Seorang murid Tahun 3 didakwa dipukul oleh ibu tirinya gara-gara tidak memahami pembelajaran yang diajar sebelum dia bertindak mengadu kepada gurunya.
Memetik laporan Harian Metro, pada Isnin lalu kanak-kanak perempuan tersebut mengadu tentang keadaan dirinya yang sedang menanggung sakit kepada seorang guru wanita semasa sesi perhimpunan sekolah.
Menurut Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Baharudin Abdullah berkata guru berkenaan terkejut sebaik sahaja melihat bahagian belakang muridnya itu cedera dan terdapat kesan lebam. Kanak-kanak tersebut dipercayai telah dipukul menggunakan objek keras.
Polis yang menerima laporan kemudiannya membawa mangsa ke Hospital Dungun untuk rawatan lanjut.
Siasatan mendapati berlaku 11 kesan pukulan di bahagian belakang mangsa serta kesan lebam dan cedera di bahagian tangan kanan serta di bahagian kedua-dua belah peha.
Ads
Beliau menjelaskan bahawa suspek didakwa bertindak sedemikian kerana mangsa gagal memahami latihan yang diajar oleh suspek.
Ads
Kejadian itu disaksikan oleh kakak mangsa berusia 15 tahun yang juga merupakan orang kurang upaya (OKU) lembam.
Mangsa adalah anak bongsu daripada dua beradik hasil perkahwinan bapanya dengan arwah ibu mereka.
Mangsa juga mendakwa sebelum itu pernah dipukul dengan rotan tetapi tidak seteruk pada hari kejadian.
Ads
Susulan itu, polis telah menahan suspek berusia 30 tahun di kediamannya kira-kira jam 3.30 petang pada hari yang sama.
Siasatan mendapati suspek tidak mempunyai rekod jenayah lampau dan kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 31(1) (a) Akta Kanak – Kanak 2001.
14 Tahun Genap Kehilangan Adik Sharlinie, Undang Sebak Netizen
Hati ibu ayah mana yang tidak sebak apabila anak tersayang hilang tanpa khabar berita. Kisah adik Sharlinie yang pernah menjadi tumpuan negara suatu ketika dulu membuatkan ramai yang sebak.
Menerusi perkongsian saudara Syahril A. Kadir meruntun jiwa apabila tanpa sedar masa sudah berlalu tentang kisag adik ini. Menerusi perkongsian beliau, kehilangan adik sharlinie hari ini genap 14 tahun.
Dapatkan My Qalam Elite Digital Perjuzuk Set dengan diskaun RM5 apabila anda menggunakan kod KELGST5 di sini
Kini genap 14 tahun Sharlinie terus hilang tanpa khabar berita.
Sejak kebelakangan ini macam-macam dengar kes budak kena culik, nasib baik setelah disiasat, ternyata ia adalah palsu, Alhamdulillah.
Namun adakah korang masih ingat adik Sharlinie Mohd. Nashar, yang dilaporkan diculik ketika sedang bermain bersama kakaknya di padang permainan yang terletak kira-kira 200 meter dari rumahnya di Petaling Jaya pada 9 Januari 2008?
Dalam perkiraan, kalau dia masih ada, Sharlinie sekarang dah pun berusia 19 tahun, muda remaja sudah. Ini kerana sewaktu kejadian dia baru berusia lima tahun.
Untuk rekod, mangsa diculik kira-kira pukul 11.30 pagi. Ketika itu mangsa sedang leka bermain bersama kakaknya, Sharliena yang berusia lapan tahun.
Ketika hilang, mangsa yang mempunyai tiga adik-beradik memakai baju-T dan skirt berwarna biru muda serta selipar warna merah jambu.
Ingat lagi sewaktu kejadian saya mengetuai Meja Jenayah dan Laporan Khas di Sinar Harian.
Hampir setiap hari, pelbagai agensi media berusaha keras bersama-sama pasukan polis dan orang ramai untuk melaporkan perkembangan tersebut yang telah menggemparkan negara ketika itu.
Di mana saja ada operasi pencarian, anak buah saya termasuk dengan saya-saya sekali akan turun padang. Operasi pencarian mangsa dibuat sampai ke peringkat dari rumah ke rumah, kawasan pembinaan dan apa saja lokasi yang difikirkan mampu menemukan adik Sharlinie.
