Setiap yang bergelar ibu pasti ingin melihat anak-anaknya berjaya satu masa nanti. Puteri Sarah juga sama seperti ibu lain yang ingin melihat anak-anaknya berjaya bila dewasa kelak.
Usahawan wanita bermata cantik ini sememangnya seorang ibu yang penyayang tetapi tegas mendidik sepasang cahayamatanya terutama bab pelajaran.
Puteri Sarah yang sebelum ini mengerjakan umrah pada 21 April lalu, kemudian menyambung percutian ke Turki bersama anak-anaknya Syaikhul dan Summayah.
Menerusi perkongsian dalam Instagram Stories, memaklumkan percutiannya bukan sekadar jalan kosong tetapi ingin membawa anak-anaknya meneroka keindahan negara yang terkenal dengan peninggalan sejarah Islam itu.
Aktres berusia 37 tahun ini rupanya turut memasang impian untuk menghantar anak sulungnya menyambung pelajaran di Turki manakala anak perempuannya, Symayyah pula belajar menjadi doktor di Mesir.
Dari sekarang, simpan angan-angan nak Syaikhul belajar dekat Turki, Sumayyah jadi doktor belajar dekat Egypt. Jadi, mulai sekarang kena terapkan bahasa Arab untuk mereka.
Datang Turki ni sambil-sambil temu bual pelajar kat sini ambil subjek apa, persediaan semua, kena mula dari sekarang. Tak salah nak sasarkan dari sekarang.
Jadi, boleh sediakan siap-siap anak-anak kena belajar apa supaya jadi orang berguna satu hari nanti.
Puteri Sarah turut menitipkan pesanan kepada kedua anaknya supaya sentiasa menjaga nama baik keluarga selain tidak menyusahkan ibu bapa.
Beliau turut mahu anak-anaknya meneroka dunia dengan pergi merantau ke negara orang dan pulang dengan ilmu penuh di dada.
Jangan menyusahkan mama, ayah dan jangan malukan nanti nama mama okey Syaikhul dan Sumayyah. Buat saya bangga dengan belajar bersungguh-sungguh.
Jadi somebody nanti Insya-Allah dan sebagai ibu bapa, kami cuba didik dan susun semua yang terbaik untuk anak-anak dari kecil lagi.
Tak nak nanti anak dah besar panjang jadi tak guna, kita dapat malu. Apa-apa pun berjaya dalam pelajaran, pergi terokai dunia dan balik dengan sesuatu
Sumber: @puterisarahliyana
Webinar kehamilan PERCUMA terbesar untuk bakal papa & mama. Jom daftar nama anda di sini WEBINAR AKU TAK SERIK BERSALIN
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Keluarga Gader https://t.me/keluargagaderclub sekarang!