Menyediakan adunan untuk membuat roti, apam, donut dan beberapa memu lain, semestinya memerlukan yis untuk menjadikan adunan kembang dengan sempurna.
Namun sering juga ada yang ‘terkena’, adunan yang dibancuh tidak berganda saiznya sedangkan 1 peket yis telah digunakan.
Tentu pelik juga rasanya dan tertanya-tanya di mana silapnya?
Perkongsian daripada Nurul Zainal ini boleh dijadikan info. Siapa sangka rupanya ada perbezaan dua jenis yis daripada jenama yang sama ini. Sekali pandang memang ‘sebijik’.
Jadi jom kita sama-sama belek yis jenis mana yang kita beli sebelum ini.
Brand Yang Sama, Packaging Yang Berbeza..
Perhatikan Yg Dlm Petak Merah Tu.. Yg Tu Sy Beli 2 Paket & Dua² Tu Bila Campur Air Suam Dia Jadi Mcm Yis Mati.. Tarikh Expired Pun Tak Ada..
Yg Satu Lagi Tu Dlm Petak Biru, Nmpk Packing Lebih Kemas & Ada Expired Date.. Bila Campur Dgn Air Suam, Elok Kejadian.. Naik Berbuih Mcm Biasa..
Mungkin Ni Slh Satu Punca Yis Slalu Tak Naik Elok Yg Kita Tak Perasan.. Share Dari Pengalaman Sy Sendiri..
Maaf Kalau Sy Silap 🙏 Mana Tahu Ada Yg Lebih Arif, Boleh Bg Pencerahan Apa Perbezaan Antara Mauripan Ni..
sumber : Nurul Zainal
Kenyang Walau Tak Makan Malam, Cuba Jus Ini. Gerenti Ibu-Ibu Tak Lapar Lagi!
Bagi yang tengah berdiet, makan malam adalah waktu yang cukup mencabar terutama bagi ibu-ibu yang terpaksa masak untuk suami dan anak-anak. Melihat menu yang menyelerakan, membuatkan nafsu makan tidak mampu dibendung.
Usah bimbang, apa kata cuba praktikkan kaedah yang dilakukan oleh Nurul Moleek Cereprove dalam mengawal nafsu makan. Minuman campuran epal hijau, serbuk kayu manis, kurma dan susu ini dikongsikan oleh Nurul dalam laman facebooknya.
Selain membantu membuatkan perut kenyang, minuman ini juga sesuai buat mereka yang menghadapi masalah sembelit serta boleh mengurangkan berat badan. Ibu yang dalam berpantang juga boleh cuba minuman ini. Caranya mudah sahaja. Jom semak sama-sama.
Bahan-bahan yang diperlukan:
-1 biji epal hijau
-2 biji kurma
-1 sudu teh serbuk Kulit Kayu Manis Ceylon
-1 gelas susu
Cara menyediakan:
– Potong buah kurma dan epal dalam bentuk kepingan kecil dan pastikan kulit epal tidak dibuang kerana kandungan Flavonoid yang ada pada kulit bagus untuk pelihara jantung dan elakkan strok.
– Masukkan susu dan potongan buah tadi. Jika mahu lagi sedap boleh masukkan ais. Cuma dalam ini saya tidak masukkan ais. Kemudian, masukkan Kayu Manis Ceylon tadi.
– Kisar hingga halus semua bahan tu. JANGAN TAPIS . Minum semua sekali.
– Apabila siap dikisar, masukkan dalam gelas dan minum.
Sumber Nurul Moleek Cereprove
Teringin Makan Ikan Bakar Ni Resipi Boleh Cuba. Memang Terasa Ramuannya!
Makan ikan bakar dan dapat pula digandingkan dengan air cicah air asam, memang cukup puas hati dirasakan. Apatah lagi jika menu tersebut daripada air tangan sendiri. Pasti suami dan anak-anak berselera menikmatinya.
Ini sebagaimana perkongsian Umira Nor Azazudin yang berkesempatan menyediakan menu ikan bakar apabila balik dikampungnya. Ternyata, menu yang dikongsikan ini nampak begitu menyelerakan dan ikan bakar tersebut mewah dengan bahan perapan yang pastinya menjanjikan rasa yang enak.
Jadi untuk yang teringin menyediakan sendiri menu ini, jom ketahui apakah ramuan yang digunakan olehnya. Jom semak.
Throwback masak masa balik kampung haritu. Kat kampung je ada chance nak main bakar-bakar. Kat umah tak boleh, kejap lagi jiran marah baju bau asap. Sis duduk rumah kuarters bertingkat je.
Ikan keli bakar cicah air asam power.
Nah sis edit letak resipi. Nak pakai ikan lain pon boleh. Ikut selera korang la. Nanti free-free korang try la.
Resepi ikan bakar
Blend or tumbuk semua bahan ni
Cili boh
Bawang merah
Bawang putih
Kunyit
Halia
Serai
Garam
Gula
Asam jawa
Minyak masak
Dah siap blend boleh campurkan dengan daun kunyit yang dihiris. Serius bau dia menyengat masa bakar ikan ni
Perap ikan minimum 30 minit. Bakar pakai sepit ikan. Kalau takde, boleh bakar atas jaring. Alaskan dengan daun pisang. Oh ye. Bakar tu jangan guna api, Kang rentung pulak ikan tu. Bakar pakai bara tau.
