Menyediakan minuman detox ini nyata bukanlah susah. Pun begitu tidak semua antara kita ini rajin untuk mengamalkannya. Namun alangkah ruginya kerana khasiat mengamalkan minuman detox ini cukup luar biasa.
Umpamanya jika mencampurkan 4 jenis buah-buahan ini sebagai minuman detox, tubuh badan akan terasa segar dan paling istimewa berat bdan juga boleh turun. Jadi secara tidak langsung dengan minun sahaja boleh jadi slim!
Resipi penyediaan air detox ini telah dikongsi oleh Aniey Juhaini dan semoga memberi manfaat untuk semua.
RESEPI AIR DETOX untuk Buang Toksin & paling best boleh kurangkan Berat Badan
Lemon + Orange + Apple Hijau & Merah
Cara Penyediaan:
1. Hiris semua buah-buahan.
Ads
2. Campurkan sekali dan masukkan ke dalam botol & juga air.
3. Kemudian, simpan di dalam peti sejuk 1-2jam sebelum diminum.
Air detox ini dapat membantu mengurangkan lemak dan meningkatkan kadar metabolisme.
Ads
Posted by Aniey Juhaini on Monday, December 18, 2017
Manfaat;
Lemon dapat membantu merawat segala kesakitan tubuh badan dan dalam masa yg sama boleh mengeluarkan toksin yang terkumpul.
Ads
Oren membantu meningkatkan sistem Imun tubuh badan dan membantu penghasilan kolegen sebagai stuktur penting untuk kulit, tulang dan sendi.
Epal Merah boleh mengurangkan risiko diabetis, memberi kesihatan jantung yang baik, meningkatkan fungsi Otak serta kekebalan tubuh.
Epal hijau boleh membantu menurunkan berat badan, menurunkan paras kolestrol dalam badan dan dapat mengatasi masalah sembelit.
Sumber : Aniey Juhaini
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Kedatangan haid bagi wanita yang normal bukan saja dimulai dengan pendarahan haid, tetapi ia boleh menyebabkan sakit dan rasa tidak selesa di bahagian abdomen, rasa kembung perut dan sakit kepala bagi kebanyakan wanita. Selain berasa sakit di bahagian bawah perut (suprapubic), ramai wanita yang mengadu mengalami lenguh dan kesakitan pada bahagian tengah pinggang, yang disebut lower back pain.
.
Ia bermula beberapa hari sebelum atau selepas kedatangan darah haid dan akan hilang selepas beberapa hari. Ia tidak mendatangkan bahaya dan bukan tanda-tanda sebarang masalah besar. Rasa tidak selesa sebegini selalunya berlaku pada peringkat sederhana, di mana seorang wanita boleh mengabaikannya, tetapi ada wanita yang mengalami kesakitan yang terlalu kuat sehingga mengganggu aktiviti seharian.
Jadi apakah punca sakit belakang pinggang ketika haid?
.
Sakit di bahagian bawah abdomen dan sakit di bahagian belakang selalunya dianggap normal akibat pengeluaran hormon Prostaglandin yang menggalakkan pengecutan rahim untuk mengeluarkan darah haid dalam rahim. Pengeluaran hormon Prostaglandin yang banyak akan menyebabkan pengecutan rahim secara berlebihan dan ini menyebabkan sakit, bukan saja pada bahagian bawah perut yang kuat,tetapi juga pada bahagian belakang pinggang.
.
Dalam kebanyakan kes, sakit yang terlalu kuat boleh jadi disebabkan oleh masalah-masalah penyakit lain yang lebih serius seperti jangkitan kuman (Pelvic Inflammatory Disease), endometriosis dan fibroid. Tanda-tanda seseorang wanita itu mengalami masalah yang lebih serius adalah apabila seseorang wanita itu mengalami senggugut yang melampau pada setiap bulan, sehingga terpaksa mengambil beberapa hari cuti kerana tidak mampu melakukan kerja.
Saya menasihatkan wanita-wanita seperti ini agar menjalani pemeriksaan doktor bagi mengesan masalah yang lebih serius. Doktor akan melakukan pemeriksaan fizikal terutama pada bahagian kemaluan untuk memeriksa rahim. Ini termasuk pemeriksaan ultrasound, bagi mendapat gambaran imej struktur rahim di dalam abdomen. Oleh itu, saya mencadangkan agar mencari doktor wanita Muslim agar pemeriksaan dapat dialkukan dengan baik dan aurat dapat dijaga.
Ada beberapa cara yang boleh diamalkan untuk mengelakkan rasa senggugut yang teruk. Antaranya :
1. Melakukan senaman ringan. Ada beberapa kajian menunjukkan wanita yang melakukan senaman ringan mendapat manfaat kelegaan bagi sakit senggugut yag kuat.
