Sering juga kita mendengar kejadian adik beradik bergaduh dari zaman kanak-kanak hingga terbawa-bawa hingga dewasa. Malah lebih menyedihkan jika menyebabkan hubungan kekeluargaan akhirnya menjadi renggang hingga ada yang bermasam muka.

Pun begitu bagi 16 beradik ini, semua itu tidak pernah terjadi. Ada satu istilah ‘magic’ yang dididik oleh orang tua mereka yang dipegang dari dulu hingga kini. Apalah itu, jom semak perkongsian bermanfaat ini.

Kami 16 beradik seibu sebapa. Susunan posisi dalam gambar ikut umur. Nombor 1 hingga 11 semua lelaki, nombor 12 hingga 16 semua perempuan.
Rahsia 16 Beradik Ni Jalani Hidup Aman Tak Bergaduh. Ni Rahsianya!

Alhamdulillah hidup bahagia walaupun melalui fasa kehidupan yang serba kekurangan. Ayah diuji dengan penyakit angin ahmar ketika Mak mengandung anak ke 16. Ayah lumpuh tak mampu bekerja.

Mak membesarkan kami dengan perit jerih. Tapi sangat bahagia, tiada sengketa, pertengkaran dan dendam. Mak dan ayah mendidik kami supaya sentiasa mengalah.

Ads

Bila selalu mengalah, pergaduhan dapat dielakkan, walaupun ada tersalah faham dan terasa hati. Itu normal.

Rahsia 16 Beradik Ni Jalani Hidup Aman Tak Bergaduh. Ni Rahsianya!

Ads

“Mengalah” bunyi macam senang, tapi ia memerlukan kekuatan jiwa yang tinngi. Ibubapa perlu tunjuk jalan untuk membina kekuatan jiwa. Anak-anak memerhati dan meniru perangai ibubapa. Kalau ibubapa selalu tunjuk perangai keras kepala, anak-anak terikut.

Contoh buruk yang ibubapa selalu tunjuk ialah masa memandu di jalan raya. Marah sana marah sini, asyik nak salahkan orang lain. Jalan raya adalah sekolah kehidupan, anak-anak sedang belajar dalam kereta.

Ads

Satu lagi bila anak berselisih faham dengan kawan, jangan lah nak back up anak tu. Ajar anak bertenang dan maafkan orang, atau suruh dia minta maaf kalau anak yang buat salah.

Perangai selalu nak menangkan anak lah yang menyebabkan anak jadi keras kepala, ego tinggi dan jadi narcissistic. Banyak kali kita jumpa jenis ibubapa yang anggap anak dia malaikat.

Makin kurang ego dalam diri, makin harmoni hidup kita. Sifat rendah diri adalah antara foktor penting dalam mencapai kebahagiaan.

sumber : Mohd Yazid Ismail

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI