Bagi peminat nescafe,pasti ada teknik atau cara ketika membancuhnya bagi mendapatkan rasa yang enak kan. Kalau kena pada caranya, itu yang membuatkan kita ketagih untuk terus minum.
Bagi yang nak mencuba, boleh ikut teknik yang dikongsikan puan Safillah Alivi ini. Simple tapi hasilnya air nescafe lebih lembut dan lemak Berkrim. Sedap!
Terima kasih pada yang share coffee viral tu. memang sedap amat. Saya suka minum versi panas (cappuccinos). Smooth texture coffee ni seakan coffee di barista yang ternama.
Ads
Saya buat banyak sikit. Extra boleh simpan seminggu dlm fridge.
Bahan dan cara membuat:
Ads
Saya guna coffee jenis decaffSaya guna brown sugar4 sudu coffee + 4 sudu brown sugarAir panas 4 suduSebatikan dan on kan mixer. Kalau nak naikkan muscle boleh juga guna tanganMix sampai gebu macam ni. Bila nk pakai just ceduk jeHot cappuccino. Panaskan susu. Letak mixture coffee tadi. Bancuh hingga sebati. Sedap smooth texture coffee ni. Edit: guna susu segar mcm farm fresh atau dutch lady ye. Bukan susu pekat manis. Diabetes pulak nanti 😂
Lumrahnya bagi setiap pasangan, awal-awal perkahwinan merupakan saat bahagia dan dipanggil zon berbulan madu. Pada waktu itu semuanya nampak manis dan indah, saling sayang menyayangi. Namun lama-kelamaan, mula nampak sikap sebenar.
Dalam perhubungan, it takes two to tango. Kalau sorang je yang beria takkan jadi. Sebab tu kena saling bertoleransi dan bantu-membantu antara satu sama lain. Isteri ni apabila dah tawar hati, rumah tangga automatik jadi kusam, tak ceria, ada anak cuma untuk pecahkan sunyi. Rasa hormat pada pasangan sedikit demi sedikit mula menghakis. Abila sudah kronik dan tidak dapat dibendung lagi, itulah yang menyebabkan berlakunya pergolakan dalam rumah tangga.
Hadamkan perkongsian saudara Mohd Fhais akan punca yang membuatkan isteri mula hilang hormat pada suami.
7 Punca Isteri Hilang Rasa Hormat Pada Suami
1 – Tak pandai urus duit
Macam mana isteri nak ada rasa hormat kalau tiap-tiap bulan isteri yang kena tanggung beli beras, sayur, daging, ayam, ikan susu anak dengan baju anak.
Gaji habis bayar hutang tu bukan alasan tuan tuan. Nafkah tu wajib di beri bukan ikut mampu tak mampu. Lagipun duit untuk di urus bukan untuk di habiskan.
2 – Tak pandai urus emosi
Isteri bukan tempat untuk melempias api kemarahan. Isteri layak di beri rasa cahaya kegembiraan. Macam mana nak ada rasa hormat jika suami sendiri tak hormat perasaan isteri.
Suami tak kaya boleh di terima lagi tapi suami yang tak boleh urus emosi ni sangat di benci kerana setiap hari isteri akan alami penderaan emosi yang teruk.
3 – Tak pandai urus masa
24 jam dengan telefon. Mula dengan wasap group lepas tu games, sampai ke sudah berkepit dengan telefon. Masa di rumah bazir macam tu je.
Susah isteri nak hormat suami kalau suami lebih suka berkepit dengan telefon daripada berkepit dengan isteri. Ada masa boleh main games, ada masa kena utamakan keluarga juga. Ingatlah bila susah nanti bukan telefon yang akan bantu tapi isteri juga yang membantu.
4 – Tak membantu urusan rumah
Suami patut jadi tempat isteri mengadu, tempat untuk bergantung harap bila ada masalah bukan sebaliknya. Suami fikir balik rumah nak berehat, nak dengar berita yang indah indah je, tak nak serabut kepala dengan masalah rumah. Salah!
Isteri harapkan suami balik ke rumah boleh membantu. Harap suami ada dapat la berehat sejam dua. Tapi hampeh, makin bertambah kerja ada la, di tambah kena layan suami macam raja pula. Rasa hormat hilang, timbul rasa menyesal pula.
5 – Tak peduli tentang anak
Tak ada isteri yang boleh hormat suami kalau anak sendiri pun tak ambil peduli. Baju anak, makan anak, sekolah anak malah anak sakit pun dia tak peduli. Semua isteri yang urus sendiri.
Buat anak sama-sama tapi yang susah jaga anak isteri seorang. Memang menyinga la kawan tu. Jangan harap la boleh hadir rasa hormat jika begini.
6 – Tak peduli tentang isteri
Keperluan isteri tak di penuhi. Kehendak isteri tak di peduli. Semua tentang isteri di anggap remeh! Lagi pandai isteri berdikari lagi hebat pula suami ambil kesempatan.
Bukan setakat isteri hilang hormat malah semakin meluat tengok muka setiap hari. Ini la punca terjadinya pergaduhan setiap hari. Kesian, anak-anak jadi mangsa.
7 – Tak matang
Macam mana nak ada rasa hormat kalau dah lama kahwin pun suami masih lagi tak matang matang. Masih lagi cakap ikut suka mulut, tak pernah nak dengar nasihat, tak pernah nak jaga perasaan isteri.