2. Mengekalkan pemakanan yang seimbang dan sihat, dan mengambil suplemen yang mempunyai nutrisi vitamin B dan magnesium.
3. Minum air secukupnya, sekurang-kurangnya 1.5-2 liter dalam sehari.
4. Boleh tuam menggunakan beg plastik atau beg kulit yang berisi air suam pada bahagian bawah perut bagi mendapatkan kelegaan.
6. Akhir sekali, boleh mengambil ubat penahan sakit yang ringan seperti acetaminophen dan paracetamol. Jika tidak berkesan, boleh gunakan penahan sakit yang lebih baik seperti ibuprofen atau naproxen, beberapa hari sebelum kedatangan haid.
Sumber: Dr Zubaidi Hj Ahmad
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Wanita bila bercakap tentang penjagaan dan tip kecantikan tentu menjadi antara topik menarik untuk dibualkan di hari raya ini.
Terlalu banyak tip dan petua ingin dikorek dan dikongsi bersama agar boleh dimanfaatkan.
Salah satunya adalah seperti perkongsian Suttarat Wan Hanifah (Kak Ifah) tentang resepi minuman homemade yang diberikan oleh tukang urut yang kerap ditemuinya di salah sebuah resort di Satun, Thailand.
Semoga memberi manfaat apabila diamalkan. Selamat mencuba!
“Patutlah Kak Ifah perasan Kak Joh ini nampak bertenaga, tubuh pun nampak kemas tak gemuk nyakit walaupun dah berumur akhir 50-an.”
Bahan-bahan
5 batang serai diketuk
3 biji buah epal hijau dan dibelah dua
Satu periuk air anggaran dalam 1-1.5liter air
Cara-Caranya
Masukkan semua bahan. Rebus sehingga epal menjadi lembut.
Ini Cara Langsing Kak Ifah
1. Minum air rebusan ini sama ada ketika suam atau suhu bilik. Boleh gantikan air rebusan ini sebagai air minuman/air putih
Kak Ifah habiskan air ini dalam sehari. Tak cukup buat lagi.
2. Belajarlah catu makanan. Banyakkan protein dan sayur-sayuran.
3. Makanan paling akhir di makan pada sebelah petang. Bila dah maghrib bolehlah nak buat amalan-amalan sambil tunggu Isyak.Selepas Isyak tidurkan anak, bolehlah kita rehat dan tidur awal.
4. Sesekali buat senaman. Dengan umur dan tahap kemalasan Kak Ifah, kak Ifa buat yoga atas katil. Sebab tak penat sangat tapi result alhamdulillah ok.
Sumber: Suttarat Wan Hanifah via Mingguan Wanita
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Susu badam mungkin sudah biasa bagi kita. Namun menggabungkan susu badam dengan campuran sedikit kunyit rupanya banyak kelebihannya pada tubuh terutama bagi wanita.
Susu kunyit badam ini sebenarnya baik untuk kecantikan kulit disamping mengatasi masalah lenguh-lenguh badan. Malah sesetengah kes juga mampu meredakan masalah senggugut yang berlaku kepada wanita. Tapi kenalah amalkan selalu.
Petua yang dikongsikan oleh Noor Shamera di facebooknya ini boleh kita cuba.
Banyak kebaikan susu kunyit badam ni. Elok diminum sebelum tidur. Antara kebaikan susu kunyit badam ni ialah baik untuk kulit, anti radang, sakit-sakit badan dan banyak lagi.
Bahan-bahan:
Susu segar
Serbuk kunyit
Badam
Gula perang
Madu
Serbuk lada hitam
Caranya:
1. Boleh gunakan susu segar atau susu rendah lemak. Saya gunakan susu tepung omega, masukkan susu tepung dua sudu makan, gula perang dan madu
2. Tuangkan air panas, kacau dan masukkan serbuk kunyit 1/2 sudu kecil.
3. Masukkan serbuk lada hitam secubit. Elok simpan lada hitam yang dikisar sendiri ye.
4. Kemudian masukkan serbuk badam 1 sudu kecil. Kisar badam dan simpan dalam bekas).
5. Taraaa. Kacau dan nikmati susu anda.
Khasiat Susu Kunyit
– Kulit cantik
– Penyakit Pernafasan
– Anti-radang
– Atasi batuk
– Sakit-sakit badan
– Senggugut
Gelagat anak-anak yang sedang membesar sememangnya cukup menghiburkan dalam apa jua perkara. Malah ketika di dalam solat pun, gelagat anak-anak memang menghiburkan.