Menyuap sepotong putu bambu yang masih panas ke mulut memang terasa nikmatnya. Apa lagi kala dikenakan dengan secawan kopi panas. Memang tak sedar kalau mak mentua lalu di belakang.
Selalunya kita membeli putu bambu di kedai tepi jalan yang di usahakan oleh peniaga kecil. Jarang sekali kita cuba buat sendiri di rumah. Maklumlah kena pakai acuan buluh. Takut tak jadi pula kalau cuba.
Tapi langkah yang dikongsikan oleh saudari Azila Abdullah di facebooknya tanpa menggunakan acuan buluh ini sangat menarik perhatian. Menariknya dia hanya memakai acuan lompang sahaja. Menarik!
“Petang ni kita try buat putu bambu.. alhamdulillah jadi. Sebelum ni buat tekan kemain kuat lagi, rasa tepung je.. kena 3 biji dah kenyang.
Bahan:
2 cawan tepung beras
13 sudu makan air
Gula merah
Daun pandan
Garam sikit
Ads
Caranya:
1. Masak air dalam periuk, letak daun pandan dan sedikit garam.
2. Bila sudah sebati, tutup apinya.
3. Dalam bekas berasingan, letakkan tepung beras dan masukkan air 13 sudu besar tadi.
Ads
4. Gaul tepung hingga menjadi seperti serbuk roti.
5. Ayak tepung dengan penapis yang sedikit besar.
6. Apabila sudah siap, masukkan tepung ke dalam acuan lompang, letak gula merah, tambah tepung lagi di atasnya.
Ads
7. Kukus selama 15 minit.
8. Letakkan kain pada tudung periuk supaya tidak masuk air.
Nota: Jangan tekan tepung tu bagi padat ye..letak saja. Selamat mencuba!
Tak perlu nak pening kepala fikirkan resipi apa untuk sarapan esok. Cuba buat Sandwich yang cukup simple ini tapi mengenyangkan. Anak-anak pasti suka.
Selain untuk sarapan pagi di rumah, menu ini juga sesuai untuk minum petang, atau disediakan jika anda sekeluarga mahu berkelah di luar. Cepat, mudah dan paling penting sedap. Itu yang penting kan.
Resipi perkongsian daripada Limau nipis ini juga tak banyak menggunakan bahan dan cepat pula untuk disiapkan. Jom cuba sendiri!
RESEPI SANDWICH MUDAH GUNA BAHAN-BAHAN YANG SIMPLE SESUAI UNTUK BREAKFAST DAN DINNER
Assalamualaikum semua. Kadang-kadang kita malas nak masak renyah-renyah dan nak masak masakan yg cepat tapi mengenyangkan kan?
Jom try resepi sandwich ni.SENANG, CEPAT DAN SEDAP. Resepi dan cara-cara step-by-step ada di gambar ya.
Campurkan telur, susu,serbuk lada putih dan garam, kacau sebati macam nak buat telur dadar tuPanaskan 1 sudu makan butter dalam kuali. Sebaiknya guna non-stick panSelepas butter dah cair, masukkan adunan telur.guna API KECIL sepanjang proses memasak. Terus kacau telur dan masak telur macam kita masak scramble egg, dan kacau sampai telur dah 80% masak tapi masih moist. Lepastu terus angkat dan letak scramble egg ni dalam piring.jangan tinggalkan dlm kuali nnt telur mengering.Sapu roti dengan marjerin. Tapi saya sapu sebelah bahagian roti sahaja sebab bahagian tu yg nak digrill nnti dan sebab saya taknak over masin.
Kemudian, susun sandwich. Roti > separuh cheese > scramble egg > separuh cheese > roti p/s pastikan bahagian yg disapu marjerin menghadap luar, sebab nnt kita nak grill bahagian luar rotiBoleh start grill roti. Pastikan guna API KECIL dan tutup kuali sepanjang proses grill supaya cheese boleh mencair.
Mula-mula grill 2- 3 minit sampai cheese cair dan bahagian bawah roti dah keperangan,
lepastu alih dan grill satu lg bahagian selama beberapa saat je sebab kuali dah panas masa ni.Dah perang macam ni boleh angkat!Boleh makan masa sandwich masih panas, baru sedap!
Siapa kata lauk simple tak boleh tambah selera makan? Kadangkala menu yang mudah dimasak lebih enak dan menjadi kegemaran orang ramai. Bulan puasa ni pun sememangnya mencabar nak masak menu yang renyah dan susah.
Jadi, apa kata anda cuba resipi masak asam ikan talang yang dikongsikan oleh Cik Ezzah Faizah Harun ini. Resipi ini juga sangat sesuai terutamanya untuk para ibu yang sedang dalam tempoh berpantang atau kanak-kanak.
Masak Asam Ikan Talang
Bahan-bahan:
Ikan talang masin
Asam jawa
Halia
Bawang besar
Bawang putih (sis tak letak dalam pic ni)
Cili padi
Cuka (optional)
Perasa dan gula
Cara Penyediaan:
– Ikan talang cuci dulu takut terlalu masin then goreng sampai garing dan ketepikan.
– Guna minyak yang sama goreng bawang besar, bawang putih dan halia pastu letak cuka 2camca (tak nak boleh skip).
– Kemudian letak air asam jawa ikut nak banyak mana dan perasakan dengan cukup rasa dan gula (tujuan letak gula ni untuk seimbangkan rasa masin, masam dan manis).
Anak-anak kita sememangnya cukup gemarkan bubur kacang hijau. Bukan sahaja sedap malah kalau tidak habis di makan, bubur yang satu ini boleh dijadikan aiskrim buat anak-anak.
Bubur kacang hijau antara bubur yang paling mudah disediakan. Cuma rebus dan tambah santan bersama gula dan biarkan mendidih. Pun begitu, proses memasak bubur kacang hijau ini memakan masa yang agak lama. Maklumlah nak kena empukkan kacang hijau juga mengambil masa yang agak lama.
Tapi bubur sedap ini pasti lebih cepat dimasak dengan menggunakan petua ini. Dalam tempoh masa 2 minit sahaja kacang sudah empuk dan bolehlah dimasukkan
gula merah dan santan. Menarik kan?
Jom cuba petua yang dikongsikan ini.
Caranya:
1. Kacang hijau dicuci bersih.
2. Kemudian masukkan kacang hijau ke dalam bekas dan isikan air. Jangan terlalu banyak cukup sekadar air tersebut menutupi permukaan kacang hijau.
3. Bekukan kacang hijau di dalam peti sejuk.
4. Keesokkan harinya, rebus air di dalam periuk dan biarkan sehingga mendidih.
5. Kemudian masukkan kacang hijau yang telah dibekukan tadi.
6. 2 minit kemudian lihat hasilnya, kacang hijau telah empuk dan bolehlah dimasukkan santan dan gula melaka untuk dijadikan bubur kacang.
Selamat mencuba.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.