Melihat pasangan ini menguruskan dan mendidik anak-anak mengikut acuan sendiri nyata memberi motivasi kepada ibu bapa lain. Tidak hairanlah setiap kali mengemas kini status terbaru di media sosial, ada sahaja pertanyaan dan permintaan daripada orang ramai yang ingin mereka berkongsi ilmu keibubapaan.
Tidak sekadar itu sahaja, pasangan ideal Dato’ Dr Sheikh Muszaphar dan Datin Dr Halina juga tidak menggunakan bantuan pembantu rumah dalam menguruskan anak-anak. Sebaliknya mereka lebih selesa melakukan sendiri sejak dahulu lagi.
Push anak belajar banyak benda
Senada dan sehati dalam segala hal, namun Dato’ Dr Sheikh Muszaphar sedikit ‘dominan’ terutama dalam mendidik anak-anak. Tegasnya, anak-anak perlu didedahkan dengan segala kemahiran sejak kecil lagi bagi memudahkan pada masa akan datang.
“Alahmdulillah, syukur kerana ini rezeki yang Tuhan berikan pada kami. Saya dan isteri memang suka anak ramai. Saya suka mendidik anak-anak ikut cara saya yang dipraktikkan hasil pembelajaran melalui ajaran ibu bapa saya dan juga sebelah Halina. Saya suka tonjolkan anak-anak dengan unsur kasih sayang selain ‘push’ mereka sehingga ke tahap maksima kerana kita tidak tahu potensi mereka yang boleh pergi.
“Saya mahu didik mereka dalam semua bidang termasuklah bab agama, akhlak, mengaji, belajar berenang, tekwando dan pelbagai lagi. Setiap ibu bapa mahukan yang terbaik untuk anak-anak, demikian juga kami. Dalam hal ini, saya mengharapkan anak-anak akan jadi lebih baik daripada kami kelak. Awalnya isteri saya agak takut dan kesian kerana anak-anak masih kecil.
“Tetapi sebenarnya mereka suka jika apa yang kita suruh buat itu benda yang menyeronokkan buat mereka. Penerimaan Bella dan Tasha baik dan saya tidak suka mereka membazir masa begitu sahaja kerana pada saya setipa minit itu adalah pelajaran. Kebetulan juga kami berdua sibuk dengan kerja, kerana itu saya suka hantar anak-anak ke kelas untuk menambahkan kemahiran mereka.
“Pernah juga mak saya tegur kononnya biarlah anak-anak main tetapi bagi saya pelajaran juga satu corak permainan. Contohnya ke kelas menyanyi, persekitaran tersebut cukup menyeronokkan. Jadi, daripada situ mereka selesa dan seronok untuk belajar. Saya berimpian mahu melihat anak-anak mengikut jejak langkah kami dalam bidang kedoktoran. Kerana itu saya mendedahkan mereka dengan bidang perubatan ini sejak awal lagi.
“Tetapi andai suatu hari nanti mereka mahu memilih bidang lain, saya akur. Tetapi saya percaya jika kita didik dan asuh minda mereka sejak awal ke arah tersebut, maka saya yakin mereka akan menuju ke arah yang betul.
Ads
Take a break elak stress
Ditanya mengenai cabaran memiliki anak kembar, jelas Angkasawan negara ini lagi, memang sangat mencabar dan dalam masa yang sama terselit kebimbangan tidak mampu memberi kasih sayang sama rata.
“Memang stress dan kadang kala penat sangat kerana boleh dikatakan 24 jam kami menguruskan anak-anak sendiri. Saya bangun jam 2-3 pagi untuk susukan dan dodoikan anak. Pada saya suami kena banyak berkorban dan jangan harapkan isteri sahaja. Saya lebih suka berjaga malam dan biarkan Dr Halina tidur dan berehat. Pada saya, sebagaimana isteri berkorban begitu juga suami dan kedua-dua kena main peranan.
“Saya selalu pesan pada isteri, kalau penat ambil rehat dengan pergi keluar untuk ‘take a break’ walau hanya 30 minit. Tetapi jarang sebenarnya nak stress kerana penat macam mana sekali pun itu adalah sesuatu yang kami suka lakukan. Lagipun kembar memerlukan perhatian lebih terutama Noah yang agak kecil berbanding Adam. Jadi, dalam diam-diam saya susukan lebih supaya dapat naikkan beratnya dan Alhamdulillah tidak banyak beza kedua-duanya,” seloroh Dato’ Dr Sheikh Muszaphar lagi.
