Tahniah diucapkan buat penyanyi dan pelakon, Rafidah Ibrahim atau Fida yang kini bergelar ibu selepas selamat melahirkan seorang bayi lelaki Rabu lalu.
Menerusi Instagram, suami Rafidah, Shahzemir Shahzulkarib, 39 berkongsi perkhabaran gembira itu kepada semua.
“Alhamdulillah, isteri saya telah selamat melahirkan anak sulung kami, bayi lelaki tengahari semalam tanggal 6 Rejab 1445 bersamaan 17 Januari 2024,” tulisnya.
Dalam pada itu, baik Rafidah dan suami, sama-sama meluahkan rasa syukur atas kurniaan rezeki itu selepas dua kali mengalami keguguran sebelum ini.
Ads
“Syukur dan terima kasih buat semua yang sentiasa mendoakan kebaikan buat kami sekeluarga,” katanya.
Meninjau di ruangan komen, rakan-rakan selebriti dan pengikut Rafidah turut mengucapkan tahniah di atas kelahiran bayi comel yang ditunggu-tunggu itu.
Ads
Terdahulu pada awal November tahun lalu, Fida membuat perkongsian dia yang hamil kira-kira 25 minggu atau enam bulan di Instagram.
Fida dan suami, Shahzemir yang juga pengurusnya ketika aktif dalam karier seni mendirikan rumah tangga pada 6 Mei 2021 di Masjid Jamek Kampung Baru Kuala Lumpur selepas 17 tahun berkenalan.
Untuk pasangan yang sedang ikhtiar hamil, jom sertai grup komuniti ‘Pejuang Garis 2 Pa&Ma’ untuk mengikuti pelbagai aktiviti yang dianjurkan serta peluang untuk memenangi pelbagai hadiah best.
Anak kepada bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri, Hammad Zulkifli dilaporkan meninggal dunia pada pagi Ahad.
Berita duka ini dikongsikan sendiri oleh Dr Zulkifli menerusi satu hantaran di sosial media miliknya pagi tadi.
“Dengan penuh redha dan sabar, saya maklumkan pemergian anakanda Hammad bin Zulkifli (Hammad anak kepada ibunya Shereen) pada jam 5.22 pagi tadi.
“Duhai anakandaku Hammad, air mata deras mengalir menyaksikan sendiri Hammad menghembuskan nafas terakhir di sisi Abah. Abah sekeluarga sejujurnya amat sedih atas perpisahan ini.
“Jutaan terima kasih kepada semua yang banyak membantu kami menguruskan Hammad dari awal, sehinggalah ke liang lahad. Bagi pihak keluarga, saya memohon maaf sekiranya ada salah dan silap di pihak anakanda saya, Hammad,” tulisnya.
Dalam perkongsian terbaru, Dr Zulkifli sempat berkongsi peribadi arwah anaknya dan punca kematiannya.
“Anakanda saya kembali ke rahmatullah pada jam 5.22 pagi. Jam 9.45 pagi beliau disolatkan. Jam 11.30 pagi beliau siap dikebumikan. Alhamdulillah, semuanya diuruskan dengan pantas sebagaimana sunnah Nabi SAW.
“Hammad adalah anak yang soleh. Sentiasa melazimi solat berjemaah dan zikir walaupun ketika sedang tenat di atas katil. Alhamdulillah, beliau meninggalkan kami disisi, dalam keadaan yang amat mudah. Beliau meninggal dunia kerana kanser right soft tissue sarcoma stage 4-5.
“Kematian menyedarkan kita bahawa kehidupan yang hakiki sebenarnya bermula selepas nafas terhenti.” tulisnya.
Ingat lagi kejadian rumah terbakar awal tahun lalu di Kampung Alor Bakat, Bachok Kelantan yang memusnahkan dua buah kediaman? Tragedi tersebut mendapat perhatian ramai termasuklah Allahyarhamah Siti Sarah yang ingin menghadiahkan mereka rumah baru.