Yang paling kesian keluarganya. Dahlah kehilangan anak tersayang, ramai pulak yang ambil kesempatan kononnya mampu mendapatkan Sharlinie (dengan meminta sejumlah bayaran), itu belum campur ugutan dan SMS palsu hingga membuatkan mereka trauma yang teramat. Masa tu Whatsapp takde lagi, kalau dah ada, lagi jenuh!
Sudahnya keluarganya nekad berpindah dari Petaling Jaya dan pulang ke kampung mereka di Dungun, Terengganu untuk memulakan hidup baru.
Polis sampai habis ikhtiar ketika itu berusaha mengesan Sharlinie namun gagal hingga ke sudah.
Ingatlah, jangan ambil mudah. Kehilangan Sharlinie, pembunuhan Nurin dan Dirang, semua adalah ‘real’. Di luar sana masih ada manusia bertopengkan haiwan yang mampu berbuat apa saja jikalau kita terlalai.
Mangsa bukan hanya kanak-kanak perempuan, kanak-kanak lelaki juga tidak terkecuali.
Nauzubillah.
Sumber: Syahril A. Kadir
Di Sebalik Populariti Kerjaya Sebagai “Mr. Pilot”.k
Sebut sahaja hendak membeli barang untuk persiapan sekolah, anak-anak pastinya teruja. Apa tidaknya, mereka akan dapat baju, beg dan kelengkapan lain yang serba baharu.
Bagi ibu bapa pula, sebolehnya akan memilih tempat yang menawarkan semua keperluan sekolah di bawah satu bumbung bagi memudahkan anak-anak membuat pilihan dengan selesa dan jimat seperti mana berbelanja di Parkson.
.
Bersempena Kempen Kembali Ke Sekolah bermula 15 November sehingga 1 Januari 2020, Parkson menyediakan pelbagai tawaran eksklusif. Bagi setiap Pembelian Dengan Pembelian (PWP) yang mana bila pelanggan membelanjakan RM50 dan ke atas dalam satu resit dari Promosi Kembali ke Sekolah, layak untuk membeli SATU (1) barang eksklusif dengan harga istimewa. Sementara stok masih ada.
.
Apa yang pasti, selangkah masuk ke sini, anak-anak pasti teruja dan ibu bapa tersenyum bahagia dengan tawaran promosi hebat di sini.
Pelbagai barangan sekolah untuk keperluan anak-anak ada di sini dengan diskaun hebat! Cukup menjimatkan dan berbaloi dengan pelbagai tawaran yang eksklusif.
Bukan itu sahaja, ruang membeli belah di sini juga cukup selesa dan luas. Malah, setiap item barangan yang dijual cukup eksklusif dan rekaanya sentiasa up to date mengikuti variasi dan kategori. Malah, bagi barangan yang terpilih bakal mendapat diskaun sehingga 50%.
.
Memandangkan sekarang musim Frozen belum tamat, anak-anak boleh dapatkan pelbagai barangan dari beg sekolah, sehinggalah kepada lunch box set. Lebih istimewa lagi, pembelian RM100 ke atas, anda layak menerima hadiah percuma berupa set alat tulis.
.
Bagi pembelian setiap uniform sekolah Parkson pula akan diberikan potongan sehingga 10% untuk Ahli Parkson Kad. Lebih menarik lagi, barangan seperti botol air Disney Frozen, set alat tulis Disney dan banyak lagi barangan lain yang boleh didapati dengan harga serendah RM10! Wow, terlajak istimewa ni!
Apa yang penting, semua ini boleh dijadikan pilihan idea hebat untuk menyempurnakan koleksi perkakasan sekolah anak-anak.
.
Begitu juga dengan adanya barangan koleksi kartun animasi seperti Spiderman, Boboi Galaxy, Omar dan Hana, Barbie, Hello Kitty dan banyak lagi yang didatangkan dengan beg belakang, set alat tulis, botol air, bekas pensel dengan harga yang cukup berpatutan. Semua tersedia untuk dimiliki.
.
Tunggu apa lagi, jom kita ke Parkson sekarang. Jangan lepaskan peluang terhebat ini. Ibu bapa bijak membeli, anak menang memakai!
Untuk maklumat lanjut bolehlah layari laman facebook di https://www.facebook.com/parkson/ atau laman website https://bit.ly/2XhdRFA
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Seribu satu kisah dikongsikan sejak negara dilanda Wabak Covid-19. Kebanyakannya di hospital yang membabitkan petugas barisan hadapan yang cukup menyentuh hati.