Anak sekolah aliran Cina
Ads
Tidak mahu anak terkena kejutan budaya membuatkan pasangan ini menghantar anak-anak bersekolah lebih awal sedari usia 3 tahun. Bahkan Bella menurut Dato Dr Sheikh Muszaphar lagi sudah mencapai level tahun empat untuk subjek matematik dan Bahasa Inggeris. Mengakui Bella banyak mengikut jejak langkah isterinya terutama bab bergaya, mekap, kasut dan sebagainya, Dato Dr Sheikh juga menghantar anak-anak ke sekolah Cina.
“Saya selesa menghantar anak-anak ke sekolah kerajaan kerana tidak mahu anak berasa diri ‘besar’ sebaliknya mahu mereka jadi orang biasa yang sentiasa rendah diri. Sekolah Cina menjadi pilihan kerana mahu mereka fasih bahasa Mandarin. Walaupun saya secara peribadinya tidak tahu berbahasa Cina dan terpaksa membuka Google translate apabila mengajar anak-anak, saya tidak kisah kerana bahasa ini amat penting untuk masa depan,”ulas Dato Sheikh Muszaphar.
Parenting satu eksperimen
Mengakui masih baru dalam bab keibu bapaan, Dato Dr Sheikh Muszaphar tidak mengharapkan semua orang menerima kaedah yang dipraktikkannya itu.
“Ini cara saya dan kepada mereka yang tidak setuju tidak apa. Kerana proses parenting ini seperti satu eksperimen. Kita tidak tahu apa yang akan berlaku pada masa depan. Mungkin kita sudah berikan yang terbaik tetapi hasilnya berbeza. Namun yang pasti saya sudah melakukan yang terbaik dan jika ada yang mahu mencontohi cara saya, maka boleh ikut.
Ads
“Keutamaan saya lebih pada keluarga dan bab memberi ceramah masih diteruskan cuma tidak mahu terima terlalu banyak. Soal penerimaan tawaran untuk anak-anak buat masa sekarang kami masih kawal lagi. Kami tidak mahu mereka didedahkan pada bidang komersil dan memilih produk yang bersesuaian dengan anak-anak,”jelas Dato Dr Sheikh Muszaphar yang mengakui kerjasama dan perancangan awal yang sistematik memudahkan dia dan isteri menguruskan anak-anak baik di rumah mahupun ketika bercuti dan sebagainya.
Sumber: Majalah Keluarga Jan-Feb 2018
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Siapa sahaja tak suka berkongsi cerita tentang kejayaan anak-anak? Namun, ada ibu bapa yang terlalu ingin bersikap ‘rendah diri’ sehingga terlepas kata-kata yang negatif tanpa sedar. Lebih menyedihkan kalau anak itu mendengarnya sendiri.
Menerusi perkongsian keibubapaan dari Puan Wawa Shauqi, sebagai ibu bapa harus mengelak dari menggunakan perkataan negatif ketika memulakan perbualan dengan anak.
Dalam ingin merendah diri, penggunaan ayat perlulah betul kerana anak yang mendengarnya akan menanam kepercayaan bahawa itu adalah dirinya sekaligus, membentuk siapa dirinya di masa depan.
Ilustrasi : Nazr Syaff
JANGAN BUAT SILAP MACAM NI. “Anak saya ni pemalu sikit.” “Anak saya ni nakal!” “Anak saya ni belajar tak pandai.”
Ibu ayah. Jangan sesekali sebut perkataan begini depan anak. Walaupun hakikatnya kita kononnya nak ‘humble’ depan orang lain.
Sekali kita sebut, anak akan percaya. Dan tanam dalam-dalam sifat ni dalam diri dia. Kepercayaan tersebut, akan menjadi self image mereka. Dan ia akan membentuk tabiat anak. Dan tabiat tersebut akan membentuk siapa anak di masa akan datang.
