Setiap yang bergelar ibu pasti ingin melihat anak-anaknya berjaya satu masa nanti. Puteri Sarah juga sama seperti ibu lain yang ingin melihat anak-anaknya berjaya bila dewasa kelak.
Usahawan wanita bermata cantik ini sememangnya seorang ibu yang penyayang tetapi tegas mendidik sepasang cahayamatanya terutama bab pelajaran.
Puteri Sarah yang sebelum ini mengerjakan umrah pada 21 April lalu, kemudian menyambung percutian ke Turki bersama anak-anaknya Syaikhul dan Summayah.
Menerusi perkongsian dalam Instagram Stories, memaklumkan percutiannya bukan sekadar jalan kosong tetapi ingin membawa anak-anaknya meneroka keindahan negara yang terkenal dengan peninggalan sejarah Islam itu.
Aktres berusia 37 tahun ini rupanya turut memasang impian untuk menghantar anak sulungnya menyambung pelajaran di Turki manakala anak perempuannya, Symayyah pula belajar menjadi doktor di Mesir.
Ads
Dari sekarang, simpan angan-angan nak Syaikhul belajar dekat Turki, Sumayyah jadi doktor belajar dekat Egypt. Jadi, mulai sekarang kena terapkan bahasa Arab untuk mereka.
Datang Turki ni sambil-sambil temu bual pelajar kat sini ambil subjek apa, persediaan semua, kena mula dari sekarang. Tak salah nak sasarkan dari sekarang.
Jadi, boleh sediakan siap-siap anak-anak kena belajar apa supaya jadi orang berguna satu hari nanti.
Jangan Malukan Mama, Ayah
Puteri Sarah turut menitipkan pesanan kepada kedua anaknya supaya sentiasa menjaga nama baik keluarga selain tidak menyusahkan ibu bapa.
Ads
Beliau turut mahu anak-anaknya meneroka dunia dengan pergi merantau ke negara orang dan pulang dengan ilmu penuh di dada.
Jangan menyusahkan mama, ayah dan jangan malukan nanti nama mama okey Syaikhul dan Sumayyah. Buat saya bangga dengan belajarbersungguh-sungguh.
Ads
Jadi somebody nanti Insya-Allah dan sebagai ibu bapa, kami cuba didik dan susun semua yang terbaik untuk anak-anak dari kecil lagi.
Tak nak nanti anak dah besar panjang jadi tak guna, kita dapat malu. Apa-apa pun berjaya dalam pelajaran, pergi terokai dunia dan balik dengan sesuatu
Kehamilan luar rahim bukanlah sesuatu yang asing. Shima Anuar yang juga merupakan seorang pelakon pernah mengalami kehamilan di luar rahim. Ketika itu kandungannya berusia tiga bulan.
Shima Anuar Kongsi Pengalaman Hamil Luar Rahim
Shima turut berkongsi pengalaman mengerikan yang dialaminya pada tahun lalu yang membuatkan dirinya hampir kehilangan nyawa.
“Doktor cakap, saya hampir kehilangan nyawa. Saya mengalami kekurangan darah sehingga 2.5 liter. Tekanan darah saya 60/30 dan wajah saya kelihatan sangat putih dan pucat.
“Tetapi saya sangat berterima kasih pada Dr. Susanna yang merawat. Ia adalah satu pengalaman yang mengerikan, memang sakit sangat-sangat.
“Sampai tak boleh bergerak, tak boleh bercakap. Selepas proses pembedahan selesai, saya dah tak respons, doktor beritahu.
“Disebabkan itulah, kena masuk unit rawatan rapi (ICU) dan buat pemindahan darah. Kena potong di tempat jahitan luka pembedahan Czer.”
Katanya lagi, sebelum ini dia tidak pernah tahu kehamilan luar rahim itu begitu sakit sehingga boleh menyebabkan ibu mengandung kehilangan nyawa.
Untuk info, Shima telah mendirikan rumah tangga dengan seorang ahli perniagaan, Mohd Dolih Toha, 54 tahun.
Dan hasil perkahwinana mereka dikurniakan sepasang cahaya mata, Mariam Sophia 4 tahun, Mikhael Imaan, 3 tahun dan Harris yang dilahirkan pada 2 Ogos 2023 yang lalu.
Ini Fakta Wanita Mesti Ambil Tahu
Berikut dikongsikan fakta tentang kehamilan luar rahim:
Ada wanita mengalaminya selepas mengandung kali pertama. Ada juga ketika anak kedua atau seterusnya.
