Siapa peggemar epal hijau pastinya beruntung kerana dari sebiji epal yang kita makan bukan hanya sedap bahkan ada banyak rahsia dan khasiat yang tersembunyi.
Epal hijau bukan hanya tinggi serat bahkan ia mengandungi mineral lain seperti zat besi, zink, manganese dan potassium.
Malah sebagai buah yang memiliki kalori rendah, ia amat disyorkan untuk menurunkan berat badan.
Bukan itu sahaja, malah mengambil epal hijau juga baik untuk penghidap asma malah mampu mengawal masalah diabetes.
Menariknya bukan hanya sihat, epal hijau juga baik untuk mencantikan kulit kerana mengandungi vitamin C. Hebat bukan!
Selain makan sebiji epal, ada banyak cara lain iaitu dengan menggabungkan beberapa makanan berkhasiat lain. Sihat berganda malah kulit pun cantik gebu. Nak cantik dan sihat? Ikuti cara membuat jus dan air rebusan ini.
1. Epal Serai
Gabungan dua bahan ini dikatakan baik untuk merawat masalah sakit lutut. Banyak perkongsian di media sosial mampu membantu mereka yang mengalami masalah lutut.
Bahan diperlukan hanya dua biji epal hijau dan empat batang serai sahaja. Mudah.
Bahan-bahan:
2 biji epal
4 batang serai
1 liter air
1. Epal dipotong kecil-kecil dan serai diketuk.
Ads
2. Masukkan ke dalam periuk bersama 1 litre air dan biarkan mendidih.
3. Rebus guna api sederhana lebih kurang 30 minit.
4. Lenyek-lenyekkan epal dan tapis airnya. Sejukkan dan boleh diminum.
2. Air Rebusan Epal Kayu Manis
Air rebusan ini juga merupakan salah satu cara untuk menurunkan berat badan dalam masa yang pantas, jika diamalkan dengan cara yang betul.
Cara untuk menyediakan air rebusan epal ini sangatlah mudah. Malah bahannya juga tidak banyak.
Bahan-bahan:
1 biji epal
1 batang kulit kayu manis
1.5 liter air
Ads
1. Rebus kesemua bahan.
2. Biarkan selama satu jam.
3. Amalkan air rebusan ini bila-bila masa sahaja terutama ketika mengambil makanan berat seperti nasi dan sebagainya.
3. Jus Epal, Tomato dan Lobak
Bagi memastikan kulit sentiasa cantik dan gebu, mengamalkan jus daripada tiga gabungan ini amat disarankan.
Hasilnya kulit lembut, selembut kulit bayi. Bukan hanya untuk kulit malah ia juga sebagai detoks terbaik untuk tubuh kita.
3. Amalkan minum jus ini empat kali seminggu dan jadikan ianya sebagai rutin.
4. Epal & Daun Saderi
Ini pula merupakan petua untuk membuang toksin dalam tubuh. Ia dapat membersihkan saluran usus serta membuang toksin dengan pantas menerusi sistem pencernaan.
Zat masam epal hijau merupakan pembersih tubuh yang sangat baik. Sesuai bagi mereka yang mempunyai masalah sembelit atau penghadaman.
Bahan-bahan:
2 biji epal
Daun saderi
1. Kisarkan sebiji epal hijau dengan daun saleri.
2. Amalkan minum jus ini setiap pagi sebelum memulakan sarapan.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
“Kek coklat Makde. Tengah malam siapkan kek coklat. Anak buah suruh buat dari siang lagi, tengah malam baru boleh makan.. Kesiaannn. Lepas siap terus potong bagi budak-budak. Pukul 12 lebih tengah malam diaorang beratur bawak piring sorang satu nak minta kek”
Begitulah kapsyen yang dikongsikan oleh wanita ini bila berkongsi resipi kek di salah satu group masakan di facebook.
Bayangkan tengah-tengah malam pun wanita ini ‘selamba’ sahaja boleh menyediakan kek coklat moist bagi menunaikan keinginan anak-anak buahnya yang mahu makan kek. Ini secara tidak langsung dapat memberi gambaran betapa mudahnya dia menyediakan menu tersebut.
Apatah lagi menurut perkongsiannya, semua bahan yang digunakan tidak perlu diadun tetapi memadai dengan dimasukkan sekali di dalam pengisar. Cukup mudah dan ringkas penyediaan kek coklat moist tersebut.
Hal ini telah menarik perhatian warganet dan ada antaranya tidak sabar untuk mencuba resipi yang nampak mudah dan enak itu. Jadi buat anda yang ingin mencuba membuatnya, turut dikongsikan resipinya di sini. Semoga bermanfaat.
Ni resipi kek coklat moist yang saya selalu guna.
Kek coklat moist
Bahan A :
3 biji telur
1 cawan serbuk koko
1 cawan gula
1 cawan minyak masak
1 cawan susu cair
½ cawan susu pekat
1 sudu kecil esen vanila(tak letak pun tak apa.. ok je)
*Blend semua bahan guna blender selama 5 minit..
Bahan B :
1 ¼ cawan tepung gandum
1 sudu kecil soda bikarbonat
1 sudu kecil baking powder
*ayak bahan di atas
Cara-cara :
1)Masukkan bahan-bahan yang diayak dalam bahan A yang telah diblend. Kacau rata. Kaup balik je.
2) Sapu minyak/marjerin pada loyang size 8.