Kalau anak dengar kita sebut dirinya ‘pemalu’, secara automatik sifat pemalu akan terbina dalam diri anak. Bayangkan kalau dia dengar kita sebut dia ‘jahat’.
Alangkah ruginya kita. Kerana kita membuka seluas-luasnya kepercayaan dalam dirinya bahawa dia memang jahat. Sedangkan kalau kita tukar sedikit ayat, kita boleh ilhamkan karektor luar biasa pada diri anak.
CARA GUNA AYAT YANG BETUL
Tukar “Anak saya pemalu.” Kepada “Anak saya awal-awal memang macam ni. Nanti dia dah ok, banyaklah cakapnya tu.” Tukar “Anak saya ni tak pandai.”
Kepada “Anak saya ni kalau bagi peluang, boleh pandai cepat ni insya Allah. Saya nampak potensi dia.” Tukar “Anak saya ni nakal.”
Kepada “Anak saya ni nampak aktif. Mungkin sebab dia excited terlebih.Tapi, bila dia buat baik, sejuk hati kami. Kalau pesan baik-baik insya Allah dia dengar.”
Kadang-kadang, anak kita ni asalnya ok je. Boleh je behave kalau dipesan. Rajin je mengemas kalau kita motivate. Mau je makan sayur kalau dipujuk. Mau je ramah kalau ada yang pandai mengajak sembang.
Tapi kerana telinga mereka mendengarkan kata-kata dari mulut kita, perkara yang baru terdetik sikit dalam diri mereka, terus mereka pahat jadi imej diri. Jadi lepas ni, walau serakah manapun perangai anak kita, elak bercerita pada orang. Lebih-lebih lagi jika anak ada bersama.
Nampak macam anak sedang leka. Tapi sebenarnya, mereka sedang pasang telinga. Sebaliknya, rajin-rajin ajak pasangan ‘mengumpat’ kebaikan anak. Pastikan anak pun sedar yang diri mereka ‘diumpat’.
“Abang tau. Tadi anak kita tolong saya kemas rumah. Rajin betul Bangga saya dengan dia.” “Sayang, hari ni adik berjaya makan sayur. Hebat kan dia!” Kata-kata yang positif tentang anak, akan membentuk imej diri anak yang baik. Begitu juga sebaliknya. Bentuk imej diri anak yang positif dengan kata-kata yang positif.
Tidak dinafikan anak tidak boleh tidur sebilik dengan ibu bapa malah dikatakan seawal usia sudah menjangkau lebih tiga tahun. Namun ada yang tidak sampai hati membiarkan si manja tidur di bilik berasingan atas sebab usia masih terlalu kecil.
Bagaimana pun mengasingkan bilik tidur antara mak ayah dengan anak itu memang perlu. Tapi apabila rumah yang didiami itu hanya ada satu atau dua bilik sahaja pasti ia menjadi masalah untuk berbuat demikian.
Namun masih ada cara untuk atas masalah itu, sebagaimana yang dikongsi oleh wanita ini, Wan Nur Syakira menerusi facebooknya.
Ada ibu yang bertanya seandainya mereka suami isteri masih tak mampu asingkan tempat tidur anak kerana ada dua bilik . Satu bilik tidur, satu stor. Apa yang beliau boleh buat ?
Jadi panduannya ialah 1.Asingkan tilam antara ibu bapa dan anak-anak. Bilik sama, tetapi compartment berbeza. Jika anak berbeza jantina, usahakan asingkan juga di dalam bilik yang sama. 2.Anak-anak pula , seorang satu selimut. Usah biasakan tidur satu selimut. 3.Jika anak ada di dalam bilik, jangan lah tukar baju di hadapan mereka. Minta mereka keluar dahulu atau tukar baju di bilik air. Keluar dengan sudah berpakaian lengkap. Berhati-hati dengan aurat ibu ayah dengan anak-anak. 4.Berjaga-jaga dengan sentuhan suami isteri, jika anak ada, jangan dipaparkan sentuhan yang menjurus kepada keintiman seksual. Begitu juga perbuatan ibu ayah mandi bersama, jangan biar diketahui anak-anak. Jika anak tiada dalam bilik, boleh lah buat apa saja. 5. Ibu ayah dan anak-anak kena amalkan ketuk pintu sebelum masuk. Jangan terjah, kerana semua berkongsi bilik yang sama untuk segala urusan peribadi. 6. Jangan sesekali melakukan hubungan suami isteri di hadapan anak-anak meskipun mereka tidur dan sebenarnya tiada sesiapa boleh melihat atau mendengar hubungan kelamin suami isteri dilakukan, ianya aurat yang perlu disembunyikan rapi. Lakukanlah ketika mereka tiada. Sebenarnya, anak dah pandai pura-pura tidur seawal umur 4 tahun, apatah lagi yang berada di sekolah rendah. Panduan ini terpakai selagi mana kita terpaksa berkongsi bilik tidur dengan anak. 7.Andai ada ruang untuk kosongkan stor untuk jadikan bilik, saya amat galakkan begitu. Jadi, anak boleh diasingkan bilik.