Malah isteri yang dah banyak menolong pun tak pernah nak tunjuk penghargaan. Masih lagi dengan ideologi orang perempuan buat kerja rumah, lelaki buat kerja berat. Orang perempuan kena layan suami, bukan sebaliknya.
Parah dan padah jika kalian terus begini.
Kahwin ni bukan cuma duduk satu rumah dah kira berkahwin. Kahwin ni kena duduk dalam satu kehidupan. Laki bini kena hidup sama-sama. Bukan kau dengan hidup kau aku dengan hidup aku. Itu lebih baik jangan kahwin.
Nak isteri hormat kita? Mudah je, hormati la mereka dan mereka pun akan hormati kita. Tak susah pun!
Wallahu A’lam,
Mohd Fhais
Rasa hormat tak boleh di minta, ia akan datang sendiri bila kita layak menerimanya.
#notakekeluargaanfhais
t.me/CoretanFhais
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Tidakku minta,lahir ke dunia, tidakku duga, cacat begini. Bukanku pinta,
kasih dan manja, bukan ku rayu bantu simpati. Bait-bait lagu ini cukup menyentuh hati.
Demikian juga gambaran yang boleh diberikan kepada kisah seorang kanak-kanak perempuan bernama Nurdayana Mohd Zain.
Seorang anak istimewa, yang dilahirkan tanpa hidung, namun sangat positif orangnya. Mungkin kerana orang disekeliling termasuk keluarga dan rakan-rakan sentiasa memberi sokongan kepadanya.
Menurut ibu kepada adik Nurdayana, Lina Awang, 39, jika nak diberbandingkan dengan dahulu, anaknya menunjukkan perubahan yang baik, kerana dia sudah tidak berasa malu dan lebih yakin berhadapan dengan orang ramai.
Walaupun baru berusia lapan tahun, namun adik Dayana kini lebih bersifat matang dan mula faham serta sudah menerima keadaan dirinya dengan positif.
Kini Dayana banyak membantu ibunya berniaga juadah berbuka puasa sempena bulan Ramadan, yang terletak di hadapan rumahnya.
Tambah ibunya, walaupun dengan kekurangan yang ada dalam diri Dayana, dia merupakan seorang anak yang sangat ringan tulang dan suka membantunya berniaga burger, sebelum mereka mula menjual dadih dan puding jagung.
Guru dan rakan-rakan banyak tolong
Ujar Lina, antara faktor membawa kepada perubahan sikap anaknya adalah rakan-rakan dan guru yang tidak putus-putus memberi dorongan dan galakan kepada Dayana.
Sebagai ibu, Lina akan memastikan pendidikan menjadi keutamaan pada Dayana, malah anaknya yang meminati subjek Matematik selalu mendapat keputusan yang tidak menghampakan.
Menyatakan hasratnya untuk berpuasa pada tahun ini, tetapi atas faktor kesihatan Dayana dinasihatkan tidak berpuasa dan kurang terlibat dalam aktiviti sukan.
“Atas faktor kesihatan, Dayana tidak boleh bersukan mahupun berpuasa walaupun dia memang mahu berpuasa seperti kanak-kanak lain…”
Difahamkan, Dayana masih menunggu panggilan dari Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), bagi meneruskan pembedahan yang dijangka bakal dilakukan apabila usianya menginjak remaja.
Menjadi ketua keluarga bukan semudah yang disangkakan. Tidak sekadar menyediakan makan minum dan tempat tinggal semata-mata. Namun kasih sayang dan perhatian perlu diberikan.
Demikian kisah yang dikongsikan oleh saudara Mohd Hairie Bakri ini sangat memberi inspirasi buat semua golongan suami.
Meskipun, di dalam kocek hanya ada RM20 sahaja namun, demi kebahagiaan isteri, dia sanggup membawa isteri dan anak ‘makan angin’ di pusat membeli-belah.
RM20 RINGGIT PUNYA GILER
Giler ke ape ni tengah2 bulan bawak ank2 bini aku masuk bp mall … Kau tenang je lah , dr rumah lg aku dah ckp hanya bwk jalan2 , bukan shoping … Ank ngan bini aku senyum je … Aku memang sengaja buat2 lupa yg dalam kocek aku tu cuma ade RM20 je , tp peduli apa aku , aku percaya rezeki tu Allah yg bagi , x mustahil si miskin ni boleh jd kaya klu Allah izin kan …
Tu , sape2 yg kenal aku , klu aku kaya , korang pon aku buat jd sampai kaya … Itu kalau lah ??… Hanya berbekal rm20 aku bwk ank isteri aku pusing 1 mall … Nmpk mcm gempak , sebenar nya tgh tahan sebak …
Sepanjang jalan aku perhati je gerak geri bini aku , sesekali dia tenung kedai pakaian lama giler , aku dah cuak weyh , kang dtg angin dia nak , mana aku nk cekau duit … Ahahaha… Dia bukan tau duit aku punya baki ...
Tapi alhamdulillah lah , dia x masuk , hanya perhati dr luar … Maaf kan suami mu syg , bukan aku x mampu nk beli kan , tp ada pekara yg aku perlu utama kan , bila semua nya dah selesai , inshaallah aku beri ape yg kau idam kan …
P/s : beli jiwa keluarga ni x perlu modal yg besar , cukup kau beri perhatian dan masa untk bersama …jujur aku ckp , sebak hati ni bila tgok mata isteri nk kn sesuatu tp x tercapai … Doa kan aku cepat kaya syg … Klu aku kaya , percaya lah org2 sekeliling aku juga akn kaya …
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di