3) Kukus 50 minit atau hingga masak, api sederhana je ye.. Kalau bakar, 180°c selama 45 minit.
*sukatan saya main agak-agak je.. Masak guna cara double boiler.. tunggu kek sudah sejuk baru tuang atas kek.. Lepas tu hias la ikut suka kita.. Taburlah segala jenis hiasan.. Siap.
Comot sikit kek tu.. tapi takpelah.. anak-anak buah semua puji sedap.
Ciptakan keseronokan hujung minggu ini bersama keluarga dengan menyediakan menu satay yang menjadi kegemaran anak-anak dan seisi keluarga. Menariknya juga melalui perkongsian daripada puan Nur Husna ini, satay yang dimasak olehnya tidak perlu dibakar di atas arang tetapi memadai di dalam oven sahaja.
Dan ini perkongsiannya.
Saja nak kongsi hari ni buat satay resepi turun temurun dari mak tapi kita bakar guna oven, maklum la duduk rumah banglo 5 tingkat mana nak bakar guna arang! Dulu-dulu masa saya kecil mak pernah berniaga kedai kopi kat rumah, seminggu sekali je mesti buat satay selain menu utama yang lain, sekarang time raya pun kalau kami adik beradik turun raya rumah mak mesti wajib buat.
Sini saya serta kan resepi satay versi mak saya yer.. Tapi kalau dapat guna arang lagi sedap bau api tu,mana yang susah nak bakar guna arang tu boleh la guna cara macam saya ni, bakar guna oven pon boleh tau.
Resepi satay untuk 1 ekor ayam:
-ayam 1 ekor siang asingkan tulang dr isi (kalau korang nak senang beli yang bahagian isi je senang takyah asing tulang dah,tinggal potong-potong kecil je. Tapi saya suka ada bahagian kulit-kulit sikit, bila makan tak jemu)
-basuh bersih-bersih toskan bagi kering air.
-potong sedang-sedang seinci dua jangan terlalu kecil dan jangan besar sangat untuk senang cucuk nanti.
Bahan perapan:
Serai 5 btg
Jintan manis 4 sudu makan
Jintan putih 3 sudu makan
Gula merah segenggam
Gula pasir 4 sudu makan
Kunyit 1 sudu teh
Garam secukup rasa
Cara-cara:
1. Sangai sekejap 2 jenis jintan tadi sampai naik bau, jangan sampai garing nanti pahit, lepas tu tumbuk halus.
2. Serai racik dan tumbuk lumat
3. Gaul semua bahan 1 per 1 pada ayam yang dah siap potong tadi
4. Gaul sampai sebati
5.Perap semalaman dalam peti
6. Esok nya cucuk pada lidi dan boleh la dibakar
7. Saya guna suhu 150c(ikut oven masing2) timer tu saya tak tetapkan sebab boleh tengok-tengokkan dan pusing-pusing satay tu bagi masak sekata.
Resepi kuah kacang
Bahan-bahan:
kacang tanah 400gram (digoreng minyak dlm 3sudu lepas tu tumbuk)
bawang besar 2 biji (kisar)
bawang putih 3 ulas (kisar)
cili boh 4 sudu
serai 2 batang (diketuk)
gula merah 3 sudu
gula putih 3 sudu
garam & perasa
air ikut nak pekat @ cair
Cara-cara:
1. Tumis bebawang tadi sampai naik bau,masukkan cili boh, tumis sampai naik minyak,masukkan serai.
2. Masukkan kacang tanah yang dah ditumbuk tadi dan masukkan air.
3. Masuk semua bahan yang tinggal.
4. Masak sampai naik minyak.
– Tips –
*Nak lagi sedap dan basah-basah je satay kita tu, ambil air perapan yang lebihan tu campur dengan minyak sikit.. Masa bakar nanti buka la kejap oven untuk kita sapu-sapu kat satay tu..guna serai ye titik kan pangkalnya.
*satay ni sedap manis-manis gitu,kena dengan kuah pedas-pedas manis camtu.
*lidi saya rendam dengan air dulu untuk elak terbakar.
sumber : Nur Husna Syahira Mohamed via MAHN
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Roti jala biasa yang berwarna kuning keemasan tu mungkin dah terlalu biasa buat kita. Cuba ubah resipi dan ‘rupa’ seperti yang dikongsikan saudara Amie Samuri di facebooknya. Serius sangat menarik!
Kalau kita yang dewasa tengok pun rasa nak makan, inikan pula anak-anak kita. Serbu dulu lah jawabnya. Dah tu paling best, cara buatnya sangatlah senang. Sama macam buat roti jala biasa. Cuma kena kreatif lebih sikit untuk buat daunnya. Jom cuba.
“Alhamdulillah!..banyak juga hasil tuaian carrot harini. Suka anak-anak tengok Roti Jala Bentuk Carrot macam ni.
Roti Jala ‘Carrot’
Bahan-bahan:
3 cawan tepung gandum
3 cawan air
1/2 cawan minyak masak
1 biji telur
Sedikit garam
Pewarna oren dan hijau
1. Asingkan kepada dua adunan, hijau dan oren.
2. Kiraikan adunan di atas non stick pan, kemudian pindahkan atas pinggan untuk lipat.
3. Lipat dua (seperti dalam gambar).
4. Lipat di bahagian bawahnya (dalam gambar) dan gulung.
5. Tadaaa..dah siap resipi oleh Amie Samuri.
Kredit: Amie Samuri
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.