan terbaik di dunia, bawang putih sebenarnya kaya dengan bermacam khasiat. Bahan allium (genus onion-garlic), yang ada pada bawang putih, dapat meningkatkan kekebalan tubuh dan menghalang kemasukkan sel kanser ke dalam tubuh.

Malah terdapat lebih daripada 12 kajian menunjukkan, bawang putih dapat menurunkan kadar kolestrol. Hasil penyelidikan juga membuktikan allicin yang terdapat di dalam bawang putih bertindak sebagai antibakteria dan kaya dengan pelbagai vitamin. Hebat kan?

Perkongsian Puan Muna Mansur di facebooknya mengenai petua yang diamalkan oleh masyarakat Cina dalam merawat batuk dan selsema mendapat perhatian netizen. Ini yang dikongsikan wanita ini. Jom ikut caranya.

Saya pernah terbaca seorang ibu yang mengamalkan petua dari seorang aunty cina, batuk dan demam yang dialami anaknya selama 3 minggu terus kebah dan berkurangan. Ni cara buat air rebusan bawang putih.

Bahan-bahan:
9 ulas bawang putih -tak perlu buang kulit
1 1/2 cawan air
5 biji gula batu

Berikut adalah cara-caranya. Mudah saja.

1. Rebus semua bahan hingga jadi suku cawan. Gunakan api yang paling perlahan.

2. Minum 3 kali sehari.

3. Minum semasa air rebusan ketika masih suam.

Petua ini sesuai diamalkan untuk orang dewasa dan kanak-kanak setahun ke atas. Tak salah mencuba kerana bahan yang digunakan begitu mudah didapati di rumah. Apapun, jangan sesekali abaikan pemeriksaan doktor sekiranya demam dan batuk berterusan.

Selamat mencuba!

Kredit: Muna Mansur