Cadangan lain
Seorang sahabat Facebook saya pernah kongsikan dia lakukan begini untuk anak-anaknya. Beliau kosongkan stor dan dia dan suaminya tidur di stor dan anaknya di bilik satu lagi. Terpulang, boleh juga digunakan pendekatan beliau ini . a) Disarankan paling kurang, setiap rumah ada 3 bilik. Satu bilik ibu bapa, satu bilik untuk adik beradik lelaki, satu bilik untuk adik beradik perempuan. b) Andai ada 2 bilik, satu bilik untuk ibu ayah dan satu bilik lagi untuk adik beradik perempuan. Adik beradik lelaki mungkin tidur di ruang lain, ruang tamu sebagai contoh. Rujukan : https://muftiwp.gov.my/…/4028-al-kafi-1545-hukum-anak… Saya titipkan doa agar diberikan ibu tadi rezeki untuk hidup berbahagia dan lebih terjaga di rumah sendiri. Minta doakan puan ini juga ya. Rasa tersentak dan terpempan saya bila Allah datangkan peringatan untuk bersyukur rumah saya ada lebih dari satu bilik. Saya pun dalam proses latihan asingkan tempat tidur untuk anak sulung. Memang bukan mudah proses ini, tetapi sesukar-sukar saya , anak saya punya bilik sendiri. Tidak seperti mereka. Moga Allah limpah rezeki pada mereka. Amin ya Rab.
Siapa yang tak mahu anak bijak serba serbi? Satu kebanggaan pastinya bila anak mempamerkan keputusan yang cukup cemerlang dan akademik juga kurikulum di sekolah.
Selain usaha dan tidak putus asa, kejayaan anak perlu diiringi dengan doa dari ibu dan ayah.
Ini yang dikongsikan oleh penceramah bebas, Syeikh Muhd Zainul Asri Mohd Romli ketika mendoakan anak kita setiap hari.
“Sembahyang hajat dua rakaat mintalah pada Allah.
“Ya Allah tolong jadikan anak aku ini anak yang soleh/solehah, ulama lagi cerdik.
“Minta tiga ni sahaja. Dapat tiga ni bermaksud dapat semua sekali. Sebab yang kita kena minta tiga sahaja.
“Yang pertama minta agama. Doakan anak kita menjadi anak yang soleh dan solehah. Doakan anak dalam kandungan kita ini anak yang agamanya kuat.
Yang kedua minta ilmu. Mintalah anak kita jadi ulama. Kalau nak jadi ulama, doranglah dia mengaji ilmu agama, masuk sekolah agama, sekolah pondok, masuk sistem aliran pendidikan Islam, barulah boleh jadi ulama.
Yang ketika pula minta akal. Minta anak kita jadi cerdik dan pandai. Kalau anak kita tak ada kecerdikan, tak boleh dapat ilmu,” kongsinya.
Doakan anak kita agar menjadi insan yang dapat berjasa kepada agama dan bangsanya. Doakan selalu tanpa henti.
Untuk pasangan yang sedang ikhtiar hamil, jom sertai grup komuniti ‘Pejuang Garis 2 Pa&Ma’ untuk mengikuti pelbagai aktiviti yang dianjurkan serta peluang untuk memenangi pelbagai hadiah best.
Gelagat anak-anak yang sedang membesar sememangnya cukup menghiburkan dalam apa jua perkara. Malah ketika di dalam solat pun, gelagat anak-anak memang menghiburkan.