2. Kehamilan luar rahim juga lebih sinonim dengan nama ektopik yang bermaksud ‘di tempat yang salah’.
3. Dalam kebanyakan kes hampir 98 peratus, implantasi berlaku di dalam tiub fallopio. Ia turut dikenali sebagai kehamilan tiub (tubal pregnancy). Apabila kehamilan ini berkembang, ia menyebabkan kesakitan dan pendarahan. Jika dibiarkan, tiub fallopio ini boleh pecah dan mengakibatkan pendarahan dalaman.
4. Dalam kebanyakan kes hampir 98 peratus, implantasi berlaku di dalam tiub fallopio dan sebab itu ia turut dikenali sebagai kehamilan tiub (tubal pregnancy). Apabila kehamilan ini berkembang, ia menyebabkan kesakitan dan pendarahan. Jika dibiarkan, tiub fallopio ini boleh pecah dan mengakibatkan pendarahan dalaman.
5. Wanita dinasihatkan bertemu pakar sakit puan sebaik saja disahkan hamil lima minggu awal bagi melihat kandungan berada di tempat yang sepatutnya. Pemeriksaan imbasan dilakukan untuk mengesahkan yang ia bukan kehamilan ektopik. Ada kalanya ujian darah perlu dilakukan untuk memastikannya supaya tindakan selanjutnya boleh dilakukan sekiranya anda hamil ektopik.
6. Bagi wanita yang disahkan mengandung luar rahim doktor akan mengeluarkan kandungan ektopik itu menerusi pembedahan secara laparoskopi atau laparotomi. Tiub fallopio juga akan dikeluarkan. Jenis pembedahan juga bergantung kepada keadaan pesakit dan doktor yang merawat.
7. Ada kalanya, ektopik boleh dirawat menerusi pengambilan ubat atau secara konservatif, tetapi ini hanyalah jika kandungan ektopik dikesan pada peringkat awal.
8. Adalah sangat penting membuat pemeriksaan awal sebaik saja haid tidak datang seperti biasa. Ini membolehkan kehamilan ektopik dapat dielakkan.
9. Ektopik dan kesuburan tiada kaitan kecuali pesakit mempunyai masalah endometriosis atau jangkitan pada tiub
10. Dalam sesetengah keadaan walaupun ia membahayakan nyawa ibu hamil, wanita yang mempunyai sejarah kandungan luar rahim masih berpeluang hamil pada masa akan datang.
Rezeki datang dalam pelbagai bentuk. Rezeki bukan hanya diukur pada tahap kewangan seseorang tapi juga pelbagai yang diberikan Allah kepada setiap manusia.
Begitu dengan kisah sebuah keluarga ini. Biarpun tidak dilimpahkan rezeki wang ringgit, tapi dikurniakan adik beradik seramai 16 orang.
Biarpun melalui kehidupan sukar, namun dengan berkat didikan arwah ayah dan ibu, telah berjaya membentuk anak seramai 16 orang ini mempunyai jati diri.
Lebih manis lagi, kesemua 16 orang adik beradik ini berjaya melangkah ke menara gading. Tidak lupa, keluarga ini, hidup kekal berjemaah untuk memastikan keluarga bahagia dan dipermudahkan kehidupan mereka. Inilah rahsia keluarga inspirasi ini.
Kisah keluarga ini yang mendapat perkongsian sehingga 19K! Biarpun kisah lama, namun perkongsian ini sungguh inspirasi untuk kita muhasabah diri dalam mendidik anak-anak.
Ikuti perkongsian ini.
Saya ada 16 adik beradik seibu sebapa. hingga 11 semua lelaki. 12 hingga 16 semua perempuan. Pada tahun 1991, masa mak mengandung anak ke16 ayah diserang stroke dan lumpuh. Hilang sumber pendapatan. Tiada simpanan sebab hidup cukup-cukup makan je.
Alhamdulillah pihak masjid bagi wang ehsan setiap bulan hanya rm150. Mak besarkan kami dan dalam masa yg sama uruskan ayah yg lumpuh dengan seratus lima puluh tu. Macam mana boleh survive? Ni semua urusan Allah..semua rezeki dari Allah.
REZEKI ADIK BERADIK PANDAI BERDIKARI
Allah bagi rezeki kepada anak-anak dalam bentuk kesedaran untuk berdikari. Walaupun masih sekolah rendah kami dah mula cari duit sendiri. Jadi buruh sementara, kutip botol dan tin aluminium untuk dijual, bercucuk tanam dan lain-lain.
