“Putera Ini Tidak Banyak Kerenah Dari Mula Hingga Hari Akhir SPM.” Displin Pelajar MTD Buat Guru Ni Sebak.

Share

Sudah pastinya ibu bapa inginkan anak-anak berjaya dalam hidup termasuk cemerlang dalam pelajaran. Dalam pada itu, sikap displin  dan nilai kesantunan dalam diri juga memainkan peranan penting untuk kejayaan seorang pelajar itu.

Begitulah situasi yang digambar oleh seorang guru yang ditugaskan menjaga peperiksaan SPM baru-baru ini.

Beliau melahirkan rasa sebak apabila melihat tindakan pelajar Maktab Tentera Diraja (MTD), Sungai Besi yang melakukan sujud syukur beramai-ramai selepas selesai menjawab peperiksaan.

Malah memuji sikap displin dan santun pelajar-pelajar berkenaan sepanjang tempoh peperiksaan.

Ikuti lanjut perkongsian guru ini.

___________________

SEBAK SIKAP PELAJAR PUNYA DISPLIN YANG TINGGI.

Sebak dan sangat tersentuh. Itulah perasaan bila melihat situasi ini. Putera tersangat berdisiplin dan hormat kami. Senang kami untuk jaga putera ini semua. Walaupun kami baharu mengenai putera ini, namun rasa sayang dan terhutang Budi pada putera ni.

TAK BANYAK KERENAH

Bila putera jumpa kami, mereka akan hormat tidak sama dengan kebanyak murid zaman sekarang. Putera ini tidak banyak kerenah. Bagi je kertas peperiksaan mereka akan tunduk dan tekun menjawab. Bila siap barulah angkat kepala. Yang keluar pergi tandas boleh bilang dengan jari dari hari mula jaga SPM sehingga ke kertas terakhir.

SUJUD BILA SELESAI PEPERIKSAAN

Tapi yang paling tersentuh bila mereka sujud beramai-ramai bila selesai kertas tadi. Suci murni hati mereka. Kita boleh beza orang yang hormat pada ilmu dengan orang tidak hormat.

Cikgu Piji doakan kejayaan kamu semua putera MTD. Ingat pesan Cikgu jaga Solat dan jaga agama. In Shaa Allah kejayaan dan kemanisan akan muncul kelak. Teruskan berdisiplin dan hormat pada semua orang.

Sumber: Hafizi Amran