Punca Selisih Faham, 15 Tahun Mak & Anak Terpisah. Sejak Berbaik, Hari-Hari Mak Masak Lauk Kegemaran!

Share

Seteruk mana pun hubungan kekeluargaan akibat pertelingkahan, suatu saat pasti akan bersama semula. Lebih-lebih hubungan ibu dan anak, yang sememangnya si ibu tidak menyimpan dendam terhadap anak sendiri.

Seperti kisah ini, ibu dan anak 15 tahun tidak bertegur sapa dek kerana selisih faham yang berlaku antara mereka. Tetapi disebabkan ikatan ibu anak yang kuat, di bulan mulia ini siapa sangka mereka berbaik semula dan kembali disatukan.

Berita gembira ini diceritakan oleh pemilik akaun Imi Aruz di perkongsiannya di Facebook melalui group Masak Apa Hari Ini.

Kasih ibu dan kebesaran bulan Ramadan. 15 tahun tak jumpa mak kerana selisih faham. Alhamdulillah awal bulan Ramadan takdir Allah lembutkan dan buka hati kedua-dua pihak untuk saling memaafkan.

Lelaki ini pada masa yang sama, turut memanjatkan rasa syukur kepada Allah S.W.T. berikutan masih diberikan kesempatan untuk berbaik bersama ibu tersayang dan sanggup merendahkan egonya walaupun pernah difitnah satu ketika dahulu.

Walau mmg saya tak semuanya salah….saya buang ego saya. Syukur pada Allah masih beri saya kesempatan sebelum mak saya tutup mata.

Hubungan anak-beranak ini dilihat semakin akrab, selepas si ibu setiap hari akan memasak lauk kegemaran lelaki ini sebelum menghantarnya ke tempat kerja anaknya.

Walau lauk biasa². Sejak dah berbaik tiap hari mak masakkan lauk kegemaran saya dan suruh grab antar ke tempat kerja. Pada yg masih terasa hati dan selisih faham dgn orang tua berbaiklah takpe kita mengalah walau kita tak salah. Berjurai air mata abam tiap kali dapat rasa masakan mak. TERIMA KASIH MAK.

Perkongsian ini mendapat respon orang ramai yang rata-rata sebak dan ucap syukur persengketaan yang ambil tempoh lama itu berakhir dengan berita gembira. Malah, walaupun sudah lama tidak berhubungan, ibu masih mengingati makanan kegemaran anaknya.

Sumber : Imi Aruz