Baru-baru ini, di laman Instagram Shuib, dia ada memuat naik perkongsian meluahkan rasa gembira dapat menunaikan hajat isterinya itu untuk membina dua buah rumah baru buat keluarga yang terkesan akibat musibah kebakaran tersebut.
Menurut Shuib, ketika musibah itu berlaku, arwah isterinya antara individu yang paling bersemangat untuk membantu keluarga-keluarga hilang tempat berteduh.
Perkongsian yang dilakukan itu juga merupakan video lama yang memaparkan dirinya dan arwah Sarah menziarahi tapak perumahan yang musnah dijilat api. Di hujung ayat kapsyen perkongsian tersebut, Shuib sempat menulis ayat buat isterinya
Perkongsian Shuib itu mendapat perhatian umum dengan peroleh hampir 500k tontonan dan pelbagai reaksi daripada netizen yang turut tumpang gembira serta mendoakan agar Shuib terus dimurahkan rezeki.
Terdahulu, insiden kebakaran tersebut telah berlaku di Kampung Alor Bakat, Bachok, Kelantan pada Februari sehingga menyebabkan dua buah keluarga hanya tinggal sehelai sepinggang.
Benarlah ada ungkapan mengatakan di sebalik kejayaan seorang lelaki, pasti berdirinya seorang wanita yang hebat di sisinya. Memberi sokongan tidak berbelah bahagi di kala susah dan senang. Wanita bergelar isteri ini menerima saat kita bukan siapa-siapa. Terima saat kita tiada apa-apa.
Itulah yang ingin dikongsikan oleh saudara Akhtar Syamir dan patut dijadikan panduan buat suami isteri di luar sana dalam menyantuni pasangan masing-masing.
Sudah 7-8 tahun berlalu sejak bermulanya saya berhutang dengan isteri saya Nora Azni. Dalam hati saya menjerit-jerit menangis saat kami jual cincin perkahwinan isteri. Tidak saya tunjukkan kepada isteri kerana sangat terlalu malu.
Sudah tentu isteri lebih sedih tetapi saya tahu dia sangat kuat menahan kesedihan itu dari saya.
Hidup di kota dengan hanya seorang sahaja yang membawa pulang rezeki adalah sangat mencabar. Kami hidup dengan amat sederhana. Pakaian kami jarang sangat bertukar. Ketrampilan kami juga tidak terurus ketika itu. Ada masanya kami buntu memikirkan bagaimana hendak hidup minggu hadapan nanti.
Ditambah pula dengan kehadiran Jasmine, anak kami yang pertama. Seperti biasa, kami banyak menggunakan duit kerana kurangnya pengalaman dan sentimen “anak pertama”. Semuanya mahu disediakan.
Tetapi Alhamdulillah berjaya ditempuhi juga. Kami cuba tambah pendapatan dengan berniaga makanan dan itulah yang mengisi perut kami dan anak pada waktu itu.
Di saat kami boleh menarik nafas lega, kami dikurniakan anak yang kedua, Akbar. Pada waktu ini, kami seperti orang yang kelemasan. Segala perkiraan di kalkulator menunjukkan angka negatif. Sekali lagi isteri menjadi penyelamat.
“Abang janganlah risau. Sayang ok. Ini untuk keluarga kita juga”, Abang janganlah nangis”. Air mata saya berjujuran di peha isteri sambil dia mengusap-usap rambut saya seperti seorang bayi.
Sepatutnya dia yang bersedih, tetapi sudah terbalik pula. Mungkin ujian demi ujian yang kami terima membuatkan dia menjadi lebih tabah dari saya. Tetapi semakin lama, hati saya menjadi semakin hancur.
Kali ini, sudah tiada emas langsung ditubuhnya. Saya rasa sayalah suami yang paling gagal di dalam dunia. Saya tidak mampu untuk menyara anak dan isteri tanpa menyusahkan isteri. Kami terpaksa membeli emas Korea supaya dia tidak terlalu segan sewaktu keluar. Setiap kali saya tengok emas Korea itu di tangan dan jarinya, setiap kali itu saya meronta-ronta di dalam hati. Sampai luntur isteri saya pakai. Punyalah lama.