Dalam satu perkongsian oleh Doktor Redza Zainol bercerita pengalaman menguruskan kes yang membabitkan seorang wanita yang terpaksa berpisah dengan bayi yang baru dilahirkan bagi mengelakkan dijangkiti memandangkan ibunya merupakan PUI (Person Under Investigation) untuk Covid-19.
Sebak, sedih dan simpati. Itu yang boleh diungkapkan namun ia terpaksa dilakukan demi keselamatan kedua-duanya. Semoga ibu dan anak ini akan kembali bersatu segera.
“Anak saya macam mana doktor?”
”Saya nak tengok anak saya,” rayu ibu tu.
Kami tunjukkan bayi tu sekejap sebelum terus dimasukkan dalam inkubator dan ditolak pantas keluar dari bilik pembedahan.
Petang tu saya dihubungi oleh doktor pakar saya.
“Redza, kita ada seorang ibu 29 tahun mengandung bayi 40 minggu.
Pasukan O&G nak caesar petang ni juga sebab ibu ni ialah PUI (Person Under Investigation) untuk Covid-19.
Kes ni kes besar. Saya nak you standby dalam bilik pembedahan.”
Ibu muda ni dah 5 hari demam dan batuk. Jiran sebelah rumah dia pula positif Covid-19.
Jujurnya, saya tak rasa risau. Doktor pakar saya hari tu pun tenang saja.
Pusat saringan Covid-19 dan tempat pembedahan untuk ibu bersalin sengaja diletak jauh dari blok utama hospital. Biar jauh dari orang ramai dan staf kesihatan yang tak berkaitan.
Sambil saya berjalan kaki ke sana, saya ingat semula setiap langkah yang perlu dibuat. Dah berhari-hari kami berlatih untuk terima kes yang serius begini.
Dan sebenarnya, ini kali pertama pasukan doktor O&G akan buat pembedahan pada ibu yang berstatus PUI.
Saya sebagai doktor kanak-kanak pula bersedia untuk sebarang kemungkinan bila bayi tu keluar nanti. Dah rezeki saya.
Di bilik pembedahan, pasukan pakar bedah O&G, pasukan pakar bius dan pasukan pakar kanak-kanak sampai serentak.
Sampaikan ketua jabatan pun sama turun padang.
Saya saksikan sendiri hampir 20 orang staf masuk ke ruang pembedahan. Betapa teraturnya keadaan tu.
Masing-masing sibuk memakai pakaian penuh PPE. Staf semua saling membantu supaya proses berjalan pantas.
Bilik bedah tu sebenarnya bilik bedah untuk kes-kes kecil tapi dinaiktaraf supaya pembedahan untuk ibu PUI atau positif Covid-19 boleh dibuat.
Bila ibu tu sampai, sayu hati saya. Sudahlah tengah sakit, kena pakai mask N95 pula.
Dalam diam saya doakan moga ibu ni terus kuat.
Syukur Alhamdulillah, pembedahan berjalan lancar dan bayi yang keluar tu terus menangis elok.
“Puan, kami bawa anak ke wad bayi dulu.”
2 ambulans di luar dah bersedia. Satu untuk bayi. Satu lagi untuk ibu.
Transmisi jangkitan Covid-19 dari ibu yang mengandung pada bayi sangat rendah, tapi kami tak nak ambil risiko tu.
Berat juga hati nak pisahkan ibu dan anak tapi itulah yang terbaik buat masa tu.
Biarlah kami yang jaga bayi tu sementara ibunya dihantar semula ke bilik isolasi.
Deritanya menjadi ibu berstatus PUI ni, hanya Allah yang tahu. Sudah lah dibedah, kemudian masuk pula ke bilik isolasi seorang diri.
Tak ada tangan suami yang mengenggam tangan isteri. Yang ada hanyalah sebuah kesunyian.
Saya dan staf kesihatan lain hanya buat apa yang kami mampu. Yang lain, saya serahkan pada Allah.
Moga kalian sama-sama doakan kesihatan ibu dan anak ni.
Boleh follow saya Redza Zainol, dan set See First supaya tak tertinggal kisah lebih menarik yang saya kongsikan dan boleh dijadikan teladan bersama.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Bak kata perpatah, kasih ayah sepanjang masa inilah yang membuatkan anak-anak manja dengan ayahnya. Tidak kira lelaki atau perempuan, mesti ada yang 'melekat' aje...