Pada tahun 2001, ketika tingkatan 4, saya masih kutip kayu api untuk masak. Ada berlaku kecederaan ketika sedang memotong kayu, parang terkena kat tangan. Ada kesan parut di tangan kiri.
Makanan kami juga tidak semewah orang lain. Makan nasi tanpa lauk sudah jadi kebiasaan. Sekadar nasi campur air, garam dan sedikit gula sudah memadai. Mujur di sekolah ada Rancangan Makanan Tambahan RMT, dapatlah kami rasa makan yang sedap secara berterusan.
Walau keadaan hidup begitu susah, tidak pernah sekalipun mak berhenti berjuang mahupun mengaku kalah dalam membesarkan anak-anaknya.
Mak juga tidak berkeluh-kesah di hadapan anak-anak, biarpun beberapa kali saya melihat mak menangis mungkin kerana terlalu berat menanggung keperitan hidup.Kami anak-anak yang masih kecil ketika itu hanya boleh menahan sedih melihat keadaan emak.
Ketika itu memang tidak banyak yang boleh kami bantu, malah untuk angkat ayah yang lumpuh untuk dimandikan pun susah. Saya banyak kali menangis sebab melihat ayah yang makin lemah dan kudis di badannya makin besar disebabkan terlalu lama baring..sangat meruntun jiwa.
Nasib baik abang-abang di sekolah menengah banyak tolong dengan penuh kesabaran tetapi apabila mereka masuk universiti, tinggal kami yang kecil-kecil sahaja di rumah.
Sehingga tahun 2001, kami masih memasak menggunakan dapur kayu api. Bukan tidak ada dapur gas tetapi mahu menjimatkan wang daripada membeli gas. Kalau bekalan kayu api berkurang, kami adik beradik akan masuk hutan mencari kayu api. Ketika itu tiada lagi orang kampung yang mengutip kayu api, hanya keluarga kami sahaja.
Mak pula pegang prinsip tidak akan hutang duit orang. Hidup dengan sekadar apa yang ada. Alhamdulillah, beban emak sedikit ringan apabila abang-abang di universiti mengirim duit biasiswa masing-masing untuk adik-adik di kampung. Pernah abang saya cerita, dia sanggup ikat perut semata-mata untuk hantar duit ke kampung.
PESANAN ARWAH AYAH, SOLAT BERJEMAAH JANGAN TINGGAL
Sepanjang ingatan saya, semasa ayah masih hidup dan sihat, dia tidak pernah bertanya tentang pencapaian pelajaran anak-anak, tapi ayah selalu tanya tentang solat di masjid atau tak. Arwah ayah selalu pesan, “tidak guna belajar tinggi dan pangkat tinggi tapi solat jemaah tidak dijaga”. Arwah ayah memang sangat menekankan pendidikan agama dan praktikalnya.
Walaupun kami masa masih bersekolah dan sangat sibuk dengan mencari duit tapi kami tetap ke masjid solat jemaah. Kami cuma dapat belajar ketika di sekolah sahaja kerana di rumah kami sibuk dengan kerja dan mengasuh adik-adik yang masih bayi. Namun, syukur semuanya kini cemerlang dalam pelajaran. Alhamdulillah 1 hingga 16 berjaya semua masuk universiti.
Pesanan untuk ibubapa, bagi mendapat keluarga yang bahagia di dunia dan akhirat berilah penekanan pada pendidikan agama terutamanya solat. Anak-anak lelaki mesti dibiasakan dengan solat jemaah. Sekarang bila tengok orang yg kutip tin dan botol di tepi jalan saya teringat keadaan saya dulu-dulu. Walaupun saya dah hidup senang dan alhamdulillah bisnes Public Mutual saya maju tapi saya tak lupa asal usul saya.
Sumber: Mohd Yazid Ismail
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Setiap pasangan suami isteri pasti ada cara mereka yang tersendiri untuk bahagia.
Baru-baru ini, pelakon Reen Rahim sekali lagi membuat warganet terhibur dengan gelagatnya bersama suami ketika menyambut raya.
Menerusi hantaran yang dikongsikan di laman Instagramnya, Reen kelihatan gembira dapat bersiar-siar menaiki motor dengan suaminya, Ahmad Nur Hazim Zainal Abidin.
Katanya dia tidak perlu menjadi seperti orang lain dan sudah gembira dengan caranya sendiri dalam mencipta kenangan indah.
Pelakon jelita, Nora Danish menyifatkan hadiah istimewa sempena ulang tahun kelahirannya yang ke-43 pada Jumaat lalu adalah berjaya khatam al-Quran dalam tempoh 10 hari pada Ramadan ini.