Air asam power
Blend or tumbuk bahan ni.
Cili api
Bawang merah
Bawang putih
Air asam
Garam
Gula
Hiris bahan ni
Cili api
Bawang merah
Limau kasturi
Dah siap blend. Campurkan dengan bahan hiris
sumber : Umira Nor Azazudin via MAHN
Bila Kenal ‘Mood’ Ketuhar, Barulah Dapat Hasilkan Kek Yang Lebih Elok!
“Pelik betullah, setiap kali masak kek mesti tak menjadi. Kadang-kadang tak berapa masaklah, kek tak mahu naiklah dan lebih teruk pernah juga hangit. Walhal, ikut resipi bulat-bulat, tetapi tetap juga tidak menjadi. Kenapa ye, apa sebenar masalahnya ni?”
Rungutan sebegini memang biasa didengar terutama buat kita yang kurang pakar dalam memasak kek. Hinggakan ada yang mengatakan menyediakan hidangan kek atau pastri ini sangat leceh dan tidak semua boleh menyediakannya. Skil memasaknya tidak sama dan perlu dipelajari.
Untuk itu, Shahidan Shuib yang berpengalaman memasak kek telah kongsikan beberapa tip. Semoga ia bermanfaat dan sedikit sebanyak menjadikan kita lebih berilmu dalam penyediaan hidangan pastri ini. Jom cuba!
- Beli penanda suhu termometer (klip)
Walaupun setiap ketuhar/oven kita telah disertakan dengan alat penunjuk suhu ketuhar di luarnya, sebenarnya kita tidak boleh percayakan sangat penunjuk aras ketuhar tersebut. Mungkin, kita sudah membetulkan suhu kepada 170 darjah Celsius tetapi dalam ketuhar tersebut belum lagi sampai kepada 170 darjah tersebut. Atau, yang lebih teruk suhu di dalam sebenarnya melebihi 180 darjah Celsius, terlebih panas.
Oleh itu, letakkan penanda suhu di dalam dan pastikan berada di tengah-tengah. Cara ini mungkin menyelamatkan kek dan pastri anda daripada menjadi terlalu kering ( satu atau dua darjah Celsius memang mempengaruhi tekstur kek sama ada terlebih garing atau kurang masak (underdone).
- Kenali ‘hotspots’ oven
Apakah itu? Tempat atau lokasi dalam oven yang mempunyai kepanasan yang tidak setara. Untuk menguji di manakah hotspots dalam ketuhar kita, kita uji dengan membakar roti kita. Susunkan kepingan roti. Dalam suhu kepanasan 180 – 190 darjah Celsius, bakar roti kita sekitar 7 minit. Atau, lihat dengan kerap kegaringannya.
Kemudian keluarkan dan lihat kepingan roti yang mana satukah yang terlebih hangit, garing dan yang mana menerima haba yang sekata?
Saya buatkan ujian ini pada oven ‘built in’ saya, bahagian hadapan sebelah kiri nampaknya menerima kepanasan yang lebih daripada tempat lain. Jadi, akan datang saya akan pastikan adunan kek saya diletakkan lebih jauh ke belakang sedikit. Cara ini membantu saya untuk meletakkan loyang kek besar atau kecil berdasarkan pengetahuan saya yang tahu ‘hotspot’ dalam oven saya.
Ekstra tip lagi tentang ketuhar
- Sentiasa panaskan oven sebelum membakar kek dan pastri. Ini adalah peraturan paling asas. Jika kita siapkan adunan kek kemudian baharu masukkan ke dalam oven kemudian baru mahu panaskan oven, ini akan menyebabkan tekstur luar lebih keras dan dalamnya mungkin kurang masak.
- Sentiasa letakkan kek betul – betul di tengah rak dalam ketuhar. Kepanasan suhu lebih setara dan seimbang.
- Sentiasa menggunakan api atas dan bawah, kecuali jika resipi meminta hanya menggunakan api atas sahaja, atau api bawah sahaja. Contoh, ada beberapa resipi cheesecake yang meminta menggunakan api bawah sahaja untuk mengelakkan permukaan kek merekah. Mengapa menggunakan api dan atas bersekali? Supaya kepanasannya seimbang.
- Loyang hitam lebih panas berbanding loyang yang berwarna cerah. Ingat itu. Penyerapan haba lebih pantas. Jadi, mahu buat biskut/cookies selalu gunakan talam/tray hitam atau perak? Ingat tentang ini.
- Bawah 160 darjah ia menunjukkan suhu yang kurang panas. Sesuai untuk bakar kek yang memerlukan suhu rendah seperti kek keju, atau kek yang tekniknya ‘slow baking’. Selalunya, resipi kek kebanyakannya dibakar menggunakan suhu 170 darjah Celsius ke atas sehingga 180 darjah selsius. 200 darjah ke atas selalunya digunakan untuk membakar muffin atau kek chiffon. Suhu ini amat panas.
kredit gambar dan sumber : Shahidan Shuib