Punyalah Sedap Bila Masak Sendiri Paprik Ayam Ni, Mungkin Lepas Ni Tak Akan Order Dah!
Selalunya kalau makan di restoran Thai bersama keluarga, antara menu yang kerap dipesan adalah menu paprik ayam. Mungkin kerana rasanya sedikit pedas, lemak manis serta beraroma menjadikan kita seisi keluarga makan berselera.
Jadi bila semua suka sangat makan paprik ayam, apa kata kita buat sendiri. Lagi puas hati dan bolehlah cuba dua resipi ini yang dikatakan sangat sedap. Confirm lepas buat sendiri, tak akan order menu ini bila makan di luar. Sedap sangat!
Paprik Ayam by Norashikin Ismail
Bahan-bahan:
-ayam atau seefood
Bahan Tumis
1 biji bawang holland-dimayang
3 ulas bawang putih-diketuk
1 batang serai sebatang-diketuk
8 biji cili padi-diketuk
Sudu besar cili kering
5 helai daun limau purut
Pelengkap rasa
2 sb sos cili
1sb sos tomato
2 sb sos tiram
1 sb kicap
Sayuran
-bunga kobis
-carrot
-kacang panjang
-cendawan
-tomato
Cara-cara:
1.Panaskan minyak, tumis bahan tumisan hingga naik bau dan cili masak. Masukkan ayam yang siap dipotong
Paprik Ayam Menu Simple By Mazliza Ahmad
Bahan:
5 ketul dada ayam(bersihkan dan potong)
*10 tangkai cili kering- potong dan rendam air panas
*1 biji bawang besar
*3 ulas bawang putih
*1 inci halia
2 sudu makan sos tiram
2 sudu makan cili sos
Sedikit kicap(untuk cantikkan warnanya)
4@5 helai daun limau purut
7-8 biji cili padi-ketuk
1 biji bawang besar-hiris
1 sudu makan perahan limau nipis
Garam dan perasa
Sedikit gula
Sayur untuk dipotong:
Karot/kacang panjang/bunga kubis/putik jagung/tomato
Cara:
1.Mesin bahan bertanda *. Tumis bahan mesin hingga agak garing
2.Masukkan daun limau purut dan ayam
3.Masukkan 1 cawan air
4.Masukkan sos tiram dan cili sos
5.Masukkan garam,perasa dan gula
6.Renjiskan sedikit kicap
7.Masukkan semua sayur yang siap dipotong.
8.Masukkan air perahan limau nipis.
9.Akhir sekali masukkan cili padi dan bawang hiris.
BACA ARTIKEL MENARIK INI JUGA
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club