Kini rakyat Malaysia dilanda demam bola sepak. Semua memberikan sokongan sepenuh jiwa apabila pasukan kebangsaan mara berjuang untuk membawa pulang piala keramat AFF Suzuki Cup 2018 termasuk keluarga Che Ta!
Turut mendapat perhatian adalah pelakon Rozita Che Wan atau mesra disapa Che Ta yang telah hadir ke stadium bersama keluargnya turut memberi sokongan kepada adik iparnya yang merupakan pemain bola sepak negara, Zaquan Adha. Lebih manis adik ipar ini antara yang paling menyinar apabila menumbang satu gol ketika menewaskan Laos pada Isnin.
Zaquan Adha adalah suami kepada pelakon Ayu Raudhah yang juga merupakan adik kepada Che Ta. Turut datang memberi sokongan adalah suaminya, Zain Saidin dan Lan Pet Pet yang merupakan suami kepada adik Che Ta, Ruby Che Wan.
Masing-masing memberikan sokongan padu untuk memberikan aura semangat kepada pemain negara. Kelihatan juga Ayu Raudhah memberi anak-anaknya melihat secara dekat pertandingan ini yang menjadi perhatian seluruh negara kini.
Lebih menarik, mereka satu famili memakai baju jersi warna kuning. Sporting sungguh! Apa yang jelas, ini adalah salah satu cara bonding time buat Che Ta dan keluarga.
Che Ta juga melahirkan perasaan gembira apabila sukan sebegini memberi impak kegembiraan secara tersirat kepada keluarga dan peminat bola sepak.
Katanya, “Terhappy pulak kita dapat tengok bola ni, ok go Malaysia..”
Moga Malaysia mendapat kemenangan!
Sumber: Instagram rozitachewan1