Dalam usaha memupuk masyarakat khusus generasi muda mengimarahkan masjid, pihak Masjid Saidina Umar Al-Khattab Bukit Damansara mencipta kelainan apabila memberi wang saku kepada pelajar yang menunaikan solat Subuh di masjid itu.

Menurut Ketua pentadbir atau naqib masjid, Mohammad Akmal Abdul Aziz, program tersebut bermula sejak 7 Oktober lalu. Idea tercetus ketika mengadakan mesyuarat Ahli Jawatankuasa (AJK) masjid.

“Pupuk Solat Berjemaah & Imarahkan Masjid.”  Cipta Kelainan Beri Wang Saku Kepada Pelajar Solat Subuh Di Masjid

“Amaun yang diberikan RM3 untuk murid sekolah rendah manakala RM5 untuk pelajar sekolah menengah.

“Inisiatif selama seminggu sedikit sebanyak membuahkan hasil apabila seramai tujuh hingga 11 remaja solat Subuh bersama ahli keluarganya di masjid,” katanya kepada Sinar Harian.

Menurutnya, pemberian wang saku itu hanya diberikan pada Isnin hingga Jumaat kecuali cuti umum.

IKLAN

“Selain mengimarahkan masjid, AJK mahu menarik anak muda untuk hadir solat Subuh berjemaah di masjid.

“Secara tidak langsung, ia mengajak ibu bapa untuk turut serta bersama mereka. Ia satu pendekatan terbaik untuk kariah di sini,” katanya.

“Pupuk Solat Berjemaah & Imarahkan Masjid.”  Cipta Kelainan Beri Wang Saku Kepada Pelajar Solat Subuh Di Masjid

Mohammad Akmal berkata, sumber kewangan adalah hasil sumbangan ahli kariah dan korporat.

IKLAN

“Sememangnya kami mengalu-alukan sumbangan daripada masyarakat dan badan bukan berkanun untuk terus menyuburkan program-program bermanfaat seperti ini.

“Sumbangan ini boleh melalui Bank Islam Malaysia Berhad, 14229010005272,” katanya.

Beliau berkata, matlamat utama bukan semata-mata pemberian wang saku itu sebaliknya memurnikan budaya orang ramai berkunjung ke masjid untuk bersolat dan melaksanakan pelbagai aktiviti berfaedah.

“Pupuk Solat Berjemaah & Imarahkan Masjid.”  Cipta Kelainan Beri Wang Saku Kepada Pelajar Solat Subuh Di Masjid

IKLAN

Mohammad Akmal berkata, pengisian program terutama kepada golongan muda juga membantu mereka untuk menghabiskan masa dengan aktiviti bermanfaat pada musim cuti sekolah selain membantu mencungkil bakat baharu dalam bidang agama.

“Antara aktiviti yang diadakan seperti program Movie Night (kisah Rasul) dan pertandingn beyblade dan hafazan,” katanya.

Rata-rata netizen memuji usaha pengurusan Masjid Bukit Damansara dalam menarik minat golongan muda untuk berkunjung ke masjid. Dalam masa yang sama, turut berharap masjid di kawasan lain boleh menjadikan program ini sebagai contoh dalam usaha mengimarahkan masjid.

Sumber: Sinar Harian

Foto: Masjid Saidina Umar Al-Khattab Bukit Damansara

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI