PUSPAKOM Tawar Pemeriksaan Kenderaan Percuma. Siap Boleh Menang Hadiah & Rugi Kalau Dilepaskan!

Share

Sambutan Tahun Baru Cina ini tentu sahaja ramai antara kita ingin mengambil kesempatan untuk bercuti panjang sama ada pulang ke kampung atau melancong ke destinasi menarik bersama keluarga tercinta.

Selain keterujaan untuk bercuti, jangan pula kita abaikan keselamatan kenderaan yang bakal dipandu sepanjang meredah perjalanan panjang untuk ke destinasi dituju. Sebaiknya buatlah pemeriksaan kenderaan tersebut.

Jadi sebenarnya anda masih ada masa untuk berbuat demikian!

Apatah lagi bila PUSPAKOM ada menawarkan hadiah istimewa untuk pelanggannya. Jadi jangan tunggu lagi, jom ke sana!

PUSPAKOM melancarkan kempen Pemeriksaan Kenderaan  Sukarela Secara Percuma sempena Tahun Baru Cina sambil memberi peluang kepada pelanggan memenangi hadiah lumayan sepanjang tempoh kempen bermula hari ini hingga 20 Januari 2023.

Dengan tanda pagar #drivesafenoregrets PUSPAKOM ingin mengingatkan orang ramai khususnya pemilik kenderaan persendirian yang ingin pulang ke kampung untuk menyambut Tahun Baru Cina supaya memastikan kenderaan mereka berada di tahap kondisi yang terbaik sebelum memulakan perjalanan.

Orang ramai boleh mendapatkan Pemeriksaan Kenderaan Secara Sukarela atau dengan nama singkatan VVI (Voluntary Vehicle Inspection) secara percuma ini di mana-mana cawangan PUSPAKOM seluruh negara (kecuali cawangan Taman Bukit Maluri, Shah Alam dan Pasir Gudang) dari jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang dengan membuat janji temu di www.mypuspakom.com.my atau aplikasi mudah alih MyPUSPAKOM.

Demi kemudahan orang ramai, PUSPAKOM turut mengerah Unit Pemeriksaan Bergerak bagi menawarkan pemeriksaan kenderaan percuma kepada orang ramai di beberapa lokasi terpilih seperti berikut:

NO TEMPAT TARIKH MASA
1 Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Bangi 12 Januari 2023 9.00 pagi – 4.00 petang
2 Lotus’s  cawangan Kepong 14 Januari 2023 9.00 pagi – 4.00 petang
3 Wisma DRB-HICOM 16 Januari 2023 9.00 pagi – 4.00 petang
4 Universiti Islam Antarabangsa (UIA), Gombak 17 Januari 2023 9.00 pagi – 4.00 petang
5 Lebuh Ayer Keroh, Melaka (Berdekatan pintu gerbang, Ayer Keroh) 19 Januari 2023 9.00 pagi – 4.00 petang

 

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif PUSPAKOM, Mohammed Shukor Ismail, ”Kempen VVI percuma ini bertujuan membantu orang ramai mendapat maklumat tentang kondisi kenderaan mereka melalui pemeriksaan kenderaan menggunakan peralatan berkomputer supaya mereka dapat melakukan penyelenggaraan yang sewajarnya sebelum pulang ke kampung halaman sempena Tahun Baharu Cina”.

”PUSPAKOM amat menitikberatkan kepentingan keselamatan kenderaan dan menjadikan pemeriksaan kenderaan percuma ini sebagai tanggungjawab korporat kami sebagai badan pemeriksaan kenderaan yang dilantik kerajaan. PUSPAKOM juga berhasrat meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap aspek keselamatan kenderaan melalui pemeriksaan terutamanya ketika musim perayaan yang kebanyakan pemilik kenderaan melakukan perjalanan jauh”, ujar Shukor.

”Berlainan dengan pemeriksaan kenderaan yang ditawarkan  oleh sesetengah syarikat. VVI PUSPAKOM melibatkan 25 item pemeriksaan yang menggunakan alatan berkomputer yang dikalibrasi setaraf dengan alatan yang digunakan oleh negara maju seperti Perancis, Belgium dan Sepanyol  yang mengikut standard piawaian antarabangsa. Pemeriksaan ini lebih tertumpu kepada aspek keselamatan iaitu melibatkan pemeriksaan brek, gelincir sisi, tayar, suspensi, asap, lampu, bawah dan atas kenderaan, cermin gelap dan lain-lain lagi”, kata Shukor lagi.

Untuk maklumat lanjut dengan Pemeriksaan Kenderaan Sukarela Secara Percuma ini dan cara memenangi hadiah, sila layari Facebook PUSPAKOM Sdn Bhd.