Itu antara sebab saya sentiasa berusaha untuk menggembirakan isteri dengan cara yang lain. Saya peka mengenai hasrat-hasrat kecilnya. Saya ambil tahu keinginan dia. Saya mendengar keluhan hatinya. Saya mengambil berat masa rehatnya. Saya sentiasa cuba sedaya upaya mengurangkan bebannya di rumah. Saya sangat menjaga emosinya. Dan yang paling penting, saya mengutamakan masa bersamanya.
Itu antara benda yang saya buat tanpa mengeluarkan satu sen pun kerana kadang-kala 1 sen pun saya tiada.
Isteri sudah berikan segala-galanya. Masa depannya dalam kerjaya dan barang kemas di tubuhnya. Tidak ada apa lagi yang dia mampu beri. Dia sudah menjalankan segala bentuk tanggungjawab yang dia boleh lakukan. Semuanya bergantung kepada saya sahaja.
Saya berasa sangat-sangat sedih setiap kali isteri menunjukkan cincin atau gelang yang disukainya. Setiap kali itu juga saya memeluknya dan berjanji yang saya akan belikan untuknya suatu hari nanti.
Masa berlalu dengan amat pantas. Saya perasan, semakin gembira isteri saya, semakin kami dikurniakan rezeki. Keadaan keluarga kami bertambah baik. Tetapi kami diuji lagi dengan proses pembelian rumah. Duit yang keluar umpama air dari bermulanya saat membeli sehingga kami masuk ke rumah.
Pada 2016, kami masuk rumah dengan 20% perabot. Rumah kami kosong dan bergema setiap kali kami berbicara. Habis hampir kesemua tudung AJ yang saya kumpulkan untuk isteri kami jual untuk tambah duit bulanan dan digunakan untuk membeli barangan rumah yang penting.
Namun, mulai saat itu kami menggandakan usaha dan Alhamdulillah kami semakin bahagia dan rezeki selalu mencukupi. Saya dapat buat kesimpulan yang tahap kegembiraan isteri memainkan peranan yang sangat kuat dalam keluarga kami.
Kami mula berkongsi kisah hidup kami di media sosial dan sentiasa cuba untuk memberi inspirasi kepada semua pembaca.
Kini, Alhamdulillah saya berjaya membayar sebahagian hutang saya dengan isteri di Kedai Emas seri perak PKNS. Selebihnya akan sentiasa saya semat di suatu sudut di dalam hati dan saya nekad untuk menggantikan semuanya dan lebih lagi di masa akan datang.
Penulisan ini saya buat supaya setiap suami sedar akan kepentingan membayar semula hutang isteri. Jangan pejamkan mata, jangan buat-buat lupa. Tanggungjawab makan minum keluarga dan tempat berteduh terletak di bahu suami. Jika ada pinjaman dibuat dari isteri, ingatlah dan pasang niat untuk membayarnya semula.
Semoga penulisan ini dapat membuka mata dan memberi inspirasi buat semua. Jagalah hati isteri, jagalah emosi isteri, utamakanlah kegembiraan isteri. Percayalah yang isteri yang bahagia akan menyumbang kepada keluarga yang bahagia. Ia berlaku 100% kepada keluarga kami dan kami berharap ianya akan berhasil juga kepada anda.
Kongsikan penulisan ini buat manfaat ramai. Biarkan ia merebak, biarkan ia berjangkit.
Jemput follow saya 👉Akhtar Syamir. Saya selalu menulis mengenai hubungan suami isteri, kekeluargaan dan isu semasa.
Jom join Supergroup Telegram BroOhsem Fans di mana kita boleh berinteraksi dengan lebih rapat lagi.
Seorang ibu wanita tempatan melaporkan bayi lelakinya yang berusia lima bulan dilaporkan meninggal dunia ketika di sebuah taman asuhan kanak-kanak (taska) di kawasan Kangkar Pulai, Johor Bharu semalam.