“Puncanya Makan Durian Kunyit Ketika Perutnya Kosong…”Penyakit Lama Ezad Lazim Datang Balik & Terpaksa Dibedah!

Share

Hidup ini penuh dengan pelbagai ujian. Ada kalanya  diuji dengan masalah kesempitan kewangan, tekanan hidup, diuji dengan kesukaran mendapatkan zuriat dan ada juga diuji dengan masalah kesihatan dan pelbagai jenis ujian hidup.

Bagi penyanyi Ezad Lazim, selepas berdepan dengan masalah sinus hujung Jun lalu kini  sekali lagi diuji apabila penyakit GERD yang dihidapi tujuh tahun lalu kembali menyerang. Susulan itu, penyanyi kesayangan ramai ini terpaksa menjalani pembedahan di sebuah pusat perubatan di Shah Alam pada pagi Khamis (22/7)

Memetik berita di Harian Metro, Isterinya, Zeana Ramli ketika dihubungi berkata, Ezad dimasukkan ke hospital itu selepas mengalami kesakitan berterusan.

Foto: myMetro

“Dia terlebih dulu dimasukkan ke bilik pembedahan untuk proses scope dan doktor mendapati banyak asid di bahagian lidah.

Durian Jadi Punca

“Ezad mengalami muntah tanpa henti seperti yang berlaku pada 2016 dan 2017 serta kali terakhir pada Disember 2018. Puncanya kali ini dia makan durian kunyit dalam keadaan perutnya kosong,” katanya. Menurutnya, menerusi pembedahan itu doktor membuang sebiji batu hempedu, hempedu dan mengecilkan saluran pemakanan menerusi cara jahitan.

“Bacaan diabetisnya 12 berbanding ketika dimasukkan ke Hospital Putrajaya, Ahad lalu iaitu 20. Namun keesokannya turun kepada 6.5.

Perlu Berpantang 

“Ezad tak mahu ditahan di wad dan dibawa pulang ke rumah Selasa lalu. Semalam, saya bawa dia ke sini kerana ada kenalan doktor pakar GERD.

“Selepas pembedahan suara Ezad akan serak dan dia hanya boleh makan makanan seperti diberikan kepada bayi. Doktor juga minta dia kawal bacaan diabetis,” katanya.

Menurutnya, suaminya kini berehat dan kemungkinan esok dibenarkan pulang ke rumah.

Terdahulu penyanyi lagu Demi Cinta ini ke Gua Musang, Kelantan untuk kerja-kerja pertanian. Dia mencari benih untuk beberapa tanaman kerana merancang untuk mengerjakan dusun.

Difahamkan Ezad juga makan durian dan juga membawa balik buah durian dari sana.

Dia seterusnya mengalami muntah-muntah dan tidak lama kemudian, diserang panik. Ini memaksa Zeana membawanya ke Hospital Putrajaya untuk rawatan.

Sumber : myMetro & Ig @ezadlazim

Nak tahu, KELUARGA ada hadiah wang tunai RM500

nak beri kepada anak-anak anda! Caranya mudah sahaja, anda perlu kongsikan perasaan rasa bangga menjadi anak Malaysia.

Untuk maklumat lanjut layari je laman web https://toko.ideaktiv.com/product/virtual-himpunan-saya-anak-malaysia/ , baca syarat kelayakan dan jangan lupa untuk berdaftar di sana ya!

Sebarang soalan boleh di http://www.wasap.my/60169647520

Jom sertai E-Keluargagader BELAJAR ONLINE BERKEBUN CILI DI HALAMAN RUMAH dengan daftar segera di https://toko.ideaktiv.com/product/berkebun-cili-di-laman-rumah/  atau whatsapp di http://www.wasap.my/60169647520

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club