Rahmad Mega tak sabar timang cucu, anak kedua naik pelamin. Vokalis kumpulan Mega, Rahmad Tohak memaklumkan tidak sabar untuk memiliki cucu hasil perkahwinan anak keduanya, Farisha Eriena yang berlangsung baru-baru ini.
Memetik Harian Metro penyanyi yang berusia 54 tahun ini begitu teruja kerana ada di kalangan rakan-rakan sebaya dengannya sudah mempunyai beberapa orang cucu.
Artikel lain: Perkahwinan 13 Tahun Dibina Terlerai, Aziz M Osman Isteri Bercerai!
“Ada kawan yang dah ada tiga, empat cucu, sedangkan saya seorang cucu pun belum ada. Jadi saya dan isteri memang menantikan detik-detik itu. Kalau dapat secepat mungkin lagi bagus.
“Farisha adalah anak kedua saya, tapi ini adalah perkahwinan pertama dalam keluarga saya. Anak yang sulung lelaki kini dah berusia 30 tahun. Anak ketiga juga lelaki, berumur 24 tahun.
“Mereka pun belum ada tanda-tanda nak kahwin. Saya tak halang mereka kalau nak kahwin nanti kerana nampak mereka ada sikap bertanggungjawab,” katanya.
Lagi artikel: Redza Syah Azmeer Kongsi Foto Perkahwinan, Mahu Fokus Kepada Keluarga, Kerjaya Dan Masa Depan
Terdahulu, penyanyi lagu Takdir Dan Waktu ini dan isterinya, Norpaizah mengadakan majlis kenduri kahwin dan resepsi anak mereka, Farisha Eriena bersama pasangan, Shaiful Anwar Solehan di Setia Tropika Welcome Centre, Johor Bahru yang dihadiri kira-kira 1500 tetamu.
Majlis itu juga dihadiri rakan-rakan artis antaranya komposer LY dan isterinya Baiduri, Nizam Laksamana dan isteri, Ayai Illusi dan Bandi Amuk.
Sumber: Harian Metro
Baca artikel lain juga: Perkahwinan Campur, Anak Bukan Sahaja Comel Cantik Rupa Paras Tapi Bijak
Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA atau join keluargagader club
Dapatkan perkongsian lebih menarik dari Tik Tok Keluarga @keluarga.my